Wednesday, December 24, 2014

melayu jangan biarkan kaduk naik junjung




Saya turut menyokong penuh adanya NGO dan individu  di Malaysia ini yang memperjuangkan nasib bangsa melayu,agama islam dan raja-raja.Namun harus diingat bahawa orang melayu sudah terlambat untuk menoleh kembali  bagaimana terpeliharanya bangsa melayu islam  dan ‘accessory ‘kewujudannya di  negara ini  

Melayu hendak gah kembali sebagaimana zaman kegemilangan penyatuannya, tidak mungkin tercapai, kerana sikap pemimpinnya terlalu berlembut berkaitan kewarganegaraan,ekonomi,bahasa dan pelbagai tolenrasi. Sehinggakan hari ini tidak yakin lagi kepada sokongan bangsa sendiri sehingga sanggup melamar bangsa lain untuk mentadbir .

Kita tidak seperti Brunei dan Indonesia yang negaranya tidak sewenang-wenangnya melaksanakan warganegara terbuka. Lihat kedua-dua negara tersebut mudah melaksanakan apa yang di rancang kerajaan, tanpa melayan kerenah bangsa-bangsa lain dalam negaranya


Sepatutnya orang melayu meneruskan kuantiti  atau bilangan orang cina dan india dalam jemaah kabinetnya dan juga anggota khidmat awam seperti pada zaman Tengku,Tun Abd.Razak dan Hussin On yang ketika itu tidak melebihi  2 orang cina dan seorang india manakala perkhidmatan awam pula boleh dibilang dengan jari.

Hari ini melayu bersaingan kuasa dengan bangsa-bangsa lain di Malaysia kerana kerayataan bangsa lain tidak boleh dipertikaikan, telah sama macam melayu dan berhak memperolehi apa sahaja  yang orang melayu dapat, malahan ada bangsa lain mempersoalkan status melayu di negara ini.

Walhal boleh sahaja melayu tidak pedulikan bangsa lain  dan akan dapat membentuk kerajaan melayu tulin, manakala orang cina  atau bangsa lain di jadikan sebagai pembangkang. Malang sekali dua kumpulan melayu mempunyai cita-cita atau agenda tersendiri -  ada yang sudah memerintah ingin meneruskan pemerintahannya dan komuniti melayu yang lain bersemangat ingin membentuk kerajaan baru.

Kedua-dua sikap melayu tersebut tidak mahu bersatu, yang kesudahannya bangsa lain mengambil kesempatan atau menangguk dalam air keruh. Orang cina dan india mengemukan pelbagai tuntutan terhadap kedua-dua melayu yang bercita-cita tinggi  untuk berkuasa itu.

Perpecahan melayu  bertambah parah ,apabila melayu yang ghairah ingin meneruskan pentadbiran selama 57 tahun mempunyai sumber kewangan dari kerajaan dan mengambil kesempatan menggunakan kewangan tersebut bagi menabur budi kepada bangsa cina dan india dengan memberi peruntukan kuil,tokong,sekolah-sekolah jenis kebangsaan dan badan-badan kebajikan mereka. Melahirkan masyarakat ' kaduk naik junjung.'.

Melayu bersemangat baru, telah mengunakan aktiviti sosial dan isu-isu sesuatu kaum bagi menambat hati mereka dari keturunan cina dan india untuk meraih sokongan semasa pilihanraya.Isu kalimah Allah,keadilan sosial yang memperjuangkan tanpa mengira kaum. 

Sedikit demi sedikit mengurangkan tumpuan terhadap bangsa melayu selanjutnya melayu lemah kewujudannya, yang dulu bangsa terpilih kini bangsa tersisih, sehingga dikalangan mereka melupakan melayu yang kain basah ,kering di pinggang.

Hari ini telah ada melayu bertindak menyedarkan bangsanya melalui media bahawa bangsanya mula menyembah-nyembah bangsa lain untuk mencari kuasa . Dukacita keadaan melayu sekarang masih berkokok dan berlaga sesama sendiri dalam gelanggang.

Melayu perlu satu revolusi untuk menyedarkan kembali ingatan,supaya sedar bahawa negaranya dan bangsanya akan pupus kuasa dan tidak tertunainya ingatan Hang Tuah “Melayu tidak akan hilang di dunia”.

Pilihanraya ke 14 melayu perlu bersatu dalam satu parti yang baru dan bercita-cita memerintah negara ini secara persendirian bangsa. Biarlah bangsa-bangsa lain di negara ini menjadi pembangkang. Dengan mentadbir secara satu bangsa maka lebih mudah untuk kita bertindak membela dan menghulur khidmat untuk bangsa sendiri.

Apa yang kita lihat hari ini pembangkang  dalam parlimen yang terdiri pelbagai bangsa tidak dipedulikan oleh kerajaan hanya mampu membangkang dan mengkritik sahaja, sedangkan kerajaan akan meneruskan apa yang dirancang.

Maka lebih baik melayu tulin menjadi kerajaan manakala bangsa cina dan india menjadi pembangkang. Keadaan ini lebih selamat untuk menyelamatkan bangsa dari mengemis segala-galanya dibumi sendiri.

Tuesday, December 16, 2014

Rasuah satu keperluan di negara ini



Rasuah telah menjadikan budaya orang Malaysia .Tidak mungkin dapat dikurangkan jauh sekali dihapuskan.,kerana telah menjadi bagai piramid makanan.  Setiap rakyat negara ini untuk mendapatkan apa sahaja keperluan dan cita-cita perlu ada tangan di atas memberi, tangan di bawah menerima. Aktiviti ini telah banyak menjadikan penguatkuasa,orang politik,menteri, yang awalnya berlopak telah menjadi perigi.

Besar cita-cita maka besar nilai rasuah diperlukan dan besar pula jawatan penguatkuasa yang menerima rasuah.Tidak ada lagi hanya membawa kertas kerja dan mulut berceloteh bagi menerangkan sesuatu projek. Mulut berbuih mesti disertakan nilai wang atau perkhidmatan kepada penguatkuasa.

Wang akan mengubah prosedur penguatkuasa secara sulit melalui  perbincangan dengan empat mata.Penguatkuasa yang mempunyai kuasa mutlak lebih mudah berurusan dengan mereka yang memberi rasuah.Tiada lagi yang percuma untuk mendapat khidmat yang baik,terbaik, dan amat baik.

Kesemua mempunyai nilai mengikut kategori. Lebih besar nilai oleh yang memberi,untuk suapan penguatkuasa maka akan membesarkan peluang penerima,meluluskan, mendapatkan atau menunaikan hajatan pemberi.

Perkongsian atau akad sulit ini tidak lagi sulit di negara ini malahan telah menjadikan trend berurusan semua aktiviti kehidupan.Tidak ada istilah tangan kosong berurusan ke pejabat.Rakyat pun maklum keluarganya bekerja perlu ada duit luar kalau tidak tidak cukup hendak hidup.

Keadaan ini hanya berbicara berkaitan’makan suap atau korup, yang ketika ini pelbagai lakonan dilakukan oleh kerajaan untuk menghapuskan, dalam masa yang sama dasar melindungi perilaku kegiatan, hanya bersikap hipokrit dengan menyebut-menyebut ,mengutuk dan menjanjikan undang-undang lebih berat dari undang-undang sedia ada.

Sekarang ini kerajaan hanya berbicara berkaitan pemberi dan penerima rasuah tidak pernah berbicara dan membincangkan berkaitan penyelewengan kuasa, dan pecah amanah yang dilakukan oleh kebanyakan mereka yang berkuasa mutlak yang melibatkan  ringgit berjuta-juta atau beratus juta.

Kita semua tahu mereka yang terlibat memberi dan menerima rasuah adalah dikalangan kakitangan atau pegawai kumpulan perlaksana, yang mudah di ambil tindakan dan dibuktikan kesalahannya.Mereka ini mudah berlakunya lepas kaki, leher terjerat.Manakala kumpulan mengubah dasar selalunya terlepas dari diambil tindakan kerana dilindungi berkaitan dasar-dasar kerajaan, macam memegang tali layang-layang.

Penyelewengan kuasa oleh mereka yang membuat dasar negara ini, dengan membantu atau memberi sesuatu bentuk kewangan ,projek kepada anak,isteri dan keluarga tidak atau jarang dipertikaikan ketelusannya.Berlakunya kepincangan dalam penggunaan dana baharulah sesuatu tindakan akan di ambil.

Sebelum tindakan dibuat terlebih dahulu penyelewengan yang dilakukan  akan ada pembelaan dari pehak kerajaan atau mereka yang diberi kuasa dengan pelbagai alasan bagi menghalalkan penyelewengan.
Tindakan memerlukan masa yang lama walaupun telah dijatuhkan hukuman .Proses mahkamah melibatkan masa bertahun-tahun seterusnya pelaku rasuah bebas menggunakan atau menikmati hasil korupnya. 

Buka minda seluas-luasnya aktiviti rasuah dan penyelewengan yang berlaku dalam negara ini.Melibatkan kelompok  pelbagai kumpulan masyarakat, politik dan ,individu.

Kerajaan yang telah memerintah lebih 57 tahun terlibat dengan urusniaga rasuah dengan mengeluarkan wang berbilion untuk menarik hati pengundi bertujuan rakyat terus mengekalkan kerajaan yang sedia ada.Hanya di jenamakan semula perangai rasuah itu sebagai ‘bantuan rakyat satu Malaysia’.

Dua aktiviti berlaku dalam satu masa ‘rasuah dan penyelewengan wang rakyat’.Rasuah kerana dilakukan musim pilihanraya bertujuan menambat pengundi,manakala penyelewengan wang rakyat berlaku kerana  bantuan  diberi tidak melibatkan semua rakyat - hanya 7 juta rakyat  dan punca kewangan adalah kutipan jabatan hasil dalam negeri.Yang dapat dipuja dan di puji ‘dermawannya Barisan Nasional’. 

Seandainya wang berbilion tersebut di ambil dari khazanah parti UMNO atau Barisan Nasional kemudian di agih-agihkan kepada orang ramai, terutama pengundi semasa pilihanraya tentu tidak di ambil kira berlakunya penyelewengan dan rasuah peringkat kebangsaan.

Tidak perlu dipinda undang-undang rasuah kiranya kerajaan sendiri terlibat rasuah ,juga selagi tidak ada wakil rakyat,menteri dan perdana menteri didakwa sebagai mereka yang penerima rasuah dan menyeleweng serta di penjarakan maka tidak usah menjerit,menjaja dan mensinsing lengan hendak menghapuskan rasuah.lihat dan pandanglah Corruption Perceptions Index 2014 (Malaysia) 50/175.

Itu mungkin berdasarkan yang terlibat kakitangan awam bawahan.Kiranya banyak jerung-jerung besar yang keluar masuk parlimen di tangkap dan dipenjarakan atas kesalahan rasuah berkemungkinan ranking sampai 100/175.

Ada atau tidak di antara kita atau rakyat yang siuman mengatakan  wakil rakyat,ketua parti UMNO, menteri, perdana menteri adalah bersih dari rasuah dan penyelewengan kuasa. 

Malu kepada orang ramai dan takut kepada Allah tidak penting, bagi mereka yang korup, berbangga dengan hartanya yang banyak ,kerana kebijaksanaan urusan rasuahnya tidak dapat dibuktikan.

Contohi Denmark, New Zealand, Finland atau yang paling hampir dengan kita –Singapura berkaitan rasuah. Perkara yang baik mengapa tidak boleh Malaysia belajar dari mereka. Satu-satunya kelemahan kerajaan ialah inginkan kebaikan di praktikkan di negara ini ,tetapi tidak pernah mahu belajar kebaikan dari negara lain 

Mengambil kira ketakutan kena batang hidung sendiri maka di ketepikan sikap mahu belajar yang baik dari luar, dan dilaksanakan dalam negara ini. Betapa teruknya gelagat perasuah dan penyelewengan kuasa negara ini, kiranya hukuman mati di kenakan kepada mereka ,pasti melambak penyokong serta pembela pemerentah atau pemerentah sediri mati di tali gantung.