Tuesday, December 31, 2013

naik harga... untung kerajaan ..turun harga ....untungkan rakyat





Cabaran menjalani hidup sebagai rakyat biasa yang tidak mempunyai apa-apa jawatan dan kepentingan dalam masyarakat. Bekas pesara yang jumlah pendapatan RM1800 sebulan.Menghabiskan masa usia yang sepanjang hari menghampiri mati . Duduk di sebuah rumah kos sederhana  taman perumahan yang penghuninya 99.99% orang melayu yang mengaku islam.Pagi-pagi membelek berita online terus melahirkan kembali virus-virus kebencian terhadap kerajaan dan pemimpinnya.

Setiap hari sentiasa memilih fikiran yang rasional untuk menjalani   hidup . Memiliki makanan yang berkualiti dengan harga yang boleh di perolehi serta berkira-kira dengan pendapatan yang terhad.Tidak boleh dan tidak mampu menambah pendapatan dengan usia yang sudah bersara seandainya harga barang-barang berubah secara mendadak.

Usia bersara 60-70 tahun tidak layak  lagi memikirkan dalam hidup menambah pendapatan. Yang di perlukan untuk memiliki makanan dan menggunakan khidmat utiliti awam untuk meneruskan hidup,  serta berfikir menambah ibadat untuk akhirat.Kubur kata mari ,rumah kata pergi, buruk sangat keduniaan, seandainya baru memulakan perniagaan dan memulakan kerjaya.

Kesemua penduduk disini saya percaya masih siuman menentang usaha menaikan kos sara hidup tahun 2014.  Hanya mereka yang gila sahaja yang menyokong usaha tersebut. Perbezaan antara mereka, pro dan kontra adalah perbezaan melahirkan emosi. Ada yang membisukan mulut kerana terpaksa melindungi program kerajaan yang dipilih dan ada yang bersikap senyap kerana takut menyakitkan  hati jiran yang bersetuju.

Apa pun masalahnya hari ini adalah kenaikan kos membeli bahan-bahan untuk menjadikan makanan ,RM50 hanya boleh memiliki barang asas seperti beras 10kg dan sotong atau ikan 1kg untuk diproses  menjadi makanan. Wang sebanyak itu tidak boleh memiliki bahan tambahan seperti gula,tepung,dan sayur. 

Isteri pun merungut apabila setiap hari hanya mampu membawa balik ke rumah ikan kembung dan ikan keli.Ikan tenggiri RM 25/kg hanya mampu mencolek-colek dan membalik-balikkan dengan tangan semasa di pasar.Bermonolog perasaan dengan “beli ke tak beli”,dan  membuat keputusan meninggalkan pasar dengan membawa ikan popular.

Kos makanan dan minuman seorang pekerja pejabat atau mereka yang memilih makanan di warong atau restoran  di sekitar perumahan ini , sarapan RM6.00 dan makan tengah hari RM8.00.

Sehingga ini 1708 laporan polis  pro kenaikan  harga dan pro kerajaan  berkaitan kenaikan kos sara hidup 2014 ini.Laporan ini adalah dari kalangan mereka yang kaya,yang kenaikan ini tidak menjadi kudis bagi mereka .  Kebanyakan mereka terdiri dikalangan orang melayu.Orang melayu yang telah di tolong oleh kerajaan melalui memperkasakan bumiputra.Tentunya mereka bukan penoreh getah,buruh-buruh atau terdiri rakyat terbanyak.Saya rasa pendapatan mereka semua masih still in 5 angka.

Thursday, December 26, 2013

meraikan perayaan pelbagai agama.....haram atau syirik.




Konsep meraikan kepelbagaian agama mencelarukan umat islam terutama orang awam di negara ini ,kerana  
dan   Lebih menggila lagi ada yang menyatakan tidak merosakkan akidah atau pegangan walaupun berpuluh salib dan besar mana saiznya di tempat kita meraikan krismas yang penting akidah tidak tersesat. Kenyataan ini boleh membenarkan berapa banyak patung-patung budha,salib dan patung hindu di letakkan dirumah namun tidak menjadi masalah akidah kiranya  penghuninya tidak berubah kepercayaan.

Nampaknya islam pelakon hindustan telah mula menyerap dalam diri rakyat di negara ini .Boleh melakukan  pemujaan patung-patung hindu di kuil dalam masa yang sama masuk ke masjid dan solat. Keadaan ini lebih teruk dari islam liberal yang ustaz-ustaz dan ulama-ulama’ Malaysia berpendirian menentangnya.

Meraikan  -secara tidak lansung mengiktiraf ,mengakui  kewujudnya agama tersebut, serta bersetuju sesuatu perayaan bermakna perayaan agama di negara adalah sama ,lebih-lebih lagi perayaan berdasarkan aktiviti agama.

Kita semua tahu perayaan itu bukan berdasarkan  syariah islam ,kenapa kita yang islam terlalu gembira meraikannya.Tidak cukup meraikannya dengan ucap” selamat” sehingga sanggup menghadirkan diri  dirumah ibadat agama dengan melakukan perbuatan atau isyarat tangan ibadat agama tersebut.

Allah dan rasulnya telah mencipta hari perayaan Aidilitri dan aidiladha  untuk orang islam merayakannya menggantikan perayaan jahilliyah yang kita semua tahu banyak upacara penyelewengan akidah dilakukan  oleh   pelbagai agama di negara ini.

Walaupun perayaan tersebut hanya berbentuk jamuan negara kerana apa yang berlaku sebaliknya orang islam yang mengaku kerajaan islam menyediakan sendiri sumber kewangan dan persiapan acara untuk agama lain ,dengan maksud orang islam membesar-besarkan agama lain.Ini sifat munafik dalam hati lain (islam )  di luar lain iaitu mengikut keadaan masa (islam,hindu,budha kristian). Yang mana hukuman yang orang islam pilih berkaitan perkara ini sama ada haram atau syirik.

Beberapa saluran  tv yang dikuasai oleh orang melayu islam, tidak cukup menyiarkan ucapan selamat hari krismas atau hari natal atau hari perayaan agama lain, sebaliknya siap lengkap pengkesahan , dan sejarah sesuatu perayaan dengan menjemput pakar-pakar  berkaitan perayaan  itu ,sama seperti periwayatan perayaan hari raya qurban ,hariraya aidilfitri atau perayaan maulud. 

Agaknya dimana prinsip” agama disisi Allah itu adalah islam” dan “ bagi kamu agama kamu, dan bagiku agamaku".Perlembagaan negara boleh sahaja orang ramai dan kerajaan tidak ambil peduli berkaitan perayaan sesuatu agama selain islam ,tetapi hari ini telah mula membudayakan dan menjadikan sesuatu perayaan semua agama disambut seperti menyambut aidilfitri dan aidiladha - rumah terbuka Malaysia jenama pelbagai.Tidak cukup dengan toleransi tersebut ,kerajaan menyediakan peruntukan khas bagi majlis perayaan pelbagai agama.

Kesemua ini angkara mencari kuasa politik terutama orang melayu yang sebolehnya meraih sokongan bangsa lain yang ada di negara ini. Bangsa lain seperti orang india dan orang cina sokongan dalam pilihanraya boleh berubah-ubah mengikut kesesuaian citarasa, maka dalam pemikiran pemimpin hari ini, mereka yang selain dari melayu perlu di ambil hatinya dengan meraikan agama mereka.

Tidak cukup dengan meraikan mereka  setiap tahun ,kerajaan turut membantu mengembangkan agama tersebut dengan memberi peruntukan beratus-ratus ribu dan berjuta-juta kepada kuil,gereja dan tokong terutama menjelang pilihanraya ke 13 baru-baru ini.

Friday, December 20, 2013

siapa kata susah jadi PM dan menteri




Lihat apa yang berlaku sekarang ini. Tahun pertama dan kedua selepas pilihanraya adalah merupakan tahun membesarkan tempolok wakil rakyat dan kerajaan, serta tahun rakyat menjadi mangsa pemimpin mementingkan keuntungan fizikal ,dengan menyongsangkan prinsip 1 Malaysia ,pemimpin didahulukan .

Untuk menghalalkan kenaikan:

Apa kata mereka yang tuan-tuan pilih sebagai pemimpin

Menteri Besar perlis, Azlan Man, berkata kali terakhir semakan terhadap saraan, elaun dan keistimewaan untuk anggota pentadbiran dan ADUN di Perlis dibuat pada 2006.

Syed Hamid Katanya, kali terakhir semakan kenaikan kadar tambang bas sekolah dilakukan pada 2009 dan beliau berharap agar ibu bapa membuat laporan kepada pihak berkuasa sekiranya pengusaha menaikkan tambang sewenang-wenangnya.

Kali terakhir minyak petrol RON95 dan diesel naik pada tahun 2010, iaitu mengalami kenaikan sebanyak 5 sen seliter.

Abdul Wahid Omar berkata telah tiba masanya untuk kadar tol dinaikkan, memandangkan perjanjian konsesi menyatakan kadar itu perlu disemak dan dinaikkan kali terakhir pada 2011.
"Bagi mereka yang fikirkannya ia terlalu mahal, mereka ada pilihan untuk tidak gunakan jalan tersebut,"

Ayat yang boleh memuntahkan tekak bagi rakyat yang telah tertipu. …

Najib  -"Ini bermakna ada penjimatan wang kerajaan dengan penurunan subsidi. Lebihan (penjimatan) ini nanti dapat digunakan untuk pembangunan dan struktur-struktur yang lain," katanya kepada pemberita selepas pembentangan Bajet 2014 di Parlimen di sini,

Najib -"Rakyat kena bersabar dan faham apa yang kita buat, semuanya semata-mata untuk kebaikan rakyat dan kerajaan. Kalau kita teruskan (subsidi), akan bagi kesan yang lebih serius kepada negara," katanya.

Najib "Jangan fikir kerajaan tidak prihatin kepada rakyat walaupun sekarang banyak bicara soal kenaikan tol, elektrik dan sebagainya, sebenarnya perkara ini amat sukar untuk tidak dilaksanakan.

Hassan Malek"Kita mahu rakyat hidup sihat. Hari ini ramai yang kena penyakit kencing manis kerana berlebihan gula. Dan ini kita perlu lihat secara positif.

Hassan Malek "Pengguna perlu guna kuasa untuk ajar pihak tidak bertanggungjawab, kalau tengok harga naik jangan beli ayam tapi beli daging pula," katanya ketika berucap pada Program Pemimpin Bersama Rakyat di Pulau Perhentian dekat sini, hari ini. 

Pasti senang jadi Perdana Menteri atau menteri. Hanya cakap, terus cakap mengikut kehendak kepala lutut. Masihkah ada yang berkata “kau apa tahu dia jadi menteri tentu nak pecah kepala berfikir untuk rakyat”.

Rakyat belum terlalu bangang.Tahu sebenarnya apa yang berlaku kepada  kewangan kerajaan.Berbelanja terlalu besar dalam tempoh 3 tahun sebelum pilihanraya kerana menjaga hati rakyat agar mengekalkan kontrak 5 tahun lagi bagi kerajaan 56 tahun yang sedia ada.

Ada juga dikalangan mereka dalam kerajaan menjangka  kerajaan yang ada, tidak berpeluang untuk mentadbir semula Putrajaya maka mereka yang berkuasa telah meluluskan perbelanjaan mengikut telunjuk yang berniat berbelanja hingga saat akhir.

Tempoh teragak-agak atau tertunda-tunda untuk mengadakan pilihanraya ke 13 berbelanja kuncup di pangkal,kembang dihujung.Berbelanja mengikut kehendak burung terbang dipipiskan lada. Rusa di hutan santan dan rempah disiapkan.Belum kahwin dah berangan adegan di ranjang.

Barangkali mereka (PM dan Menteri) sentiasa berkata bagini bila berjalan ke pejabat dan program bersama rakyat serta semasa mensyuarat kabinet untuk meluluskan kenaikan harga barang dan harga perkhidmatan “rakyatku..!rakyatku!.rakyatku!..atau pengundiku!!..pengundiku !..pengundiku!....sebagaimana Nabi Muhamad SAW sebelum meninggal dunia, ummatti!..ummatti..! ummatti !...

Monday, December 16, 2013

Melayu ikutlah islam datuk nenek




Mata dilelapkan. Otak berangan-angan. Hati meracau. Tidur entah berapa kali beralih sendeng. Isteri sebelah, melayan keroh.Keluar bilik ‘switch on’komputer. Melihat streamyx 110-okey!. Mendongak ke jam dinding 3.00 pagi. Time ustaz..? bersolat tahajjud.

Qoda solat 30 tahun lalu tidak disambung.Azazil mungkin sebelah komputer atau sudah menetap di tempat meracau. Terus melayari internet.Line BS jempol- okey!.

Satu demi satu sesawang akhbar online,Malaysiakini,Malaysia Insider,Sinar Harian,dan surat khabar gila dan blog gila yang dikunjungi. Syiah,syiah dan syiah.

1970 SPM ,hendak cari sekolah kampung tempat belajar  mendapat 1A atau A atau sekarang A+-  sebulan malam dan sebulan siang guru mengajar kelas tambahan –mimpi  A  tidak menyapanya. 2013,  guru hendak ke sekolah yang letaknya  menyeberang tiga batang sungai, dengan mudah pelajarnya mendapat 4A+.Tentu sudah ramai yang bijak –pandai.

1970  universiti ada dua sahaja tetapi sekarang 2013 telah lahir 20 universiti awam.Bijak-bijak anak Malaysia.1970 susah hendak mencari ustaz yang berkelulusan universiti terutama universiti Al-Azhar untuk mengajar sekolah menengah. Ketika ini telah beribu ustaz  yang berilmu dari universiti dan profesional  dalam pelbagai ranting ilmu islam.

Lebih 900 tahun yang berlalu orang melayu di Malaysia kebanyakan solat subuh berdoa qunut.Berwirid selepas solat. Solat hanya atas sejadah dan tikar. Tidak pernah hendak cuba melamar solat atas seketul batu.Mengaku Al-Quran yang ada sekarang tidak ada kekurangan ayat-ayatnya.  Mendengar  dan membincangkan serta mengaku sahabat nabi Muahammad S.A.W  diantaranya Abu Bakar,Omar,Osman dan Ali. Syahadah ‘aku naik saksi tiada tuhan disembah melainkan Allah dan naik saksi muhammad pesuruh Allah’. Tidak mempertikaikan ketaatan dan kesetiaan isteri-isteri nabi SAW. Mereka tahu imam ada 4 sahaja .rupanya ada lagi 12.

Sekarang sudah ramai orang melayu yang bijak-bijak seperti di nyatakan di atas tadi,apa yang menghairankan telah mula mengaku sahabat nabi S.A.W hanya Ali.Yang tiga orang lagi tidak wujud. Wujudnya mereka bertiga pun sebagai musuh.Menjadikan ikatan perkahwinan hanya untuk keseronokan nafsu bagai melanggan pelacur .Datuk nenek orang melayu berkahwin sehingga cucu-cicit .Sekarang hendak diubah menjadi kahwin sehari,sebulan atau ada tempoh masa. Syahadah telah di tambah.Dua kalimah telah dijadikan 3 hingga 4 kalimah.

Itulah orang melayu hari ini,dulu 5 juta sahaja yang pandai ,yang bangang 5 juta tetapi sekarang 3juta masih tinggal cerdik berkurang 2 juta, kerana yang dulu bijak pandai ,telah menjadi bodoh kerana beralih aqidah dari pegangan datuk nenek kepada pegangan syiah.Bertuhankan Harun dan bergurukan Yahya, terlalu banyak menerima nabi baru ,selepas Muhammad SAW nabi akhir zaman.  Ilmu agama sering beralih angin atau melompat-lompat, semudah wakil rakyat melompat parti politik.

Ramai pakar motivasi di tv dan melambak ustaz-ustaz serta ustazah bukan 1,2 malahan 3 dan lebih majlis ilmu secara lansung. Alhamdullilah…! doktor penyakit biasa pun sudah menjadi ustazah.Mungkin lebih ramai ustaz yang berkobar-berkobar menyampaikan hujah melalui program realiti  pencetus ummah akan lahir. Namun orang melayu awam,ustaz dan ustazah educated melangit ilmunya, terus menggila berusaha hendak mengubah dan telah mengubah pegangannya.

Perlu di ingatkan orang melayu- berpeganglah kepada islam yang dianuti datuk nenek kita dahulu, tidak perlu mengikut yang baru, kerana yang lama  sudah serba lengkap sejak 1434 tahun yang lalu.Kita tidak usah mengharapkan kerajaan menjaga aqidah islam kerana kerajaan ada aqidah kristian,budha,hindu dan pelbagai agama yang melantiknya menjadi kerajaan.