Anak kecil main api. Terbakar hatinya yang sepi. Air mata darah bercampur keringat. Bumi dipijak milik orang.Nenek moyang kaya-raya Tergadai seluruh harta benda. Akibat sengketa sesamalah kita. Cinta lenyap di arus zaman.Indahnya bumi kita ini. Warisan berkurun lamanya. Hasil mengalir ke tangan yang lain. Peribumi merintih sendiri.Masa depan sungguh kelam. Kan lenyap peristiwa semalam. Tertutuplah hati terkunci mati. Maruah peribadi dah hilang. Kini kita cuma tinggal kuasa. Yang akan menentukan bangsa. Bersatulah hati bersama berbakti. Pulih kembali harga diri.

Wednesday, April 20, 2016

Najib PM ada "Power" dan melihat Polis melalui gambaran Skop Production




Dua perkara yang berlaku dan diperkatakan dalam negara ini adalah berkaitan derma kepada Najib 2.6 bilion dan vedio viral anggota polis mengambil rasuah.

SATU

Semua tahu dan bertambah tahu, juga bertambah sah, bahawa 2.6 bilion telah masuk  ke akaun Najib.Perkara ini telah di sahkan beberapa kali oleh orang arab yang di upah khas bagi membela Najib. Sebelum ini kenyataan media luar negara berkaitan perkara ini, dicanangkan ke kampung atau luar bandar sebagai fitnah  ke atas PM kesayang mereka.

Kenyataan terima wang dari luar itu masih lagi ada keraguan. betul atau tidak berlaku transaksi kemasukan wang ke akaun Najib, lebih-lebih lagi kenyataan orang suruhan Najib mengatakan satu fitnah tidak bertanggungjawab terhadap ketuanya.

Sekarang apa yang hendak disorokkan lagi aktiviti ini , seorang ketua kerajaan menerima wang dari seorang manusia lain tidak kira bangsa luar atau bangsa dalam.Walaupun yang memberi wang mengatakan ikhlas kerana Allah tetapi tidak ada bukti keikhlas itu kerana Najib orang yang berkuasa penuh di negara Malaysia.Tidak perlu dinafikan setiap pemberian ada tujuan tertentu tambahan di salurkan terus ke akaun individu.

Kita tidak persoalan kiranya transaksi yang dilakukan ke akaun anak yatim ,Yapiem,Majlis agama islam atau badan-badan kebajikan yang lain bertujuan membantu kesusahan. Juga masih dipersoalkan sekiranya wang itu disalurkan kepada parti poltik yang sedang memerintah.

Tidak seorang pemerhati politik percaya keikhlasan kenyataan  menteri arab itu termasuk 'suara hati' pengampunya, kerana Najib sentiasa berada di negaranya,disamping itu sekiranya kenyataan arab itu seiring dengan kenyataan peguam negara maka adalah merupakan satu kenyataan pembohong, kerana tidak ada kenyataan berbunyi tetapi Najib jujur dan tidak memerlukan wang tersebut dan  telah memulangkan lebih separuh dari wang yang kita derma”.

Sekarang bukan masanya pengampu Najib atau Najib sentiasa menyatakan atau memutar belit kenyataan.membodohkan rakyat bahawa  dia tidak memakan satu sen duit rakyat.Saya tidak perlu menyambung fitnah  terhadap PM ini, kerana mungkin kenyataannya betul tetapi hari ini PM telah memakan atau menerima duit orang luar.Bagaimana kiranya orang kebudian .

Semua orang  tidak kisah seandainya wang itu diberi kepada saya, kerana saya penoreh getah, dan punya ladang sawit satu ekar dan membela beberapa ekor ayam kampung. Tidak ada kuasa apa pun mengarahkan di tangkap orang yang menyiasat duit RM2.6 bilion yang didermakan kepada saya, dan tidak perlu Peguam negara memberi kenyataan “bahawa saya tidak mempunyai apa-apa  kesalahan jenayah menerima wang sebanyak RM2.6 bilion". Kenapa arab ini memilih Najib? tidak memilih saya.

Tentu semua orang menyatakan saya "siapa" ",gilakah pak Arab itu hendak mendermakan wang sebanyak itu pada kau". Tentu ada undang-undang tersembunyi melalui kenyataan tersebut.

DUA

Video viral ‘anggota polis makan rasuah', Ketua Polis negara telah menyatakan bahawa viral tersebut tidak menggambarkan keseluruhan anggota polis rasuah.

Kenyataan Ketua polis itu merupakan satu kenyataan umum yang perlu dilontarkan kepada semua orang. Pada hakikatnya kenyataan bebas dari luar amat berlainan dengan persepsi umum dan menyatakan bahawa semua anggota polis rasuah mengikut kategori pangkatnya.Tentu ketua polis sendiri faham dengan pandangan rakyat.

Saya tak perlu mengulas tugas polis kerana polis Malaysia adalah pekerja kerajaan terbaik,tidak seperti polis di India, perangainya yang digambarkan melalui filem hidustan dan filem tamil. Saya melihat polis Malaysia melalui gambaran Skop Production dan penerbit filem aksi melayu yang lain.