Anak kecil main api. Terbakar hatinya yang sepi. Air mata darah bercampur keringat. Bumi dipijak milik orang.Nenek moyang kaya-raya Tergadai seluruh harta benda. Akibat sengketa sesamalah kita. Cinta lenyap di arus zaman.Indahnya bumi kita ini. Warisan berkurun lamanya. Hasil mengalir ke tangan yang lain. Peribumi merintih sendiri.Masa depan sungguh kelam. Kan lenyap peristiwa semalam. Tertutuplah hati terkunci mati. Maruah peribadi dah hilang. Kini kita cuma tinggal kuasa. Yang akan menentukan bangsa. Bersatulah hati bersama berbakti. Pulih kembali harga diri.

Wednesday, April 29, 2015

Mahathir PM 12 tahun alam mimpi 22 tahun alam nyata.




Nampaknya bertambah ramai yang membawa kayu api hendak membakar rumah Najib yang semata-mata bertujuan menghalau keluar  Perdana Menteri itu supaya mengosongkan rumah dan dan jawatannya di Putrajaya.

Dalam ramai-ramai yang membawa bahan-bahan yang memarakkan api untuk Najib itu ,Mahathir merupakan orang yang paling besar  mengumpul unggun agar Najib kepanasan dan cepat-cepat cabut dari Putrajaya.Sehingga ini masih lagi aktif mencebik bibir terhadap Najib sebelum bakaran diteruskan.

Walaupun pelabagai ugutan atau laungan dari jauh dan dekat menyeru Najib keluar sebelum rumahnya di bakar namun  masih ada usaha orang kelilingnya agar Najib buat tidak peduli kerana dengan alasan Najib melakukan usaha memelihara khazanah dalam rumah dengan kemas dan betul.Perkiraan matametik mereka Najib 80 markah manakala orang luar 20 makah.

Maklumat yang gempak dan terkejut-kejut mendengar dan membacanya ini tidak terdapat dalam media penjaga bontot kerajaan dan bontot orang kerajaan .Itulah salah satu sebabnya  orang kerajaan yang tidak senonoh dalam pekerjaan  dan berlaku gila dalam pelbagai urusan hidup, lupa diri serta tidak tahu orang di luar  kerajaan sudah meluat.

Kita tidak dapat berbuat apa-apa kiranya Najib terus  tidur nyenyak di Putrajaya kerana ini merupakan  satu musibah untuk rakyat yang memilihnya dan kesilapan jari telunjuk Mahathir sendiri  meletakkan Najib di situ.Mahathir sendiri bertanggungjawab terhadap pilihannya.
.
Jebat bermaharajalela dalam istana tidak seorang pun dapat mengendurkan semangatnya kerana Jebat berfikir segala tindakannya betul. Kita hanya mampu melihat sahajalah apa pun tindakan seterusnya kerana keris taming sari telah  berada ditangannya yang diberi rakyat sendiri.

Melihat keadaan Najib sekarang nampaknya masih belum ada tanda-tanda Najib lari dari rumah dan tinggalkan  jawatan yang menjadi impian orang politik itu.Keadaan ini menjadikan Mahathir mati akal yang kini entah berapa kali meludah.

Satu cara Mahathir untuk menghalau Najib ialah dia sendiri menjadi pegawai pendakwa dengan menyiasat dan mencari bukti apa yang didakwanya pelbagai kesalahan  Najib serta membawanya  ke mahkamah .

Ketika Abdullah Badawi jadi Perdana Menteri ,Mahathir sendiri mengambil pelbagai tindakan peribadi sebagai menunjukan protes terdap Pak Lah. Menurut Mahathir  ketika itu segala perancangan Pak Lah tidak sehaluan dengan fikiran.

Tindakan Mahathir keluar UMNO adalah tindakan mencabar Pak Lah yang mempunyai hati perut dan berfikiran positif terhadap hidup mati UMNO maka Pak Lah rela meninggalkan jawatan yang Mahathir sayang selama 22 tahun itu.Tidak ada kesalahan dosa besar pentadbiran di lakukan oleh Pak Lah.

Ketika ini Mahathir hanya melalak dalam Blog,ceramah dan seminar yang si Najib anggap hanya satu fitnah atau pembohongan yang biasa dilakukan terhadapnya.Tidak menjadi kesalahan Najib sentiasa beristiqamah metadbir negara dengan tidak memperdulikan suara atau kayu api yang di bawa Mahathir.

Dengan dua orang Perdana Menteri ini Mahathir tidak perkenan maka jelaslah Mahathir  menjadi Perdana Menteri alam mimipi selama 12 tahun ,di tambah menjadi perdana Menteri  alam nyata  22 tahun maka jumlah Mahathir jadi PM selama  34 tahun.

Thursday, April 9, 2015

sakit kesangsian yang tidak ada ubat.




Saya tertarik untuk mengulas sedikit berkaitan kebimbangan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Paul Low berkaitan rasuah, kesangsian awam selubungi pasukan polis,melalui The Malaysian Insider.


Kesangsian sudah menjadi barah di Malaysia yang tidak ada ubatnya,bagai inai dengan kuku dan bagai empedu lekat dihati. Ganti semua polis yang ada sekarang dengan anggota baru pun masih persepsi masyarakat semua polis rasuah.Tanggapan ini bukan sahaja terhadap polis tetapi seiring terhadap anggota khidmat awam yang lain.

Mungkin polis menjaga terlalu banyak aktiviti kemasyarakat setiap hari maka lebih kerap melihat telatah khidmat polis didepan mata .Mereka melihat dengan pandangan lebih banyak nagatif dari positif. 
Kesangsian awam terhadap  anggota polis ketika ini telah menuju kearah parah, kerana sikap keadilan bertindak polis terlalu mementingkan penyelesaian bagi pehak kerajaan. Tidak menghairankan di lihat media sosial telah menjadi medan menghentam anggota polis dengan  pelbagai tuduhan.

Jalan penyelesaian masalah rasuah anggota polis di negara perlu belajar dari negara-negara lain yang index rasuahnya top 10 seperti Singapura,Kanada,Norway,Sweden,New Zealand dan Switzeland  serta beberapa negara Eropah.Kedudukan rasuah dan keadaan negara tersebut sepatutnya menjadi contoh negara islam seperti Malaysia.

Polis Malaysia hanya dianggap tidak melibatkan rasuah apabila bertindak terhadap penjenayah bersenjata seperti rompakan,gangster,dan pembunuhan.Selain dari kesalahan tersebut kesangsian awan terhadap polis akan bertapak dalam hati yang berselirat pelbagai pertanyaan melibatkan keadilan .

Kebanyakan keraguan awam terhadap anggota polis berkaitan peringkat awal penyiasatan,yang mungkin ada sebilangan anggota penyiasat mengambil kira bayaran atau kepentingan jawatan yang disogokkan untuk menghilangkan atau menimbulkan bukti kesalahan yang selanjutnya meragukan hakim untuk menjatuhkan hukuman.Biasanya kesalahan-kesalahan yang tidak melibatkan nyawa.

Berlaku juga tindakan polis terutama terhadap mereka yang tidak selari dengan idealogi kerajaan yang memerintah yang kadang kala terpaksa tidak berlaku adil walaupun nyata kesalahan itu membolehkan kerajaan dipersalahkan.Gelang tidak laga sebentuk,laga keduanya.Bertindak di lihat persis bersultan di mata,beraja di hati

Sekarang sering berlaku perkara ini, terutama keadaan mereka yang menentang kerajaan seperti, NGO,parti politik, serta individu telah ramai, berbanding bilangan mereka yang mempertahan ketelusan anggota polis.
Kerja membisiki orang pekak sering berlaku apabila golongan yang tidak sehaluan dengan kerajaan
membuat laporan polis. Bertindak berpilih-pilih kepada mereka yang tidak sebulu atau tindakan dwistandard. memburukkan keadaan kesangsian rakyat Malaysia terhadap polis. Kita tahu kerja memegang besi panas terpaksa dilakukan oleh anggota polis.

Seandainya tidak ada kawalan media terutama melalui drama dan filem oleh kerajaan berkaitan aktiviti salah laku anggota polis saya rasa kesangsian orang awam terhadap khidmat polis bertambah teruk.

Kita lihat filem-filem luar negara tanpa sekatan mempamirkan anggota polis memiliki pelbagai gelagat,korap,terlibat menyebelahi penjenayah,membunuh,sedangkan kita disini melalui drama dan filem semua polis berkelakuan baik dan bertanggungjawab.Perkara ini merupakan peransang keadaan meluat dan cakap tidak serupa bikin yang merupakan baja kesangsian.

Mustahil boleh menambat kembali keyakinan orang awam terhadap peranan anggota polis terhadap keadilan sosial. Sebarang tindakan institusi ini banyak persoalan berkaitan integriti pasukannya.