Alangkah bahagianya mereka yang hanya mempunyai pendidikan setakat Tahun 6 sekolah rendah, kerana tidak ada yang menawarkan dan membeli sijil Tahun 6 palsu.
Alangkah gilanya 525 orang yang bangang,hendak pandaikan diri,dengan membeli sijil ijazah,sarjana dan PHD palsu, sambil menorih getah di kampung lepas itu pada satu tarikh tertentu pergi ke hotel ambil ijazah dan bercita-cita menipu orang ramai dengan ijazah palsu.Orang lain bersekang-mata menyediakan tesis,kajian/penyelidikan dan pelbagai kertas kerja- mereka hanya hulur duit jual lantun sebanyak RM10500.00.Betapa celakanya manusia yang lahirnya bijak pandai tetapi menyediakan syarikat khidmat menipu,untuk menipu pelanggan-pelanggan yang juga ingin menipu orang lain dengan ijazahnya.
Rupanya sudah ramai dalam negara ini Tan Sri,dan ahli politik yang dulunya bungko kemudian bercita-cita tinggi untuk menipu orang ramai dan rakyat dengan mengaku seorang intelek serta orang profesional.Profesional kunun !.Profesional RM10500.00.Apa agaknya kita hendak letak title orang ini. Bukan bertujuan kita memasyhurkan semua Tan Sri dan ahli politik dan mereka yang memiliki ijazah seorang penipu dengan memiliki ijazah palsu,tetapi apabila Kejayaan polis menumpaskan sindiket penjualan sijil palsu bernilai lebih RM5 juta, kononnya daripada lima universiti luar negara, turut mendedahkan pembelinya terdiri daripada kalangan ahli politik dan individu bergelar Tan Sri maka keyakinan kita terhadap golongan yang mendabik dada seorang profesional menurun dari 100% kepada 30% hingga 40%. Perkara seperti ini telah lama kedengaran berlaku,mungkin disepikan untuk pengetahuan umum.Tetapi hari ini hati saya lebih tersentak kerana jumlah yang dikesan dan diumumkan polis terlalu ramai.Zaman dunia internet tiada sempadan ini tentu bilangan yang memiliki sijil palsu ini lebih banyak dan melambak-lambak dalam negara kita. Timbul persoalan dalam bidang pekerjaan,sektor awam dan swasta hari ini telah ramai orang yang bukannya profesional yang memegang jawatan profesional kerana mengaku profesional.Bagitu juga orang politik dan Tan Sri yang rakyat yakin dia seorang profesional serta memberi kepercayaan kerana ilmunya telah tertipu dengan aktiviti sialan ini. Kerugian kepada negara, kerana adanya mereka seperti ini.Mereka ditempatkan dalam pelbagai sektor yang bukan berdasarkan ilmunya yang sebenar.Tidak dapat melahirkan innovation pengeluaran negara. Barangkali kemerosotan rangking universiti-universiti di Malaysia berkemungkinan akibat sipenipu sijil ini.Lebih malang lagi kiranya terdapat diantara mereka yang seramai 525 orang berada dalam krew tenaga akademik. Si penipu ini, diharap pehak yang mempelawa pekerjaan dan rakyat di mestikan berhati-hati memilih atau melebelkan mereka profesional,graduan atau sarjana dan percayalah tidak semestinya senyum itu melambangkan niatnya baik. Kerajaan sebaiknya membuat semakan semula sijil akademik perlantikan kakitangan awam menteri atau wakil-wakil rakyat samada mereka ini memiliki sijil palsu.Kiranya benar didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.