Tanpa
prasangka emosi politik, luaskan pemikiran, dan renungkan , curahan budi dan pertunaian janji oleh kerajaan
yang telah sedia ada, dan masih ingin berkuasa dan sentiasa mencanangkan kerajaan yang telah berjaya.
Tidak perlu dibuat perbandingan dengan
kerajaan yang jauh,kerajaan benua afrika,atau lain-lain benua, hanya perlu kita bandingkan dengan kerajaan yang berjiran
selatan negara kita, yang dulunya satu pulau yang disedekahkan oleh kerajaan
yang memerintah 55 tahun .
Saiz negara kecil dan hasil terhad mempunyai segala
kelebihan dari negara ini, serta mempunyai pemimpin yang berkualiti –bersih
dari korupsi. Selalu menang dalam percaturan undang-undang antarabangsa dengan negara ini.
Pembangunan manusia , khasnya orang melayu–Perubahan kualiti
hidup dengan kepincangan sosialnya seperti salahguna dadah,membunuh,zina, rogol, vandalisme serta keruntuhan moral
kekejaman, antara lainnya –anak menderhaka terhadap ibu bapa, dengan
membunuhnya dan menganiayanya.Perkara ini tidak sekerap hari ini berlaku semasa era perdana menteri pertama,kedua dan ketiga.Mementingkan mengejar kemajuan material 2020 sehingga terlupa menutamakan nilai-nilai murni dalam keluarga.
Ruang
ibu bapa bersama anak-anak terhad, kerana kesibukan urusan mencari nafkah ,bagi
menyelesaikan urusan ekonomi diri dan keluarga yang sentiasa dilanda masalah
ketidakadilan menikmati ekonomi ,yang di asak sesak dengan harga barang yang tinggi.
Kerap sibuk
berurusan menyediakan keperluan kewangan rumah tangga,untuk membeli makanan,
bayaran pendidikan ,bayaran untuk mendapatkan rawatan kesihatan,yang kesemua
tidak selari dengan pendapatan. Biasanya berbelanja melebihi
pendapatan,-defisit- selanjutnya melahirkan hutang.
Perkembangan ilmu yang menyumbang kepada pembangunan insan dan negara hanya berjaya melahirkan
seramai boleh, pelajar mendapat 5AUPSR,9APMR,12A+SPM dan puluhan
ribu,dengan 14 buah universiti telah mengeluarkan graduan sepanjang tahun.Mereka yang berpendidikan ini keluar mencari jalan
mudah hanya bercita-cita menjadi kerani (SPM) pegawai PTD (ijazah)
dan guru(SPM,Diploma dan Ijazah) yang ketika ini melimpah- limpah permohonan melalui job aplycation SPA,dan SPP.
Masih kurang
terdapat graduan yang berkebolehan dan berjaya menggunakan ilmunya ,melahirkan inovasi bagi kepentingan rakyat Malaysia. Malahan ada diantara mereka
melakukan jenayah kolar putih, yang juga telah menjadi trend mengaut keuntungan
diri dan menjahanamkan negara.
Penghayatan kesetiaan perintah Allah
dan Rasulnya telah longgar kerana anak-anak melayu hanya diberi pendidikan asas
ilmu islam diperingkat sekolah rendah, dan sukatan pelajarannya hanya setakat
mencukupkan syarat-syarat untuk lulus pepeiksaan.Penekanan terhadap
mempraktikan ilmu islam jauh sekali dicadangkan dan di ilmiahkan pada tahap
sekolah tersebut.
Ilmu-ilmu
agama disebarkan melalui masjid adalah terhad dan dikawal kerana dikuatiri ilmu
tersebut memburuk kerajaan yang ada serta menjejaskan sokongan rakyat terhadap
kerajaan yang sedang memerintah.
Kelemahan ini menyebabkan runtuhnya intitusi
keluarga, yang mana anak remaja dengan mendedahkan aurat, dan hanya mengamalkan
membalut urat, yang menampakkan lurah-lurah kemaluan,bentuk-bentuk tubuh, dan menggunakan dadah,pergaulan
bebas, yang melakukan zina percuma, antara mereka dan membuang bayi.
Pembangunan fikiran rakyat,
orang melayu khasnya yang metalitinya bergantung kepada kerajaan semua urusan
kehidupan.,terutama bidang pekerja,bantuan perniagaan, dan mengharapkan quota
mengikut bangsa bagi memenangi tender ,dan urusan jual beli bernilai tinggi.Sehingga
kesemua ini masih pada tahap undur 55 tahun lalu.
Menikmati
ekonomi melalui perniagaan – jurang bangsa melayu dengan orang cina atau bangsa
lain semakin jauh .Hanya kajian berkepentingan politik mengaku bahawa selama 55
tahun melayu telah berubah, tetapi pada realitinya majoriti orang melayu
masih bertaraf peniaga kecil.
Tidak mampu bersaing membuka restaurant ,membuka
kedai hadrware, kedai runcit ,dengan sewa kedai atau bayaran bank untuk memiliki bangunan RM4000sebulan.
Pertumbuhan
bangunan atau deretan kedai dibandar-bandar tidak mampu dimiliki atau disewa
oleh orang melayu, kerana melayu hanya menjadi peniaga yang berpendapatan kecil ,dengan menjual sayur
taugeh,kacang dan ikan dan menjual makanan ,nasi lemak rojak serta mee.
Harga
sebuah sebuah kedai di majukan oleh swasta dibandar -bandar bernilai lebih
RM 650,000 .
Kita
pergi membodohkan diri dengan membanci, ada atau tidak orang melayu
menjadi tuan punya atau penyewa gedung perniagaan di bandar yang pesat
membangunkan deretan kedai.
Kesimpulan
bagi urusan ini, ialah orang melayu layak sebagai peniaga gerai-gerai yang terlarang, gerai tepi-tepi jalanraya,kawasan-kawasan kosong, tanpa dilesenkan oleh pehak PBT atau majlis-majlis daerah yang mana tidak dikenakan
sewa atau cukai.
Kejayaan yang ketara kerajaan hari ini ialah mengkayakan
wakil rakyat dan bekas wakil rakyat kerajaan dan keluarganya yang memerintah
selama 55 tahun, terutama mereka yang menjadi wakil rakyat era 8oan,90an dan
era 2000 hingga hari ini.
Sebagai bukti mereka telah memiliki harta /asset
berbilion dan juta-juta didalam dan luar negara. Menjalin hubungan mesra dengan tokoh-tokoh jutawan bagi tujuan supporter kewangan perniagaan diri dan keluarga,pertubuhan dan parti.
Mereka yang menjadi wakil rakyat ini tidak akan merasai
kekayaan seperti yang dikecapi, sekiranya mereka masih bekerja dengan kerja
sebelum menjadi wakil rakyat. Apakah kenyataan ini boleh di nafikan?
Dengan
pendapatan dan elaun yang terhad sebagai wakil rakyat selama maksima 22 tahun
adakah mampu memperkayakan dirinya dan keluarganya. Sudah tentu bagai
si lumpuh pergi merantau.sibuta tersenyum menonton ,si pekak ketawa melihat orang ketawa.
Rakyat Malaysia tidak perlu memberi
peluang kepada pemimpin yang memuji diri untuk terus berkuasa dibimbangi
kiranya berterusan berkuasa -sekarang 1 untuk kau 50 untuk aku, kepada 5 untuk
kau 1000 untuk aku.
|