Anak kecil main api. Terbakar hatinya yang sepi. Air mata darah bercampur keringat. Bumi dipijak milik orang.Nenek moyang kaya-raya Tergadai seluruh harta benda. Akibat sengketa sesamalah kita. Cinta lenyap di arus zaman.Indahnya bumi kita ini. Warisan berkurun lamanya. Hasil mengalir ke tangan yang lain. Peribumi merintih sendiri.Masa depan sungguh kelam. Kan lenyap peristiwa semalam. Tertutuplah hati terkunci mati. Maruah peribadi dah hilang. Kini kita cuma tinggal kuasa. Yang akan menentukan bangsa. Bersatulah hati bersama berbakti. Pulih kembali harga diri.

Saturday, May 17, 2014

“guinness malaysia record book” keluar UMNO masuk UMNO






Juk-juk pai,merajuk tak sampai.Sesak berundur-undur;hendak lari malu,hendak menghambat tak lalu.Itulah yang berlaku di Trengganu.Beberapa orang besarnya telah merajuk ; merajuk budak hingusan, pagi merajuk ,petang rujuk.Semuanya bagai pucuk ru,dimana di tiup angin ,disitulah melentur. Ingatkan hujan bertahun, sungai  bersedia melipahkan airnya.

Pendirian mencerminkan harga diri. Harga diri bukan untuk dibeli atau dipujuk rayu.Harga diri juga bukan untuk dinilai pelbagai tawaran. Mereka yang profesional bertanggungjawab terus terhadap sikapnya.  Tidak ada sikap sekejap menoleh kebelakang dan menoleh ke kiri, kadang menoleh kekanan mencari orang simpati,kalau-kalau ada yang memanggil supaya berpatah balik.

Merajuk orang profesional masih belum berlaku di negara ini  terutama orang politik .Mereka Yang merajuk atas sikap pegangan politik, mereka tidak terus meninggalkan  bidang politik  sebaliknya berusaha menubuhkan parti politik lain. Dato’ Onn merajuk dari  UMNO tubuhkan ,IMP dan Parti Negara dan yang paling terbaru dan masih berjuang Anwar Ibrahim merajuk  dan dihalau UMNO, menubuhkan Parti Keadilan Rakyat

Berbeza orang-orang besar politik atau pegawai-pagawai kerajaan, serta mereka yang bertanggung jawab terhadap  pertubuhan dari luar negara keadaan mereka  bila merajuk  terus meletak jawatan  dan tidak akan kembali menjadi orang yang terpinga-pinga mendengar suara halus agar menyuruh rujuk kembali.PM Korea letak jawatan sebagai contoh bertanggungjawab dan mempunyai prinsip.

Beberapa hari yang lepas orang besar UMNO dari Trengganu, bukan sahaja rendah moral politiknya tetapi telah mencipta “guinness malaysia record book” iaitu keluar dari UMNO dalam waktu terdekat  masuk balik UMNO.Empat orang  budak-budak politik ini umpama telinga rabit dipasangkan subang,kaki untut dipakaikan gelang,jari kudung dimasukkan cincin.

Tuesday, May 13, 2014

RAJAB- amalan dibulanmu telah mula ditiadakan..



Sebagai orang awam yang tidak  ada PHD dalam apa-apa bidang sama ada dalam urusan agama islam atau bidang-bidang pengajian dunia yang lain ,terus menjadi pening dan keliru semacam gila, yang mana satu  ulama’ atau cerdik-pandai islam yang hendak diguna pakai ilmunya.

Mereka yang menerima ilmu agama yang melangit tingginya, akan meneruskan pengeliruan pengetahuan agama orang awam, apabila datangnya bulan-bulan rajab,syaaban dan ramadhan. Mereka yang cerah agama ini akan mendapatkan alat-alat media penyebaran, melahirkan fikiran terbaru mereka, yang mendakwa belajar di Mesir atau negara-negara timur tengah.

Perkataan-perkataan yang sering keluar dari mulut mereka seperti menyatakan satu-satu aktiviti ibadat sama ada mengikut hadis sohih, bidaah,hadis mauduk atau hadis palsu.Secara tidak langsung mengakategorikan ilmu-ilmu atau ibadah yang digunakan oleh golongan mereka yang berusia  lebih 40 tahun ke atas menggunakan pendekatan bidaah dan hadis palsu.

Menyatakan  dengan jelas bahawa datuk nenek  kita yang puasa khas sebulan bulan rejab tidak  ada hadis yang khusus mengenainya. Kalau hendak puasa ,puasa seperti biasa ,puasa sunat Isnin dan khamis ,tidak perlu dikaitkan hanya bulan rajab. 

Sampai bulan Sya'aban lagi bertambah pening apabila  ada yang mengatakan tak ada hadis nabi yang menyatakan ibadat  atau aktiviti nisfu syaaban. Ibadat-ibadat yang bersandarkan nisfu sya'aban hanya sia-sia malah ada ustaz-ustaz yang menggunakan keyakinan orang awam akan PHDnya, terus meminta hentikan amalan tersebut.

Seterusnya bertemu bulan ramadhan akan ada penentangan atau penafian berkaitan pahala mereka yang terus setia menunaikan solat sunat terawikh,hari pertama,kedua, ketiga dan  hingga sebulan. Mengikut senarai ganjaran yang diterima, oleh mereka yang melakukannya tentu tidak berpadanan, seolah-olah ganjaran pahala tersebut cukup sehari solat terawikh dan tidak perlu lagi solat sunat seterusnya.

Satu perkara yang perlu juga dijelaskan ialah tiada amalan khusus dalam bulan Rajab yang diriwayatkan oleh Rasulullah SAW dari hadith-hadith Sahih.

Tidak ada lagi….

Kelebihan Berpuasa di Bulan Rajab
“Barang siapa berpuasa sehari di bulan Rajab, ia seperti melaksana puasa setahun,bila berpuasa 7 hari maka ditutuplah untuknya pintu-pintu neraka Jahanam, apabila berpuasa 8 hari dibukakan untuknya 8 pintu syurga, apabila berpuasa 10 hari, Allah akan mengabulkan semua permintaannya.”

Imam Syafiie rahimahullah berkata, ada 5 malam dalam setahun, ALLAH SWT bukakan pintu langit, salah satunya adalah malam 1 Rejab. Bulan Rajab dikenali juga sebagai bulan Istighfar.

Ustaz-ustaz PHD itu juga mengatakan Jangan sebut-sebut seperti  berikut:

“Sesungguhnya Rajab adalah bulan ALLAH, Sya’ban adalah bulan aku (Rasulullah SAW) dan bulan Ramadhan adalah bulan umatku.” Maksudnya kata-kata ini hanya ulamak-ulamak dulu hanya suka mengkategorikan bulan-bulan tersebut seperti itu. Tidak ada Rasulullah SAW berkata demikian.

Hari ini (Ahad 11 May 2014) kuliah subuh bersama ustaz kampung telah berbicara perkara ini . Sebelum ini terlalu ramai lebai-lebai dikampung yang telah meninggal dunia bagitu istiqamah melaksanakan ibadat-ibadat khusus dalam rejab,tetapi hari ini dipertikaikan oleh ulamak PHD yang bergelar Dr  bahawa kesemua ibadat tersebut tidak ada hadis atau tidak pernah dilakukan oleh Nabi SAW atau sahabat-sahabat.

Ustaz-ustaz baru lahir dari timur tengah ini memperkatakan dan berfikir bahawa ganjaran yang dijanjikan oleh Allah seperti apa yang diamalkan oleh orang-orang yang terdahulu dari mereka ini terlalu besar, sedangkan ibadat hanya sehari,dua hari atau seminggu puasa, memperolehi ganjaran pahala tidak berpadanan.

Keadaan ini telah meruntun nafsu mereka yang masih  meneruskan amalan rajab ini sama ada mahu menghentikan atau meneruskan.

Mereka membandingkan ganjaran yang besar untuk kerja yang sedikit,umpama sikap manusia terhadap manusia lain, yang mungkin mustahil  kerja sedikit ,ganjaran banyak.

Jangan lupa ini urusan   rahmat Allah dengan manusia,Dia boleh menganugerahkan seberapa banyak  pahala atau nikmat samaada di dunia atau akhirat kepada makhluknya. Pasti ustaz-ustaz PHD ini maklum. 

Bagaimana anugerah pahala umat islam yang solat di tiga masjid  Masjidil haram di Mekah Al-Mukarramah kemudian Masjid an-Nabawi, di Madinatul Munawwarah dan selepas itu Masjidil Aqsa di Palestin.Tidak ada yang mempertikaikan pemberian pahala terhadap tiga masjid ini berpadanan atau tidak anugerah Allah dengan  kerja manusia terhadap Allah hanya solat satu waktu.

Solat Di Masjid Haram Makkah mendapat SERATUS RIBU Pahala.
Solat di Masjid Nabawi Al-Madinah Al-Munawwarah mendapat SERIBU Pahala.
Solat Di Masjid Al-Aqsa Di Palestin Mendapat LIMA RATUS Pahala.



Sepatutnya ustaz-ustaz PHD memberi sokongan kepada pak lebai-pak lebai yang terdahulu  dan sebahagian yang ada sekarang, berkaitan ibadat khusus bulan rajab tersebut, kerana semua aktiviti ibadat yang dilakukan adalah berkaitan taat kepada Allah.


Kenapa dipertikaikan ada atau tidak hadis mauduk,hadis sohih sebagainya.Sudah tentu ada ulama’yang terdahulu mengamalkannya dan cerdik pandai islam selepasnya terikut-ikut perkara-perkara baik kerana Allah.
 

Friday, May 2, 2014

O!!....obama tempat mengadu....



 
Rupanya kedatangan Presiden Amerika Syarikat Barack Obama adalah tempat mengadu orang-orang yang menganggap dirinya warganegara Malaysia kedua yang juga menganggap dirinya dan tuntutan kumpulannya tidak dipedulikan oleh kerajaan Najib.

Mereka yang merayu kebanyakannya mereka yang beragama bukan islam,syiah dan berbangsa bukan melayu ataupun yang tidak berstatus bumiputra.Diantara rintihan mereka adalah berkaitan agama dan sosial yang layanan kerajaan hanya sambil lewa atau lebih tepat bagai mereka mencurah garam kedalam laut.

Diantara mereka yang merintih serta berpeluang menyampaikan dan memperdengarkan rintihan kepada Obama di Hotel Ritz Carlton, Kuala Lumpur beberapa hari yang lalu, adalah Pengerusi Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) Tan Sri Hasmy Agam, peguam dan aktivis hak asasi manusia Datuk Ambiga Sreenevasan, Presiden Majlis Peguam Malaysia Christopher Leong dan ahli majlis Honey Tan, Pengerusi dan Pengarah Islamic Renaissance Front (IRF) Dr Ahmad Farouk Musa, Pengarah Eksekutif Sisters In Islam (SIS) Ratna Osman dan wakil Majlis Gereja-Gereja Malaysia (CCM), Rev Dr Herman Shastri Maria Chin Abdullah Pengurusi Bersih 2. Keseluruhannya adalah mereka yang menyokong COMANGO‎. (Coalition of Malaysian NGOs)

Mereka mengatakan , slogan demokratik dan kesederhanaan yang dilaungkan oleh Najib hanya topeng semata-mata, kemelut dalam isu kalimah Allah, serbuan dan serangan ke atas gereja dan mengenai usaha Najib menyokong pelaksanaan hukum hudud serta kerajaan tidak mengiktiraf masyarakat pelbagai kaum.

Tentunya Tunku Abd,Rahman,Tun Abd,Razak  dan Tun Hussin On tidak menyangka akan berlaku bagitu banyak complain atau rasa tidak puashati  oleh bangsa-bangsa yang satu ketika dulu ibarat melukut. Dulunya duduk tepi gantang tetapi sekarang  sudah banyak dari beras, yang kini duduk dalam gantang.  

Mereka melepaskan perasaan pada tetamu jemputan negara ini. Sudah tentu tetamu tersebut terkejut beruk  mendengar keadaan rakyat negara ini  masih ada yang terpinggir.

Kita mengaku banyak ketidakadilan  kerajaan  terhadap rakyatnya ,terutama berkaitan pilihanraya ,hak kebebasan bersuara,kehakiman,kawalan media, namun kita tidak setuju mereka melontarkan perasaan kepada Obama berkaitan masalah pelbagai agama, lebih-lebih lagi memperkatakan tentang islam agama persekutuan yang diberi keistimewaannya oleh kerajaan.

Rakyat negara ini dimestikan memahami perasaan orang melayu dan islam, yang merupakan rakyat terawal menjadi warganegara. Kiranya berkaitan agama islam terus dipertikaikan akan meruntun hati kemelayuannya dan semangat jihad perkauman akan terbongkar kembali. Bukan Islam tidak  ada hak berceloteh mengenai islam bagitu juga orang islam tidak berhak bercakap berkaitan agama Kristian,budha dan hindu kerana mereka tidak ada ilmu berkaitan agama yang tidak mereka anuti.

Amat bahaya agama islam terus dipertikaikan oleh mereka yang tidak islam dan keistimewaan melayu di Malaysia diungkit-ungkit .Kedua-dua perkara ini boleh membuatkan keris orang melayu akan terhunus sambil dia membelek-membelek lembaran buku sejarah.

Tidak guna kita rakyat Malaysia mengungkit sejarah setiap kali berbalah berkaitan undang-undang atau hukum hendak dilaksanakan.Mengungkit sejarah akan merenggangkan hubungan antara kaum. 

Hari ini telah menjadi satu trend  rakyat negara ini mengungkit-ungkit sokongan semasa pilihanraya terutama bangsa cina dan india terhadap sokongan kepada calon melayu atau parti berasaskan melayu.Ugutan dikeluarkan tidak member undi kepada melayu di masa  pilihanraya akan datang.

Sikap ini kita sedia maklum, adalah sikap bangsa yang sudah besar kepala, dan tidak jujur terhadap persahabatan,mengkhianati toleransi orang melayu, dan membuang  sifat muhibah   yang terjalin  lebih 50 tahun, atau telah membuang  sifat harmoni antara bangsa-bangsa di Malaysia. 

Mereka mengambil kesempatan kelemahan ukhwah orang melayu, yang berterusan menjaga kepentingan politik,nilai peribadi, dan kepentingan harta yang telah dimiliki. Melayu tidak pedulikan perpaduan diantara sesama mereka yang boleh  membentuk satu ummah yang juga boleh menjadikan satu negara,satu bangsa dan satu agama.