Friday, April 27, 2012

PRU 13-Janganlah sentiasa makan lauk bercili sepanjang hari



PRU 13 pasti akan datang.Kiranya dunia belum kiamat.Pengundi yang masih hidup wajib mengundi. Tidak mengundi bererti mengundang dosa.Pengundi yang sudah mati tetapi ada yang menghidupkannya pergi mengundi maka mereka menghidupkanya satu dosa besar kerana menghidupkan orang yang telah Allah matikan.
Bagitu juga kiranya ada makhlok yang mengimport makhlok haram yang di halalkan untuk mengundi bagi dirinya serta rakan "seporak' dengannya, bererti dia memeluk dosa hingga akhir hayat.Orang yang meghalalkan yang haram sudah tentu bedosa dan orang yang menang kerana sokongan makhluk haram tadi, akan menerima elaun wakil rakyat adalah elaun haram.

Dalam sistem demokrasi  mengundi adalah wajib kerana kuasa undi boleh menentukan siapa yang memerintah.Salah satu cara memilih pemimpin.Pemimpin jenis mana yang kita hendak pilih.Orang islam wajib mengutamakan memilih pemimpin yang beragama islam serta calon dan parti, yang ada bercita-cita memperjuangkan islam satu cara hidup.Tidak mempertikaikan islam adalah agama yang direstui Allah.

Andainya tidak ada choice / alternative tidak terdapatnya calon pemimpin yang beragama islam maka kita bertanggungjawab memilih pemimpin yang bersekutu dan membuat perjanjian dengan orang islam.Rakyat Malaysia berada dalam situasi ini.Perlu bijak memilih pemimpin dan perlu meneliti biodata calon pemimpin, yang disenaraikan sebelum undi dikeluarkan.

Perkara-perkara  ini diberi tumpuan oleh pengundi melayu dan islam sebelum mengundi:-
a)    Agamanya- sudah tentu islam dan disahkan ada ciri-ciri orang islam pada dirinya dan keluarga.
b)    Bangsanya- melayu
c)    Akhlaknya dan akhlak keluarganya.

Pilih Individu pemimpin dahulu ,diikuti parti yang akan dipilih, berdasarkan pegangan agama dalam perlembagaan parti. Sikap ini mesti di praktikan. Lebih banyak parti mengemukakan calon yang beradab,dan mempunyai nilai-nilai murni agama islam, maka akan lebih ramai calonnya menang dan lebih banyak peluang membentuk kerajaan.Tidak usah berpegang lagi prinsip 12 pilhanraya yang lalu iaitu pilih parti kemudian calon.

Mengundi mengutamakan parti, selepas itu baru calon, boleh di praktikkan pada zaman sebelum Hussin Onn kerana kekayaan bukan matlamat utama wakil rakyat ketika itu. Hari ini kita lihat kemewahan hidup wakil rakyat ibarat “bumi itu rakyat dan langit itu wakilnya”.

Hindarkan memilih calon lebih dari dua penggal pilihanraya .Terutama calon yang diketahui  benar telah melakukan rasuah  dan mempunyai  harta melimpah ruah lebih-lebih lagi harta itu di perolehi semasa menjadi wakil rakyat.

Ingat !..99 % calon wakil rakyat di Malaysia ini bukannya dikalangan orang  kayaraya dan harta berjuta-juta malahan berbilion-lion namun  tujuan mereka  apply sebagai wakil rakyat adalah kerana ingin menjadi kaya seperti  rakan mereka bekas rakyat.

Sila muntahkan hadapan calon atau wakil rakyat  sekiranya ada yang mengatakan dia menjadi wakil rakyat, kerana ingin berkhidmat kepada rakyat , terutama mereka dari parti yang telah memerintah lebih 54 tahun.

Orang melayu dan islam jangan diulangi kesilapan memilih seperti dalam pilihanraya kecil parliman Hulu Selangor.Calon yang beragama islam ada disenaraikan oleh parti politik yang bertanding sebaliknya calon yang beragama hindu dipilih oleh orang islam kawasan tersebut.

Orang hindu telah di pilih menjadi  imam dan pemimpin orang melayu.Apakah hukumnya terhadap orang islam seperti ini di kawasan itu.Jadikan piliharaya mencari pemimpin dan mencari  pahala, jangan jadikan kita berdosa sepanjang 5 tahun atau selagi wakil hindu itu menjadi pemimpin kita.Apakah orang hindu ini mendoakan untuk kebaikan" muslimin dan muslimat, walmukminin nawalmukminat"

Dalam masyarkat majmuk seperti negara ini kadangkala sifat pemimpin diatas terpaksa di ketepikan bagi member laluan bangsa lain untuk sama-sama memerintah atau bagi tujuan memperolehi majoriti kuasa membentuk kerajaan.

Masalah hari ini orang melayu tidak boleh membentuk kerajaan yang pemimpinnya  majoriti  orang melayu.Ini disebabkan perpecahan bangsa melayu dengan idealogi berlainan.Terpaksa bergantung harap kepada bangsa lain bagi mencukupi majoriti.Bagitu juga bangsa-bangsa lain yang ada di Malaysia ini memerintah berkonsepkan satu bangsa tidak akan kesampaian.

Keadaan ini merugikan bangsa melayu, kerana impian parti politik hendak memegang kerajaan pusat, telah banyak menggadaikan serta menggugat keistimewaan orang melayu.Melayu yang memuja kuasa satu impian hidup, tidak mengira kehancuran generasi akan datang.

Pengundi perlu memainkan peranan .Mengundi mesti memikirkan untuk terus mengundi pemimpin yang tidak melalaikan melayu terhadap Allah. Kita tentu kesal apa yang berlaku hari ini, oleh kerana kesilapan kita memilih pemimpin yang memerintah dari merdeka hingga sekarang ini,telah menyebabkan orang melayu menjadi juara masalah sosial.Bilangan mereka yang menjuarainya tidak pernah berkurangan.

Hilangkan sikap mengundi mengikut perasaan "masih senang cari makan".Pelbagai aktiviti hidup perlu disegarkan dan di gilap ke arah yang lebih baik dan berkualiti.Jangan dijadikan mengundi mengkayakan seseorang,keluarga dan  kelompoknya.Tanamkan budaya baru memilih kerajaan berlainan setiap 5 tahun.Baik khidmat kerajaan yang di pilih berpotensi besar pula kita memilih 5 tahun seterusnya.




Sunday, April 22, 2012

Sendiri yang pilih

Normal 
Setiap hari kita diberi pilihan. Hendak melakukan perkara baik atau perkara buruk. Positif atau nagatif. Ke arah kiri atau pun kanan.Menuju terus atau berpaling ke belakang.

Kesemua terpulang kehendak kita melalui fikiran dan niat.. Tidak ada sekatan untuk apa sahaja kita lakukan.Walaupun ada undang-undang manusia atau undang- undang Allah yang melarangnya.

Kebebasan tetap ada. Terpulang kepada individu apa yang hendak dilakukan untuk di dunia atau untuk akhirat. 


Setiap individu tau dan sedar apa sahaja aktiviti harian yang dilakukan dan sedar juga apa kemungkinanan atau kesudahan aktiviti itu.Risiko pilihan sudah tentu baik atau buruk, gembira atau dukacita.Kesemua akibat dari perbuatan individu adalah lahir atau dicipta oleh individu tersebut.

Akibat dari pilihan hasil kerja individu boleh melibat kumpulan manusia lain. Kumpulan manusia lain bebas memilih agar tidak menerima kesan buruk atau tidak menerima kesan baik dari kegiatan individu dengan menggunakan kebebasan menghalang atau menjauhi individu berkenaan.

Sekiranya sekumpulan manusia itu yakin akan menerma kebaikan dari tindak-tanduk individu,tetapi sebaliknya telah menerima keburukkan dari tingkah laku individu itu.Sudah tentu ini kerana kesilapan kebebasan memilih. Jangan menyalahkan takdir,kerana Allah telah memberi kebebasan menerima atau menolak sebelum ini.

Individu atau sekumpulan manusia sering menyalahkan atau membuat kesimpulan sesuatu kesan buruk berlaku adalah qada’ dan qadar Allah. Walhal awal-awal lagi kebebasan memilih telah diberikan. Menolak atau menerima,bersetuju atau menarik diri dari terlibat. 

Kebanyakan individu atau kumpulan manusia hanya memikirkan kebaikan sebarang aktiviti yang dilakukan.Pada dasarnya mereka tahu risiko nagatif lebih banyak akan diterimanya .Mereka bertawakal tetapi mereka gagal menghuraikan ketika bila tawakal itu digunakan.Adakah ianya sesuai atau tidak.
















































































Kumpulan manusia atau individu yang bijak tidak akan memilih atau melbatkan diri dengan apa sahaja aktiviti, yang ada kedua-dua risiko - yang ada kebaikannya atau yang ada keburukannya.Mereka menggunakan kebebasan memilih atau menggunakan tidak memilih adalah pilihannya.

Kebebasan memilih mereka terhadap kedua-dua risiko tersebut digunakannya dengan berdasarkan citarasa aktiviti terbanyak dilakukan individu atau kumpulan manusia dan terus bertawakal serta tidak menyalahkan qada’ dan qadar Allah apabila menerima risiko buruk. 

Ketepatan menerima hasil pilihan amat sukar diperolehi kerana individu atau kumpulan manusia tidak nampak atau dapat mengesan hasil keputusan pilihannya. Bagaimanapun berhati-hati membuat sebarang pilhan kerana pilihan individu atau kumpulan manusia hasilnya jangan jadi “terlajak perahu boleh diundur terlajak kata buruk padahnya".Juga usah menggunakan kebebasan untuk marah dan menurut kehendak hati ‘biar jadi padang jarak padang terkukur”

Tuesday, April 17, 2012

tontonlah orang politik membodohkan pengundi




Sebelum pilhanraya ke 13 di umumkan orang-orang politik tidak sempat tidur dikatil bersama isteri di rumah kerana sibuk melayan kerenah rakyat. Sekiranya ketua-ketua kumpulan ramai pengikutnya lagi tak senang duduk wakil trakyat dibuatnya.

Ketika ini wakil rakyat terutama yang mewakili parlimen bertaraf menteri atau timbalan menteri diadakan pertandingan cuci tandas terbersih mereka sudah pasti sanggup.Panggil jurugambar akhbar bagi merakamkan post istimewa mereka.
Ada diantara mereka yang beragama Islam sanggup menghadiri serta meraikan majlis agama lain.Orang islam sudah maklumkan tidak ada agama lain diredai Allah melain islam.

Masa inilah mereka berjiwa rakyat,tidak mementingkan pangkat dan darjat.Lihatlah perangai mereka dalam gambar di atas.Mereka berlakun untuk mendapatkan mandat lima tahun lagi.

Pengundi yang sentiasa membuka otak kiri dan otak kanannya untuk berfikir sudah tentu faham wakil rakyat mereka melakukan aksi membodohkan pengundi-pengundi.

Aksi -aksi ini tidak berlaku dalam tempoh 1 -2 tahun selepas pilihanraya.Ketika inilah setiap pengundi atau rakyat berfikir yang mana satu wakil rakyat yang munafik. Gunakan kuasa undi memilih untuk mencari wakil rakyat terbaik dari senarai calon yang di kemukakan. 

Satu perkara yang perlu diberi perhatian,ialah gunakan kuasa demokrasi mengadakan perhimpunan membantah terhadap wakil rakyat menjadi pengkhianat parti seperti mereka ini 


Membantah menyuruh mereka ini mencampakkan jawatan wakil rakyatnya dan adakan pemilihan wakil rakyat yang baru. Mereka ini tidak berguna satu sen pun duduk dalam dewan parliman atau DUN. Kita semua tahu pengkhianat-pengkhianat parti ini liat hendak meletak jawatan kerana menunggu  tempoh masa layak mendapat pencen sebagai rakyat.

Ingat !..wakil rakyat boleh jadi binatang sesumpahan pada bila-bila masa .Binatang Sesumpahan bertukar warna apabila badan sakit atau kena pukulan manakala manusia sesumpahan berubah warna apabila perut lapar,poket mula kosong.



Monday, April 16, 2012

mimpi bola sepak malaysia ke rangking 316, - 20 tahun lagi


Bolasepak Malaysia bilakah boleh mimpi ke dua tempat ini

 
Bulan Oktober 2011 saya berpendapat bola sepak di Malaysia tidak akan sampai ke olimpik atau piala dunia  20 tahun lagi. Ketika itu rangking Malaysia tempat yang ke 148 tetapi hari ini Malaysia jatuh ke tempat 156 dunia,turun 8 anak tangga.

Setiap tahun kedudukan  bola sepak Malaysia bukan bertambah baik sebaliknya merosot terus morosot.Sekiranya hari ini merosot 8 anak tangga setahun, bagaimana 20 tahun akan datang Malaysia akan berada di tangga 156+160 =tangga ke 316. Senarai FIFA hanya ke tangga ke 205  hari ini ditunggu oleh San Marino.

Diantara yang mengundang kemerosotan bola sepak negara ini adalah disebabkan sikap mereka yang mentadbir  persatuan bola sepak sama ada negeri atau negara.Jurulatih yang tahap profesionalnya tidak bertambah  dan kesungguhan pemain hanya mementingkan kewangan melupakan patriotik terhadap negara.

Kiranya bekehendakan idea yang baik jangan ada undang-undang  persatuan tidak boleh ditegur oleh orang dalam sendiri persatuan tersebut.sama ada di luar mesyuarat atau dalam mesyuarat. Kadangkala dalam mesyuarat idea yang di kemukakan tidak dipedulikan . Idea di luar mesyuarat kadangkala  lebih idealist..Anuar Musa menjadi mangsa perkara ini.

Badan induk bola sepak negara biarlah di tadbir dan diterajui oleh orang berkalibar dan ada bukti potensi bolasepak semakin maju. Mereka yang ada daulat sebaiknya tidak usah masuk campur urusan rakyat  terbanyak ,kerana mereka yang terlibat dalam bola sepak terpaksa menjunjung duli untuk menegur. Walaupun ada yang berdaulat boleh mencemar duli atau boleh berjiwa rakyat tetapi tidak semudah berkomunikasi dan berbincang dengan rakyat kedai kopi.

Berkemungkinan kemerosotan bolasepak negara diantaranya berpunca dari  mereka yang mengetuai badan Football Association of Malaysia (FAM).Rakyat sudah menjadi serbsalah hendak mengenepikan presiden atau timbalan presiden kerana ditakuti  cop durhaka.

Mengundur diri bagi  mereka yang telah lama dalam FAM diperlukan saat ini, kerana tidak ada satu pun pasukan  bolasepak  Malaysia yang boleh dibanggakan..Ujian ke olimpik hanya setakat pusingan awal dan tidak memperolehi sebarang mata dalam kumpulan.Piala dunia 2014 tidak layak kerana pasukan bertaraf jaguh kampung.




Saturday, April 14, 2012

insaf




Khutbah Jumaat bertajuk “kematian “yang di bacakan khatib masjid hari ini, 13 April  2012 sesungguhnya telah  mengalirkan  air mata . Sebak di hati, mendengar  dibacakan seksa kubur ,sementara  menunggu di bangkit semula untuk ke padang mahsyar.

Mungkin usia sudah menjangkau 59 tahun hari ini, mengenangkan betapa banyak dosa dilakukan yang masih belum ditebus. Disebutnya purata umur manusia hari ini sekitar 60 tahun hingga 80 tahun.Ya Allah menggigil rasanya badan ini sudah sah usia ini telah hampir ke garisan penamat hidup.
 Sekiranya mati beberapa saat  dari sekarang ,sudah pasti  apa yang telah dikatakan khatib itu akan berlaku.Astaghfirllah.

Kematian akan menjemput pada bila-bila masa dan pengalaman mati dan seksanya  alam kubur yang tidak ada sesiapa akan menceritakannya.Berulang-kali disebut  khatib,tidak sedar berguguran air mata.
Bagaimana sihat seseorang, bagaimana megah kuasa dan kaya, namun manusia pasti mati dan meninggalkan dunia fana ini. Malah Nabi dan Rasul iaitu manusia yang paling dekat dengan Allah, bahkan manusia menjadi kekasih Allah SWT pun tidak dapat lari daripada kematian, menghadapi alam barzakh dan hari penghakiman di padang Mahsyar.

Khutbah  hari ini sekiranya di hayati oleh pelaku-pelaku politik,pelaku media,pelaku hiburan atau segenap manusia yang percaya kehadiran Allah dalam hidupnya sudah pasti nilai-nilai murni akan lahir setiap bidang hidup.

Allah menyediakan pintu syurga kepada setiap hambanya dan Allah juga menyediakan pintu neraka setiap manusia .Usahakan untuk mencapai  yang terbaik untuk ke  syurga dan jangan sesekali bercakap serta mempermainkan kata  nilai azab neraka atau ada cita-cita untuk ke neraka.Hanya mereka yang kurang siuman berkata dan bercita-cita bagitu.

Azab neraka tidak sama dengan azab-azab yang ada di dunia ini walaupun ada pelaku politik yang berkata “semua orang  yang beragama islam akan masuk syurga, selepas masuk neraka -jangan bimbang !”

Renungkan khutbah ini “Aku akan bakar kain kapannya, aku robek badannya, aku sedut darahnya serta aku kunyah dagingnya. Mahukah engkau tahu apa yang akan aku lakukan pada anggota badannya?” “Aku cabut satu persatu dari telapak hingga ke tangan, dari tangan ke lengan, dan dari lengan menuju ke bahu. Lalu aku cabut pula lutut dari pehanya, peha dari lututnya. Aku cabut lutut itu dari betis. Dari betis menuju ke telapak kakinya.”
“Renungilah nasib saudaramu yang kini dikuburkan, dahulu dia menikmati pemandangan yang indah, kini matanya tertanggal, dulu lidahnya fasih bertutur, kini cacing tanah memakan mulutnya. Dulu dia sering tertawa, kini giginya hancur terbenam.”

Terlalu sedikit daripada kalangan kita yang bercakap dan mengingat soal kematian, alam Barzakh dan Mahsyar, kerana kita sedang sibuk dengan politik mempertahankan putrajaya, pembangunan kerjaya, memperolehi  kemewahan beratus dan berbilion ringgit dan kelazatan kehidupan dunia dengan  acara –acara hiburan.