Bola sepak di Malaysia Dua Puluh tahun akan datang belum tentu dapat ke Olimpik atau Piala Dunia.
Saya tetap mengatakan bagini kerana pasukkan yang dulu belasahan negara ini tidak dapat di nafikan kehebatannya. Jepun,Korea,Indonesia ,Thailand,Vietnam,Mianmar (Burma)dan Singapura kalau diibaratkan marathon dari Johor Baharu ke Sintok ,Jepun dan Korea telah sampai ke destinasi manakala Malaysia baru sampai Seremban,pasukkan Asia Tenggara telah sampai ke Sungkai Perak.
Strategi dan Standard permainan tidak berubah sama seperti permainan piala merdeka zaman Ghani Manhat,DillAkhbar,Ali Bakar ,Isa Bakar dan Soh Chin An iatu piala tahun 60an, 70an dan 80an, mungkin jurulatihnya kelahiran zaman itu.
Permainan yang lansung tidak menarik minat untuk menonton di padang atau di televisyen.Pemain-pemain tidak tahu apa yang hendak dilakukan bila berada dalam padang. Apa yang mereka rancang untuk menghasilkan gol sentiasa tidak kesampaian. ‘Clearing ‘di daerah pertahanan sentiasa tidak dapat dilakukan. Sentiasa memberi ruang pasukan lawan melakukan tendangan Gawang. Macam mana bermain dalam liga super Malaysia maka cara itulah pemainan yang di tunjukkan ke peringkat antarabangsa.
Intercept: memotong umpan lawan tidak dapat dilakukan oleh pasukan Malaysia. Menunggu bola datang ke riba. Aksi solo run memang payah hendak lakukan oleh pemain. Pemain tidak ada kemahiran mungkin perkara ini tidak pentingkan. Man to man pemain negara tidak menjadi kerana pemain lawan lebih hebat menggelincik keluar .
Tugas pemain-pemain Malaysia hanya menjaga dan menghalang pasukkan lawan jangan menjaringkan gol dalam jumlah yang terlalu banyak. Kita lihat permainan antara Malaysia dengan Jepun 2-0 dan Malaysia dengan Australia dengan jaringan gol 5-0 .Tugas pemain jangan membiarkan Jepun atau Australia menjaringkan 7,8,9,atau 10 gol.
Tugas pemain-pemain Malaysia hanya menjaga dan menghalang pasukkan lawan jangan menjaringkan gol dalam jumlah yang terlalu banyak. Kita lihat permainan antara Malaysia dengan Jepun 2-0 dan Malaysia dengan Australia dengan jaringan gol 5-0 .Tugas pemain jangan membiarkan Jepun atau Australia menjaringkan 7,8,9,atau 10 gol.
Mengawal dan menahan bola di gelanggang tidak ada perubahan yang mana tahan bola bukan untuk diri sendiri tetapi untuk orang pasukkan lawan.Mati kutu bila bola direbut dengan mudah oleh pemain lawan .Pemainan yang menjemukan selama 90 minit,bola pasukkan Malaysia jarang sampai ke kotak penalti.
Tidak ada debaran menunggu jaringan gol Malaysia tetapi berdebar-debar malu takut,Malaysia dibelasah 4,5,6 dan 7 gol.
Tidak usah kita berangan-angan mengulang kejayaan ke Sukan Olimpik Munich pada 1972 dan Sukan Olimpik Moscow pada 1980.
Bajet untuk kemudahan infratruktur sukan bola sepak yang diumumkan lebih baik digunakan mencari jurulatih luar atau melatih lebih ramai pemain ke luar negara atau juga menghantar pegawai FAM belajar mentadbir pertubuhan bola sepak atau teknik memajukan bola sepak dari Korea dan Jepun.