Anak kecil main api. Terbakar hatinya yang sepi. Air mata darah bercampur keringat. Bumi dipijak milik orang.Nenek moyang kaya-raya Tergadai seluruh harta benda. Akibat sengketa sesamalah kita. Cinta lenyap di arus zaman.Indahnya bumi kita ini. Warisan berkurun lamanya. Hasil mengalir ke tangan yang lain. Peribumi merintih sendiri.Masa depan sungguh kelam. Kan lenyap peristiwa semalam. Tertutuplah hati terkunci mati. Maruah peribadi dah hilang. Kini kita cuma tinggal kuasa. Yang akan menentukan bangsa. Bersatulah hati bersama berbakti. Pulih kembali harga diri.

Tuesday, August 25, 2015

sumbangan media luar -nyata bukan tomahan atau fitnah




Sekarang ini kumpulan penjilat buntut PM telah terbahagi kepada beberapa kumpulan.Kumpulan pertama adalah kumpulan penjilat yang seboleh-bolehnya menghalalkan derma  RM2.6 billion.Seterusnya kumpulan yang membela apa yang dilakukan  oleh PM sebelum  dan selepas dibelai oleh dermawan hartawan ,dengan mengatakan segala apa yang dilakukan oleh Najib  perkara baik dan sepatutnya.

Kumpulan yang paling beruntung ialah kumpulan yang  telah dapat pangkat,dan jawatan kerana  cerita 1MDB telah beransur-ansur di tutup.Mereka telah berfikir PMnya telah selamat.Mungkin selamat kerana AG yang dilantik merupakan orang yang telah dipatah tengkoknya dan disumbat mulutnya. Penjilat jenis ini puji melangit,dan mula buka temberang serta menasihatkan golongan yang dicampakkan Najib bersabar dan teruskan kesetiaan pada parti.

SPRM sudah tutup pejabatnya dan yang tinggal kakitangan kerani pejabat yang kerjanya menguruskan bayar bil pejabat dan menghantar serta menjawab surat.Tidak guna lagi badan pencegah rasuah ini kerana pintu-pintu pejabatnya telah di pasang sarang labah-labah yang membolehkan mereka yang besar boleh sahaja langgar  masuk, manakala yang kecil menjadi mangsa.

Manakala orang yang punya badan dan berkuasa  menyatakan berulangkali telah diberi amanah oleh parti dan rakyat mesti terus bekerja .Tidak ada istilah letak jawatan.Dia terus mendewakan diri sendiri ke pelusuk negara mengatakan tidak ada duit rakyat yang disapunya dan memberi keyakinan kepada bangsa melayu bahawa kiranya tidak ada UMNO melayu menjadi bangsat di negara sendiri. Selanjutnya menyatakan parti yang memerintah adalah hasil warisan ayahnya.

Itulah Malaysia negaraku,yang mempunyai pemimpin yang bercakap sedap dimulut dan bangsanya di bangangkan oleh tatacara kepimpinannya sendiri dengan menyatakan yang layak memerintah negara ini ialah UMNO.Kita melupakan kesalahan UMNO oleh kerana orang melayu hari ini dapat makan dan minum sehingga tidak sedar bangsa lain dapat makan dan minum tetapi mempunyai aset berjuta-juta.

Kita lupa kesalahan UMNO tanah rezab melayu banyak kehilangan dan kalau ada pun gantinya semakin lama semakin jauh ke dalam hutan.Kita lupa kesalahan UMNO melayu tidak mampu membeli unit kedai dan rumah di bandar-bandar yang berharga RM400K hingga RM700K.

Kita semua tahu emosi Najib telah mula terganggu akibat tekanan dari rakyat dan ahli partinya yang telah mula ramai  kontra dari yang menyokongnya ditambah ulasan dan laporan yang tidak menyebelahinya , melalui media sosial serta di parahkan oleh  berita  akhbar porta internet. Di tambah dengan kejatuhan ringgit berbanding USD hari ini –RM4.23.Speklusi di jangka hingga RM5.00, di katakan ada diantara mereka yang terlibat aktiviti kewangan enggan menerima ringgit Malaysia bagi urusan jual-beli.

Sebenarnya Najib sudah pun meletak jawatan sebagai Perdana Menteri  yang sekarang ini bertugas sebagai membela diri bahawa dia berkhidmat untuk rakyat dan parti politiknya dan satu sen pun tidak mentedarah duit rakyat.

Yang nyata sekarang apa yang telah terjadi terhadap pemimpin  dan kepimpinan yang telah dilantik rakyat bahawa keyakinan dan keikhlasan menjadi wakil rakyat telah terbongkar dengan penemuan berbillion ringgit dalam akaun persendirian.

Walaupun itu merupakan derma untuk politik,saya percaya sekiranya bukan Najib yang menerimanya sudah pasti mereka yang terlibat di dakwa di mahkamah kerana menerima sumbangan luar kemampuan pendapatannya dan penderma ada kepentingan kerana PM mempunyai bidang kuasa. Keikhlasan terlalu subjektif dan tidak mampu menghindar tujuan rasuah.

Itu hanya kita tahu melalui “pembongkaran terpaksa” tidak ikhlas yang pada asalnya berita dan  dipertikai dengan menyatakan fitnah dan tomahan.Sekarang penjilat-penjilat PM berusaha meyakinkan orang ramai bahawa wang sebanyak itu adalah hasil derma ikhlas dari Timur Tengah dan tujuan untuk aktiviti parti politik.

Banyak ayat-ayat gila selepas disahkan bukan tomahan atau fitnah.Diantaranya penjilat menyatakan keikhlas kerajaan dan PM menangani isu IS,dan usaha melawan yahudi dan DAP,serta jangan di pertikaikan keikhlasan penderma.

Ketaksuban,dan berkepentingan diri untuk mendapat sesuatu dari PM maka tidak hairan penjilat melupakan bahawa sumbangan kewangan itu diterima melalui akaun persendirian yang membolehkan tuan punya akaun mengeluarkan wang untuk pelbagai tujuan.

Hari ini beberapa orang penjilat telah pun mendapat honorium dan belegar seluruh negara sambil mengandar nama PM dengan menyatakan sumbangan politik adalah sah.

Media sosial tidak bersimpati terhadap pembelaan terhadap Najib dan terus memberi maklumat yang betul terhadap PM dan penjilat-penjilatnya. Penggemar media ini sentiasa menunggu-nunggu agar sesuatu kejutan bagi memulihkan kepercayaan politik dan kepimpinan negara.

Friday, August 7, 2015

Rakyat BR1M 950,Najib BR1M 2600,000,000.




Sekali lagi Najib lega kerana tribunal khas siasat 1MDB telah ditutup kerana arahan peguam negara yang di lantik Najib menggantikan Ghani Patail. Bagitulah seronoknya menjadi orang yang berkuasa  yang ada kuasa pembatal atau kuasa veto macam Russia terhadap tragedi MH17.

Semua perilaku jenayah yang dilakukan sendiri atau kroni atau keluarga boleh di batalkan.Mereka yang bersuara atau cuba-cuba berlagak baik untuk menyiasat di bunuh sahaja jawatannya.Menteri dan pegawai kerajaan jangan hendak beraksi  melebihi  kuasa eksekutif.

Entahlah Malaysia.Tidak mungkin sebagai rakyat yang prihatin dan patriotik boleh bersifat tidak mengambil tahu atau persetankan tentang keadaan politik,perjalanan pentadbiran  negaranya dan suasana sosialnya, sekiranya  pemimpinnya semua peringkat mempermainkan atau memutar belitkan isu aktiviti rasuah. Individu rakyatnya melibatkan jenayah bunuh, menipu,rogol,dadah.

Hari ini tidak boleh lagi ada sifat beri kepercayaan kepada pemimpin,pegawai kerajaan atau sesiapa sahaja yang berkuasa  untuk   menguruskan negara. Kita perlu mengambil tahu dan bertindak kerana tiada lagi orang yang boleh di percayai, walaupun berulangkali berkobar-kobar menyatakan pendirian atau ikrar menyuruh rakyat bertekad menaruh keyakinan  bahawa pemimpin mereka bekerja untuk rakyat.

Rakyat perlu berterima kasih kepada mereka yang terlibat terhadap kemajuan internet,media,dan laman sosial yang menjadi alat sumber maklumat orang ramai, terutama di  negara kuku besi media.Pedulikan pehak berkuasa yang berkhutbah memberi peringatan rakyat, supaya jangan percaya maklumat yang disampaikan melalui laman sosial dan media luar dengan alasan adalah fitnah dan palsu.

Perlu diingat bahawa maklumat Najib dapat duit sebanyak 2.6 billion adalah hasil maklumat yang disalurkan melalui media luar dan laman sosial yang di sebarkan melalui internet sebagai sumber maklumat untuk pengetahuan  lebih ramai manusia. 

Di takdirkan tidak di sampaikan maklumat ini kepada masyarakat Malaysia sudah pasti kita didendangkan lagu ciptaan Najib dan gerombolanya” rakyat didahulukan ,pencapaian diutamakan”,BR1M 950”.Sekarang telah jelas yang Rakyat BR1M 950 manakala Najib BR1M 2600,000,000.

Sekiranya tiada perkembangan teknologi canggih dan kebebasan maklumat sudah pasti diri kita seperti atok dan nenek-nenek yang pengetahuannya bersumberkan berita-berita surat khabar dalam negara seperti,Utusan Malaysia,BeritaHarian,Harian Metro,Kosmo,Star dan Straits Times, yang sampai kiamat tidak mengeluarkan berita-berita atau maklumat perangai buruk pemimpin dan kerajaan. 

Media dalam negara ini ibarat di wajibkan menyebut perkara-perkara yang baik bagi simati.


Usaha kerajaan yang ada hari ini untuk bertindak menapis dan menyekat kebebasan maklumat di laman sosial ,facebook,blog dan media luar perlu di tentang sehabis maksima tenaga.Mereka yang berkuasa berusaha  menyekat kebebasan menyebarkan maklumat adalah di sebabkan banyak perkara benar di pertonton, di dengar dan ditulis sebagai usaha menelanjangkan perangai individu yang memang bersalah.


Alasan maklumat yang disebarkan membolehkan negara huruhara dan menggugat hubungan kaum dan kesetabilan kerajaan adalah alasan pemerintah sekiranya rakyatnya terdiri golongan masyarakat primitif atau zaman purbakala. Seterusnya bertujuan menutup sesuatu kelakuan buruk atau salahlaku pemimpin  dari pengetahuan umum


Rakyat hari ini boleh menilai yang mana baik,dan  perkara benar. Manakala Kerajaan boleh mengawal kerakusan pengguna laman sosial dan kebebasan media melalui peruntukan undang-undang yang sedia ada, serta bertindak  membawa mereka yang benar-benar mengfitnah ke mahkamah.

Tindakan menggantung perjalanan  akhbar  oleh KDN dan SKMM seperti dilakukan terhadap The Edge dan Sarawak Report akan memuncaknya  kebencian dari masyarakat prihatin terhadap kerajaan.Media alternatif dari luar yang tidak dapat di kawal kerajaan akan mengambil kesempatan membekalkan maklumat salahlaku rakyat negara ini seperti The Wall Street Journal,The New York Times dan akhbar Australia

Wednesday, August 5, 2015

Najib perlu lakukan seperti Kassim Baba untuk bersihkan namanya



Ketawa besar Najib dan gengnya dan juga orang UMNO dan BN.sebab SPRM sudah sah kan duit 2.6 billion masuk akaun Najib bukan duit 1MDB serta tak boleh di charge rasuah.Senangnya orang politik ,PM dan Menteri dapatkan duit tak payah angkat cangkul ,pakai baju busuk menoreh ,pagi-pagi ke kebun. Bagi mereka duit bukan di carinya  tetapi  duit yang mencarinya.

Saya dan rakyat selaku penyokong ,pengundi, dan memanggil serta memurtabatkannya sebagai pemimpin masih termanggu-manggu bangang. Rupanya selama ini duit berjuta-juta dan berbilion guna untuk kempen,buat poster,belikan pengundi beras,gula dan belanja makan serta belanja melancong dan juga suap tunai, rupa-rupanya duit terbang  ke akaun.

Mak dan ayah serta datuk nenek saya tujuh keturunan nikmat pendapatan kurang RM 1000 sebulan hasil kebun yang bekerja dari 6.30 pagi ,lepas subuh hingga jam 3.00petang. Kalaulah Najib beri saya 100 ribu pun masih belum boleh menandingi pendapatan kami  selama ini. Patutlah Wak Abu kampung saya berpanas miang berkempen hendak jadi wakil rakyat dan bercita-cita nak jadi menteri dan PM.

Seandainya Najib seperti ayah dan emak serta datuk saya sudah tentu tidak merasa wang sebanyak itu bahkan satu sen pun tidak akan dapat duit terbang datang ke akaunnya. Hari ini Najib dan gengnya telah bersuara terhadap duit terbang ke akaunnya supaya jangan ada orang mempertikaikannya. 

Barangkali inilah kelakuan orang yang berkuasa selama lebih 65 tahun ada duit melayang ke akaunnya telah menjadi trend untuk perbelanjaan segala aktiviti pilihanraya. Kita yang bangang ini hanya tahu kiranya kontrak atau individu yang memerlukan projek hanya perlu menyumbang kepada parti bukan akaun individu. Itu pun wang disumbangkan berupa tunai 99 peratus untuk diri dan 1% untuk parti.

Macam mana orang seperti ini kita lantik pemimpin yang memimpin rakyat Malaysia seramai 30 juta.Cakap rakyat di utamakan rupanya kita tidak perasan perut,poket dan kantung duitnya penuh melimpah baru berikrar rakyat didahulukan.

Orang melayu yang memilih pemimpin seperti ini setiap pilihanraya selama 13 kali telah bersubahat menyokong dan menghalalkan kerja-kerja rasuah tidak langsung. Perlu segera mempunyai kesedaran bahawa wang terbang ke akaun merupakan wang rasuah walaupun diberi sebarang tujuan.

Tidak ada individu,syarikat atau kumpulan yang melakukan aktiviti membodohkannya memberi berupa wang,atau barang yang bernilai berbilion melainkan bagi tujuan kepentingan syarikat atau individu tersebut.

Najib,menteri atau parti politik yang berkuasa dijadikan mangsa oleh mereka yang mempunyai kepentingan . Najib tentu tahu dari mana sumber wang tersebut melayang ke akaunnya.Tidak ada alasan 2.6 billion dinilai bukan wang rasuah.Hanya manusia tidak siuman mencampakkan duitnya, itupun bukan ke akaun Najib, ke tanah atau mana-mana tempat.  

Wang 2.6 billion ini sekira di lakukan oleh penyumbang atau tuan punya akaun seperti perangai ‘Si Kassim Baba’ dalam Filem P.Ramlee, Ali Baba Bujang Lapok sudah pasti tidak ada sesiapa pun mempertikaikan malahan di anggap orang kaya terbaik dalam dunia atau telah mencatat Guinness World Records. 
di syorkan dermawan sebagini

Apa hendak dikatakan lagi situasi yang heboh hari ini terhadap Najib merupakan pengisytiharan perangai orang politik dan partinya bagaimana memperolehi dana kewangan untuk meneruskan kemenangan parti politiknya.Jelas mengharapkan yuran ahli dan aktiviti perniagaan tidak cukup menambat hati pengundi khususnya orang melayu.

Melayu perlukan “gendang gendut tali kecapi, kenyang perut suka hati”, “sorong papan tarik papan, buah keranji dalam perahu, suruh makan saya makan , orang  yang kaya tak ambil tahu”.

Sunday, August 2, 2015

tidak ada manusia tersenyum apabila terkejut dan hati sakit






Setuju  -seandainya saya seorang Perdana Menteri  saya memilih mereka dikalangan yang memang  sehaluan dan menunjukkan jari


 tidak ada yang  menghalang sebarang tindakan dan tidak  peduli apa orang lain kata kerana saya berkuasa. Saya mencari penasihat yang selari dengan otak saya supaya senang bekerja jujur atau terlanjur.

Bagitu juga kiranya saya dipilih oleh seorang PM dilantik bekerja dengannya, sudah tentu tidak menolak kerana rezeki  naik pangkat.Berapa ramai  wakil rakyat  kecundang dalam mengejar  cita-cita hendak jadi,PM,Timbalan PM dan menteri.Menunggu berapa penggal mengidamkan jawatan itu namun tidak terlantik.

Saya tidak akan timang-timang sia-sia seseorang yang berkuasa, asalkan apa yang saya lakukan mendapat habuan. Itukan lumrah manusia. Tidak menjadi kesalahan saya dilantik sebagai pengganti  jawatan mereka yang dipecat Timbalan PM, atau menteri  kerana bukan salah saya .Saya hanya melorongkan diri untuk dipilih tidak suruh pun PM pecat sesiapa.

Hari ini Allah telah takdirkan kami terlantik menjawat pelbagai jawatan dalam kabinet Najib -,Alhamdullilah, satu sukses dalam hidup dan karier politik kami. Satu peluang yang tidak akan berulang. Sungguh kami gembira,  dengan menyatakan merupakan satu tanggungjawab bukan habuan membodek.

Kami bekerja mengikut kemampuan,serupa menteri-menteri dan Timbalan PM yang sebelum ini.Bukan susah, cakap apa yang perlu dibuat. Cukup tiga tahun, kalau PM, nak tarik balik . Silakan . Pencen Timbalan PM dan menteri sudah pasti melekat dan menerima ganjaran lumayan . 

Seandainya Najib tarik kembali jawatan kami selepas beberapa bulan,silakan. Merupakan satu musibah,Innalilah hiwainnailaihirajiun.

Barangkali itulah hati-hati mereka yang di pilih Najib bermula 29hb.July 2015. Mereka kelihatan tersenyum  jalan  beriringan dengan Najib terutama yang di lantik ke jawatan Timbalan Perdana Menteri menuju ke majlis angkat sumpah .

Tidak seorang pun boleh menafikan kegembiraan individu yang terlantik, kerana tidak ada seorang pun berani mencipta sejarah,ada individu menolak perlantikan, dengan alasan beratnya tanggungjawab,tetapi sebaliknya ada yang bercakap , “bekas timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin perlu dipecat jika didapati bertindak khianati parti”

Sebagai sahabat dalam satu parti sepatutnya Timbalan PM  dan menteri yang di lantik menolak perlantikan oleh Najib dengan alasan Mahyuddin masih lagi Timbalan Presiden UMNO dan tidak ada cacat celanya menjalankan tugas sebagai TPM. Beliau bukan mengkhianat parti tetapi menegur serta menasihat individu berkuasa dalam parti. 

Menolak perlantikan diantara satu langkah mengelakkan perpecahan dalam parti. Enggan terima jawatan, yang kecewa hanya seorang individu yang melantik,manakala menerima jawatan mereka yang di pecat akan mengeruhkan suasana perasaan  yang ramai tidak setuju.

Kita maklum Najib tersentak dibuat oleh cakap-cakap  Mahyuddin kebelakangan ini. Itu pun mungkin satu pandangan yang bersifat menjaga keharmonian kabinet, berikutan Najib terus senyap apabila media asing melontarkan tuduhan terhadap diri Najib sendiri. Najib pula bersikap negatif mungkin menganggap Mahyuddin tidak sabar hendak jadi PM atau tidak ada lagi kerjasama berpasukan. 

Bagitu juga menteri-menteri yang  baru dicadangkan untuk menggantikan menteri yang sedia ada sepatutnya menarik diri dari menggantikan khidmat mereka yang sedang bertugas. Kedaan ini biarlah sehingga pilihanraya akan datang.

Kelemahan rakyat Malaysia adalah berkaitan meletak jawatan secara sukarela sebagai bukti bertanggungjawab kelemahan diri memberi khimat kepada rakyat dan menolak perlantikan kerana galasan tugas.Budaya rakyat Malaysia menerima sahaja apa sahaja tugas atau jawatan yang diberikan sama ada satu,dua atau lebih walhal luar kemampuan .

Sebagai orang islam peristiwa Israk dan Mikraj menggambarkan budaya rakyat Malaysia ini, di jelmakan melalui lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tapi ditambah lagi kayu yang lain. Kata Jibrail: Itulah orang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.

Saya percaya semua yang baru dilantik bukannya kenaikan pangkat kerana kehebatan atau ke cemerlangan melaksanakan tugas. Sedia maklum mereka  yang dilantik telah melahirkan komitmen pembelaan ke atas Najib sekurang-kurangnya sekali melalui media.

Pembelaan ini akan menjerat leher mereka yang terlantik untuk melahirkan objection apabila PM melakukan kesalahan. PM manusia biasa.Nanti tahulah nasib mereka dilakukan  oleh Najib sebagaimana Muhyiddin Yassin,Hassan Malek, dan Shafie Afdal.

Kita semua tahu kabinet ini merupakan kabinet pak turut yang tidak berani bersuara sama ada di luar atau dalam kabinet. Najib melantik mereka yang di perkira membolehkan mengekalkan jawatannya sekurang-kurangnya sehingga pilihanraya akan datang.

Kesimpulannya –banyak perkara tidak baik ,dari yang lebih baik berkaitan sikap Najib bertindak memecat dan melantik anggota kabinetnya. Meneruskan perpecahan di kalangan ahli UMNO.Tidak ada seorang manusia dalam dunia ini akan tersenyum apabila terkejut dan hatinya sakit.





.