Anak kecil main api. Terbakar hatinya yang sepi. Air mata darah bercampur keringat. Bumi dipijak milik orang.Nenek moyang kaya-raya Tergadai seluruh harta benda. Akibat sengketa sesamalah kita. Cinta lenyap di arus zaman.Indahnya bumi kita ini. Warisan berkurun lamanya. Hasil mengalir ke tangan yang lain. Peribumi merintih sendiri.Masa depan sungguh kelam. Kan lenyap peristiwa semalam. Tertutuplah hati terkunci mati. Maruah peribadi dah hilang. Kini kita cuma tinggal kuasa. Yang akan menentukan bangsa. Bersatulah hati bersama berbakti. Pulih kembali harga diri.

Friday, November 28, 2014

peremajaan UMNO-relakah yang tua undur..



Perhimpunan parti politik  boleh pada diri sendiri, tidak boleh pada orang” (UMNO)ini, telah melaungkan proses peremajaan perlu dilakukan.Setiap kali perhimpunan itulah ayat yang diulang-ulang.Sekurang-kurangnya mengatakan “generasi muda adalah merupakan pewaris pemimpin masa depan”.

Perlaksanaannya,setiap kali pilihanraya, sama ada pilihanraya umum atau pilihanraya kecil masih ditonjolkan wakil rakyat tua yang sudah berusia 50 tahun ke atas dan telah menjuarai 5 penggal sebagai wakil rakyat.

Keadaan ini berlaku adalah disebabkan tidak ikhlas dan berkepentingan diri  bagi mereka yang dilabelkan tua dalam parti itu. Tidak berupaya melahirkan sikap sukarela mengundur diri dengan  terus membiarkan dirinya menduduki senarai  calon yang dikemukakan  oleh parti, kepada pusat untuk bertanding.

Sekadar beberapa contoh,relakah mereka ini berundur,  bagi memberi ruang kepada golongan muda, menerajui UMNO,seperti Dato,Najib (1953),Tengku Adnan(1950)Dato’seri MustafaMuhamad,(1950),TengkuRazalieh(1937)Isa Samad(1949)Shafie Afdal(1957)ShahrizatJalil (1953)Muhyiddin Yassin(1947)Hishammudin Hussin(1961)Idris Jusoh(1955)dan Ali Rustam (1949).

Mereka semua sudah tua dalam UMNO, tetapi merasakan dirinya berpengalaman serta mampu menjana idea berguna untuk parti dan negara.Melabelkan orang muda bersikap pasif idea yang tidak berpijak dibumi nyata .

Tidak kedengaran ayat-ayat ini dalam UMNO “Tuan Presiden saya menarik diri pencalonan wakil rakyat dan MT parti kerana memberi lalui orang muda” kemudian presiden pun berkata”saya pun bagitu kerana usia saya lebih 60 tahun dan dirasakan tidak produktif lagi bekerja untuk parti”’

Terus menyedihkan ada dikalangan calon tua dalam parti ini telah berusia 60 tahun ke atas mempunyai pelbagai kes,rasuah ,penyelewengan dan kredibiliti akhlaknya dipertikaikan,masih diberi peluang menerajui  parti , merangkap calon wakil rakyat lebih 25 tahun.

Menjadi tandatanya adanya wakil rakyat yang dipilih “hilang timbul”dipersada senarai wakil rakyat sebelum ini,kemudian kelahiran semula pada pilihanraya umum.  

Berpuluh dan beratus anak muda parti berkalibar serta berijazah dalam senarai menunggu, masih parti berkeyakinan golongan tua yang dikutuk keadaannya. Disamping itu wakil calon parti yang berjaya menjadi wakil rakyat itu, bukan dikalangan ahli parti atau penduduk tempatan.

Sikap seorang ketua yang serbasalah terus memilih calon parti kerana mengenang budi dan rakan karib atau kroninya akan menghancurkan  masa depan parti seterusnya parti ketandusan golongan muda.

Selagi ada individu yang menganggap dirinya adalah penting dalam parti dan memikirkan dirinya adalah seorang idealis  yang berpengaruh serta menggunakan pengaruhnya dengan meletakkan dirinya tidak boleh ditegur maka  bersedia ke arah jahanamnya parti serta tidak usah berbicara peremajaan politik.Fikirkan mana ada buluh yang tidak berbuku.

Peremajaan tidak tercapai kerana takut dan tidak sanggup dicabar oleh ahli parti wakil pemuda,atau remaja .Bermegah dengan pengalaman  dan tidak muhasabah diri terhadap usia, serta kegunaan kepada parti, tidak akan menyumbang kepada usaha peremajaan.

Memang benar calon seperti ini menang dalam pilihanraya mengalahkan calon yang lebih bersih darinya, tetapi mereka yang mengundinya melihat sumbangan kepada parti, serta kejayaan kempen sentiment kaum,rasuah pengundi berbentuk hadiah, yang merupakan  alat atau ayat ‘power’ kepada bangsa melayu yang sentiasa lemah apabila termakan budi.

Situasi ini menyebabkan orang melayu sentiasa 'mandi dalam cupak'.

Menunggu golongan tua dalam parti, diundurkan secara terhormat ,bagai menarik rambut dalam tepung.Golongan ini amat sensitif dan liat untuk meninggalkan jawatan yang memberi sumber rezeki secara mudah. 

Golongan penyakit dalam parti ini ,sekiranya mula-mula menjadi wakil rakyat berusia 35 tahun ,5 penggal kemudian pasti telah berusia 60 tahun.

Bagaimana proses peremajaan dapat dilakukan kiranya ahli parti tua berterusan menjaga periuk yang sentiasa hendak dipenuhkan.Sikap berkorban untuk kecemerlangan parti dan peremajaan parti  sukar diteruskan kiranya tiada usaha menghadkan umur persaraan wakil rakyat atau had penggal menjadi wakil rakyat.

Kesimpulannya, ahli parti terutama yang berkuasa takut meninggalkan kuasa ,tidak ikhlas berkhidmat untuk parti dan rakyat. Menjerit dan melaung di perhimpunan  telah menjadi satu kebiasaan atau alat supaya perwakilan terangguk-angguk  mengesahkan yang melaung itu bernas  hujahnya, memang hebat dan berkalibar.


Tuesday, November 25, 2014

hidup mesti fikirkan perut sendiri....

Harga getah yang jatuh teruk menyukarkan kehidupan penoreh di desa. sekarang RM1.60./kg sekilogram berbanding dulu RM5.00.Kejatuhan harga pasaran getah dunia bukan saja menyebabkan pendapatan penoreh dan pemilik kebun getah terjejas, malahhampir setengah juta penoreh getah dan pekebun kecil terpaksa bergelut..
untuk hidup seharian ekoran kesan kenaikan kos sara hidup –NASIB PENGUNDI...
Gaji dan elaun mesyuarat ahli Parlimen dijangka dinaikkan lebih sekali ganda pada 2015 iaitu sekurang-kurangnya RM16,000 dan RM500 sehari masing-masing pendapatan naik 100% .
UNTUNG WAKIL RAKYAT ,RAKYAT JUGA YANG BODOH..
Jika dulu mereka menikmati hasil menoreh getah sehingga RM1,500 sebulan, tetapi kini hanya mampu memperoleh pendapatan antara RM500 hingga RM600 . Hilang atau turun kira-kira 66% daripada pendapatan asal sejak awal tahun ini
Nathan, seorang buruh kasar yang mencurah dan melicinkan bitumen. Pendapatan RM2,000 sebulan selepas ditambah dengan gaji kilang isterinya RM800 sebulan. bekerja di kedai serbaneka itu dari 8 pagi hingga 8 malam,..
bekerja di kedai serbaneka itu dari 8 pagi hingga 8 malam, dia bangun jam 3 pagi untuk memasak nasi lemak -PENGUNDI

Dia berkata, bil barang runcit yang dulunya RM70 atau RM80 seminggu kini meningkat RM150 dan sebab itulah dia hanya mampu bayaran. rumah adalah RM350 bagi ansuran bank -flat mereka di Ara Damansara . - PENGUNDI

Pekerja kebun Mohd Shamsul Hashim berkata terpaksa buat kerja sambilan lain untuk tampung 5 anaknya.   Kerja menoreh saja tidak mampu menanggung 5 anaknya yang berusia antara 3 hingga 12 tahun - PENGUNDI

Keadaan itu menyebabkan beliau terpaksa membuat kerja sampingan sebagai 'despatch' dan memperolehi pendapatan sehingga RM1,200 sebulan. -PENGUNDI

Ada atau tidak rasa simpati terhadap perbezaan pendapatan diantara pengundi dengan wakil rakyat atau calon yang diundi semasa pilihanraya. Pengundi-pengundi mesti disematkan keadaan ini dalam dada hingga pilihanraya akan datang.

Kita berkeyakinan pemimpin yang dilantik boleh bertindak mengawal harga minyak petrol dan diesel sekiranya harga (minyak) di pasaran dunia melambung.Namun kemahuan tersebut tidak dapat ditunaikan memandangkan urusan kewangan perut-perut ahli-ahli parlimen seramai 222 orang perlu di jaga gaji dan elaunnya RM35000.00 sebulan

Hasil muafakat mereka semua adalah penyebab serta penyumbang utama kos sara hidup di negara ini. Gaji mereka bertambah naik semasa rakyat dianiaya dan dilanda masalah untuk meneruskan hidup. Pendapatan wakil yang kita pilih bertambah besar sedangkan pendapatan pengundi bertambah kurang.

Mereka yang kita pilih semasa pilihanraya ke 13 pada 5 Mei 2013, sedikit pun tidak rasa simpati terhadap pengundinya.Untuk rakyat subsidi minyak di tarik menyebabkan harga bahan api tersebut naik seterusnya menaikkan harga barang.

Tidak ada usaha mengurangkan gajinya(wakil rakyat) untuk menambah subsidi bahan-bahan keperluan harian. Harga bahan komoditi seperti getah dan sawit tidak dapat dikawal kerana terlalu bergantung pada harga pasaran dunia.

Sebagai inisiatif menaikkan taraf hidup pengundi-pengundi dikawal harga getah dengan menambah pendapatan pekebun dan penoreh melalui subsidi harga seperti harga padi dan pendapatan tetap nelayan.

Bagaimana kehidupan wakil rakyatnya,menterinya dan para majikannya.Perjuangannya memikirkan rakyat dulu atau perutnya dulu. Campakkan slogan rakyat didahulukan yang terpampang depan mata setiap sudut jalanraya.
Ada atau tidak bila naikkan harga minyak wakil rakyat yang di pilih berfikir macam mana buruh atau penorih getah sebagai pengundi, dikampung berfikir - bila harga minyak naik maka harga barang naik.Sedangkan harga getah terus menurun dan gaji buruh pun tak naik.

Selepas harga minyak di naikkan mereka yang merangka segala perbelanjaan negara ini, dengan mudah menaikkan pendapatan mereka dari elaun kebiasaan, kepada kategori JUSA C,B,A.yang mencecah puluhan ribu ringgit sebulan.

Pengundi terus melopong dan bekerja siang dan malam untuk mendapat kerja lebih masa RM 800 hingga RM1000 sebulan.Disinilah letaknya kebodohan kita sebagai mengundi yang kadangkala sering DI MANUPULASI OLEH MEREKA YANG BEREBUT HENDAK  MENJADI PEMIMPIN
Pemimpin yang kafir kita semua sedia maklum matlamatnya didunia ini, tetapi yang muslim dan menggelar diri ulamak yang bercakap dan membuat rujukan terhadap kehidupan Nabi Muhamad S.A.W bersikap tidak pedulikan rakyatnya atau pengundinya. Berbelanja lebih dari pendapatan

Apakah Nabi kita Muhamad S.A.W kayakan dirinya dahulu, kemudian baru kayakan umatnya. Ahli Parliman muslim kebanyakannya yang telah berumur lebih 50 tahun. Tidak adakah sifat zahid dalam diri mereka dengan mengambil kira mengorbankan sedikit gaji mereka untuk pengundi.

Di parliman berbincang masalah harga getah dan sawit dan kehidupan nelayan dan buruh-buruh atau mereka yang berpendapatan rendah RM1500 sebulan adalah lebih penting dari menerima dan berbincang kenaikan elaun dan gaji ahlinya.

Monday, November 17, 2014

pendatang - terkejut 30,000 tidak takut 3,000,000

Tidak usah kita terkejut dan berkata tak masuk akal 30,000 warga asing di Cameron Highlands.Pelbagai sumber maklumat diperolehi. Maklumat melepaskan tekak - lain, maklumat dalam poket - lain, dan maklumat terkejut - lain. Itu biasa berlaku dalam negara yang menduduki tangga ke 53 Corruption Perception Index ini.

Ada suara bagi pehak berkuasa mengatakan bahawa negara ini kaya adalah antara sebab utama pendatang dengan izin atau tidak izin berebut-rebut datang ke sini. Persoalannya, bukan kehendak rakyat negara ini dia datang beramai-ramai tanpa izin,  kadang lebih ramai dari rakyat tempatan di lokasi tertentu.

Banyak negara kaya,yang lebih kaya dari Malaysia yang berada sekitar lingkungan negara pendatang seperti Singapura,Brunei , Japan serta Australia kenapa terlalu ramai di Malaysia ini pendatang tanpa izin.Pasti kelemahan kuatkuasa undang-undang atau undang-undang ditukar beli dengan wang.

Semua yang memberi maklumat adalah mereka yang berkuasa.Berkuasa di laut,udara dan darat.Imigresen, kastam, polis dan tentera,dan terakhir SPRM. Mereka bertanggungjawab lahirnya warga asing haram dan halal . Bukan sahaja di atas bukit Cameron, tetapi seluruh Malaysia. Di Cameron Highlands warga yang halal 11016 orang, manakala 18984  warga haram.

Dalam kajian bangang  - warga asing haram masuk  ke negara ini ikut mana, kiranya semua tempat dijaga serta dikuatkuasakan undang-undang.Sebulan sekali pegawai berkuasa pergi ke atas bukit itu buat seperti Operasi Gempak dan Mesra, tentu 18984 orang warga haram tidak akan wujud.

Perdana Menteri, menteri,pegawai kerajaan dan rakyat tahu apa yang berlaku di Cameron Highlands, yang dulu berhawa dingin ,tetapi sekarang telah menjadi tempat menjemur badan, bagai di tepi pantai Port Dickson dan kadang kala mengatasi kepanasan Kuala Lumpur.

Sebab utama lahirnya kepanasan, kerana tanah kawasan hutan telah diteroka oleh orang haram dan orang tempatan.Penerokaan mengikut suka hati kerana tidak ada siapa yang melarang.Penguatkuasa jauh dari bukit tersebut dan dilindungi oleh ringgit merah,biru dan unggu.Ada diantaranya lopak sudah menjadi perigi

Penguatkuasa biarkan tekong bot pancung dan agensi pekerjaan menjalankan peranan masing-masing membawa pendatang di izinkan 500 orang, tidak izin 1000 orang. Bagitulah kebiasaannya.Teksi yang membawa pendatang sepatutnya isi 4 orang telah di isi 7 orang.Kenderaan pengangkutan pendatang di pereksa ala kadar tidak dipastikan dokumen diri yang sah.

Bukan menuduh mereka makan suap, tetapi telah menjadi kenyataan tidak bertulis perangai mereka yang berkuasa. Besar gajinya lagi besar, dapat duit luar.Apa tidaknya warga asing haram dan tidak haram berkeliaran di kampung atau Bandar. Mereka berderet-deret berjalan pulang bagai itik pulang petang dari tempat kerja melalui balai polis dan imigresen masakan tidak perasan rakyat tempatan atau pendatang.

Tidak adakah usaha bersungguh memeriksa atau menangkapnya, di sumbat kedalam penjara atau hantar balik negara asal.Telah berlaku sesuatu yang tidak diingini baru bertindak mengadakan  pelbagai jenama operasi.

Sekiranya sehari seorang dibunuh dan campakkan ke laut, sudah pasti pendatang tidak terdapat melebihi angka puluhan ribu,ratusan ribu atau jutaan.

Jangan berasa terkejut fakta keramaian pendatang asing atas bukit itu.Semua kesalahan kepada mereka yang berkuasa. Bukan salah rakyat Pahang atau rakyat Malaysia. Prinsip siapa yang berkuasa boleh berbuat  apa sahaja.Undang-undang digunakan ada masa dan ketika.Sikap lindung melindungi antara mereka yang berkuasa tidak mustahil puncak Cameron akan habis runtuh.

Itulah rahmatnya kuasa Allah telah meruntuhkan tanah dan membunuh penghuninya, selanjutnya memaparkan tembelang mereka yang berkuasa.Dengan keruntuhan itu mereka yang bertanggungjawab mula membelangkan mata dan berlakon drama terkejut-kejut depan rakyat dengan pertanyaan”macam mana boleh jadi?”. “ia ke seramai tu”?.siapa yang luluskan tanah ni?”.

Maka lahirlah “bangau oh bangau!”. Lagu itu akan hilang bila tanah runtuh di pulihkan dengan duit berjuta-juta atau berbilion-lion,serta banjir dan hujan hilang dari pandangan mata .Juga perkara itu akan berakhir adanya isu lain yang lebih besar berlaku dalam negara ini.

Thursday, November 13, 2014

jangan namakan harimau kiranya tak segagah harimau



Terbahak-bahak, takikih-kikih (ketawa) melihat pasukan bolasepak Malaysia melawan Syria.Namanya gah Harimau Malaya.Mungkin harimau yang tidak ada kuku dan taring hanya mampu mengemam dan mendakap mangsa sekuat-kuatnya, tidak mampu meratah mangsa hingga lumat. 

Sekiranya harimau tahu namanya digunakan oleh mereka yang bertenaga lemah tidak sepadan dengan kegagahan yang ada pada dirinya, sudah tentu pemain-pemain bolasepak ditampar-tamparnya.  

Bagitulah keadaan jenama yang hebat tetapi kualitinya menghampakan .Pasukan negara lain sentiasa mengalami perubahan kearah terbaik, tetapi amat malang pasukan negaraku semakin lama semakin jahanam.

Soraknya 100,000 orang di stadium Bukit Jalil pada perlawanan akhir piala Malaysia serta sambutan  temasya negeri yang menang bagaikan pasukan Malaysia menang piala dunia.Di stadium Shah Alam telah menghiris-hiris,merobek-robek  perasaan lebih 27,000,000 rakyat Malaysia.

Keadaan yang memalukan ini bukanya sesekali berlaku sebalikanya banyak kalah dari menang - 10 kali lawan 9 kali kalah bagitulah lagaknya pasukan hari-hari mau kalah.

Skuad harimau Malaya, yang bertenaga kucing, sudah pasti akan dilunyah-lunyah oleh singa Singapura(29/11),gajah Thailand (26/11)dan mungkin dibaham harimau Burma(Myanmar)23/11 bagi merebut piala AFF. Suzuki.

Rakyat Malaysia sudah biasa tidak bergantung harap kemenangan kepada skuad sukan dari negara ini, lebih-lebih lagi bolasepak.Gambaran atau bayangan dalam hati,kalah dalam pertandingan lebih banyak dari menang bila bertanding.

Peminat skuad bolasepak negara ini tentu kerinduan pencapaian olimpik pada tahun 1970 serta 1980,gangsa Asia 1962 dan 1974. Entahlah ! melihat keadaan sekarang mungkin bermimpi kita hendak mencapai kehebatan skuad  negara ini 34 tahun lalu. 

Negara lain sudah berjaya menjenguk dan duduk di persada dunia sedangkan kita terkial-kial mencari kemenangan di Asia Tenggara.

Pelan Pembangunan Bola Sepak 2014-2020 jangan terlalu jauh memendam cita-cita .Cukuplah dahulu sekadar memenangi semua perlawanaan peringkat Asia sebagai menaikkan kembali ranking yang telah jatuh merudum .

Wednesday, November 12, 2014

Sejak bila Umno menjadi parti bersih dari rasuah

Datuk Johan Abdul Aziz - UMNO Selangor, berkata,jangan buat tuduhan tanpa bukti dan  dia mendabik dada meminta tangkaplah orang Umno, maksudnya terus sumbat ke penjara.Bagitulah cakap orang otak sendeng yang cuba 'declare' Umno bersih dari rasuah.


Rasuah,penyelewengan,salahguna kuasa,adalah merupakan satu kumpulan kata-kata yang di nobatkan kepada mereka yang berkuasa melakukan kesalahan untuk kepentingan diri, keluarga dan kroni. Sama atau lebih keji dari mencuri,merompak dan meragut.

Rasuah boleh juga di tafsirkan merompak wang individu atau wang rakyat yang perbuatannya  perolehi wang,harta, atau perkhidmatan secara intelektual atau dilaku oleh cendekiawan terhormat.

Kegiatan macam orang merompak menggunakan pistol atau sejata lain, tetapi tidak perlu  melepaskan tembakan ,hanya tujuan menakutkan  - perompak tersebut berjaya merompak bank,atau orang kaya dengan nilai beratus ribu atau berjuta-juta ringgit.

Perbuatan rasuah bukan semua dapat dibuktikan kerana kebijaksanaan penerima dan pemberi rasuah melindungi aktivitinya.Terdapat juga yang menerima rasuah dilindungi oleh mereka yang berkuasa bagi menjaga nama baik seseorang atau kumpulannya ,lebih tepat lagi, kebal dari undang-undang.

Tidak ada bezanya rasuah dalam parti atau luar parti.Semuanya ada transaksi  memberi dan menerima manakala pemberi rasuah mengintai peluang memperolehi sesuatu yang berharga,dan memiliki kuasa yang seterusnya boleh menambah lebih besar koleksi nilai rasuah.

Perbelanjaan lebih besar dari pendapatan dari ketua cawangan hingga pegawai perhubungan negeri dan dari pegawai perhubungan negeri ke presiden apakah tidak berlaku kegiatan rasuah atau penyelewengan kuasa.Kesemua bagaimana hendak dibuktikan ditangkap dan diheret ke mahkamah. Juga kesemua yang terlibat berkuasa terhadap kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan.Adakah sesiapa lebih berkuasa dari mereka peringkat negeri atau negara.

Meluluskan lesen memperolehi balak peringkat negeri dilontarkan pertanyaan “berapa ringgit hendak diberi kepada parti”RM50,000 Dato’”bila hendak bayar? Sekarang dato’.Taukeh balak keluarkan tunai RM50000 kepada Dato’, manakala Dato’mengeluarkan resit RM50.00 atas nama parti.Dato’ untung RM49,950.00 terus ke poketnya.

Dato’ telah melakukan penyelewengan terhadap urusan atau kewangan negeri serta khianat kepada parti.Bagaimana perkara ini berlaku kerana ketua negeri dan ketua parti adalah orang yang sama.

Itu contoh kecil pelaku rasuah parti Umno dan diantara lebih besar lagi ialah prinsip RM 10.00 diberi kepada orang miskin hanya boleh dilakukan untuk makan, manakala RM10.00 diberi kepada ahli perniagaan boleh menjadi beribu-ribu,berjuta atau perniagaannya berkembang.

Teori dan praktikal ini dilakukan oleh pemimpin Umno semasa ekonomi negara mengalami kejatuhan yang menghasil saudagar besar hampir muflis.Dana kewangan atas nama pemulihan ekonomi disuntik kepada mereka yang juga merupakan kawan-kawan dan anak beranak mereka yang berkuasa.

Bagaimana hendak dibuktikan mereka menyeleweng kerana perkataan pemulihan ekonomi telah menjadi kata hikmat yang melahirkan perasaan kasihan kepada saudagar-saudagar besar.Saudagar ini bukannya anak beranaknya sahaja tetapi terlibat sama orang lain.

Banyak pemimpin Umno sudah kenyang termaksuklah Mahathir sendiri dan sudah terlepas dari pekara yang membolehkan sebagai bukti sama ada bukti tersembunyi atau bukti nyata tidak diambil tindakan.

Pemimpin Umno yang rasuah tidak cukup bukti hendak didakwa dilindungi, hari ini kaya raya dan menjadi wakil rakyat lebih 5 penggal.Akaun anak dan isteri mempunyai wang berjuta setiap orang serta rumah banglow  tersergam indah.

Peringkat awal menjadi wakil rakyat, malu atau tidak sampai hati menggunakan kereta mewah ke kawasan Dun atau parlimen menemui rakyat bimbang dipertikaikan perbezaan kemewahan antara wakil rakyat dengan rakyat. Hari ini selepas 5 penggal kereta mewahnya telah  kerap digunakan melawat kawasan bagai peneroka felda menggunakan proton saga mengutip lantun.

Memangnya ada seorang dua pemimpin UMNO yang kantoi kerana kebodohan menyimpan maklumat dan keyakinan yang melulu kepada seseorang yang membuatkan mereka terperangkap.Namun itu adalah balasan Allah kepada mereka yang melampau atau ego.

Sunday, November 9, 2014

Naik harga barang -celaka pengurusan negara.

Saya percaya ramai yang tidak setuju dengan sikap saya ini melahir atau meluahkan perasaan marah disebabkan pertambahan perbelanjaan urusan hidup sebanyak RM0.20 atau RM 2.00/unit.

Namun hakikatnya saya melihat kepada kuantiti yang banyak.



Hari ini dikejutkan oleh harga gas masak RM28.00/tong/16kg.Sumpah seranah ,babi,setan dan sial kepada mereka yang menguruskan negara ini.

Sebelum ini harganya RM26.00/tong/16kg.

Mereka yang menguruskan negara ini boleh berbuat apa sahaja menganiaya orang seperti aku yang pendapatan sama banyaknya dengan duit beli seluar dalam menteri dan isteri-isterinya.

Alasan syaitan negara ini minyak naik,gas dan barang-barang naik, sebab mereka hendak jaga hasil mahsul  dan kewangan negara untuk generasi akan datang.

Bukankah gila namanya hendak menjaga orang yang akan datang terpaksa pijak dan seksa manusia hidup hari ini. Perihatin tidak bertempat dan kurang siuman.

Alasan ini kiranya merupakan pembohongan terhadap rakyat, walhal nawaitu mereka yang menguruskan negara adalah untuk menjaga kekosongan poket. Tidak kira poket sendiri atau poket negara,maka didoakan agar Allah hancurkan mereka selaku pemegang amanah.



Mereka ketepikan Allah memberi rezeki hari ini,esok dan hingga kiamat.Mereka lupa bahawa tanggungjawabnya memakmurkan ,menyenangkan dan menjaga  keselesaan rakyat, sewaktu mereka  masih hidup  dan berkuasa. Apakah jadahnya memikirkan manusia yang belum tentu wujud. Fikirkan ketentuan Allah.

Sikap pengurusan negara ,pedulikan hari esok  dan lupakan hari ini, menyebabkan orang yang pencen 20 helai wang RM50 terbantut hendak hidup terus . Apa tidaknya wang sebanyak itu tidak lagi mampu hendak membuka mata untuk berbelanja. Jauh perjalanan hanya mampu menggunakan motorsikal sejauh 100km dengan wang RM10.00 disamping risiko di jalanraya yang berlopak-lopak dan terdapat bukit-bukit kecil.

Keadaan ini akan berterusan dan seriknya hidup berpanjangan dan tidak ada kesudahan selagi pengurusan negara menggila menaikkan harga minyak.Tidak ada formula ekonomi, harga minyak naik harga barang turun.

Mereka yang pendapatan statik dan pendapatan berdasarkan komoditi pertanian amat terseksa menjadi mangsa kenaikan harga barang.Mereka selalu mengeluh,menggeleng kepala dan menyumpah-nyumpah kepada pengurusan negara.

Sikap mereka ini tidak boleh dipersalahkan kerana harga sawit dibawah RM300.00, dan harga getah bawah RM2.00 yang ketika itulah pengurus negara menaikkan harga ‘mastermind’(minyak) punca barang lain naik. 

Ini tidak akan berlaku terhadap ahli parlimen yang dinaikan pangkat ke JUSA C,B dan seterusnya A.Mereka menikmati pencen bergaji penuh.Yang mati dan merana orang seperti aku. Celaka, sial,binatang dan babi pengurusan negara.