Anak kecil main api. Terbakar hatinya yang sepi. Air mata darah bercampur keringat. Bumi dipijak milik orang.Nenek moyang kaya-raya Tergadai seluruh harta benda. Akibat sengketa sesamalah kita. Cinta lenyap di arus zaman.Indahnya bumi kita ini. Warisan berkurun lamanya. Hasil mengalir ke tangan yang lain. Peribumi merintih sendiri.Masa depan sungguh kelam. Kan lenyap peristiwa semalam. Tertutuplah hati terkunci mati. Maruah peribadi dah hilang. Kini kita cuma tinggal kuasa. Yang akan menentukan bangsa. Bersatulah hati bersama berbakti. Pulih kembali harga diri.

Thursday, November 28, 2013

airmata kesedihan untuk rakyat - airmata kegembiraan untuk pemimpin



Beberapa  perkara berikut adalah perbezaan perbelanjaan hidup rakyat biasa dengan pemimpin yang dilantik oleh rakyat biasa. Pemimpin yang di lantik menggunakan wang rakyat ikut kemahuan kuasa,manakala rakyat hanya mampu melinangkan airmata .

Rakyat biasa masih ramai berkeadaan seperti apa yang berlaku terhadap Siti Khatijah Osman dari Dungun dan seorang wanita berusia 30 tahun dari Kuala Kerai. Mereka memerlukan kewangan mengubat penyakit jantung dan memerlukan kewangan menambah-baik rumah kediaman  terbengkalai yang bocor dan reput serta telah lima tahun terbengkalai.

Punca pendapatan bulanan masing-masing sekitar RM500 dan RM300 sebulan.

Saya kira yang memerlukan pembedahan jantung hanya sekitar bawah RM45000.00 manakala pembiayaan rumah belum siap hanya sekitar RM 30000.00. Tidak sampai pun  0.1% dari kos Rosmah Mansor menggunakan jet untuk ke Doha bagi urusan peribadi.

Marilah kita berusaha mencari mereka yang senasib atau lebih teruk lagi dari dua orang rakyat Malaysia ini ,untuk di beri pembelaan sewajarnya. Meluluskan  perbelanjaan mengikut telunjuk nafsu syaitan yang sedikit pun  tidak memikirkan rakyat terbanyak pasti  ada balasan Allah,lebih-lebih lagi, kiranya mereka yang berkuasa meluluskannya bertujuan atau berniat menjaga hati seseorang .












1.DUNGUN – “Saya merayu agar bantuan kepada anak saya dipercepatkan. Kalau dia gagal melakukan pembedahan kali ini, saya tak tahu macam mana keadaannya selepas ini. Mungkin akan bertambah kritikal.

Demikian luahan Siti Khatijah Osman, 34, ibu kepada Muhammad Azrul Afiq Rusli, 12, yang kini menghidap sakit jantung dan masih lagi menunggu bantuan untuk membolehkan dia menjalani pembedahan di Institut Jantung Negara (IJN) pada 1 Disember nanti.

“Suami saya hanya melakukan kerja kampung dengan pendapatan RM500 sebulan.

2.Rumah didiaminya sejak 10 tahun lalu itu tidak selamat kerana banyak lantai reput dan bumbung bocor, malah tidak selesa sebab tiada bilik air sempurna dan bilik tidur.
Kalau saya minta bantuan sebuah rumah baharu mungkin ambil masa lama tetapi sekarang, saya cuma nak siapkan rumah yang sudah lima tahun terbengkalai.
Rahimah berkata, dia perlukan bantuan menyiapkan rumah baharu itu kerana tidak mampu mengeluarkan wang sendiri dengan pendapatan hasil menoreh getah RM300 sebulan.


Ahli Parlimen Pengerang Datuk Azalina Othman menjelaskan, Rosmah Mansor menggunakan jet peribadi bagi menghadiri persidangan Wanita di Qatar bukan mewakili kerajaan, tetapi jemputan peribadi.

Azalina semalam memberitahu Dewan Rakyat bahawa Rosmah diundang ke Doha atas kapasiti peribadi dan penggunaan jet tersebut diluluskan dalam mesyuarat Kabinet yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin

Parlimen pada awal bulan ini diberitahu bahawa kerajaan menanggung RM15 juta untuk bahan api dan RM160 juta untuk penyelenggaraan jet eksekutif.



Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim hari ini mempertahankan pembiayaan jet eksekutif swasta oleh kerajaan terhadap lawatan isteri perdana menteri ke Qatar.

Rosmah turut menghadiri persembahan fesyen amal dan menyertai majlis minum teh bersama isteri Sheikh Abdullah pada hari yang sama.

Tujuan utama kunjungan ke Timur Tengah itu adalah untuk menyampaikan
ucaptama selama 25 minit di forum Ahli Perniagaan Wanita Antarabangsa Qatar ke-4 di Hotel St Regis di Doha pada 11 November.

Tuesday, November 26, 2013

mudahnya najib melabelkan orang pengkhianat..




Sebagai manusia biasa terlalu mudah melabelkan seseorang itu sebagai pengkhianat dan suatu ketika dulu mereka yang tidak setuju dengan kita disumpah seranah haram jadah. Mereka yang mengeluarkan kata seseorang itu pengkhianat dan sumpah haram jadah, adakah sudah muhasabah diri bahawa kata ‘khianat” dan haram jadah itu tidak menimpa diri sendiri  atau telah mengkaji dengan mendalam makna atau pengertian bahasa yang tidak bermoral itu. Itulah Najib bin Abd.Razak nama itu yang akan kekal di akhirat kelak.

Pengkhianat bukan sahaja ditujukan kepada mereka yang ingkar membayar cukai tetapi banyak lagi rakyat malaysia yang telah  melakukan khianat kepada negara dan bangsanya terutamanya mereka yang telah berkuasa dan sedang berkuasa sama ada masih hidup atau sudah mati.

Berikut di nyatakan mereka yang telah melakukan khianat kepada bangsa dan negara ini. Diantaranya adalah  mereka seperti di bawah ini.

1.Mereka yang  terlibat menyerahkan Singapura kepada bangsa lain kerana sebelum ini  negara tersebut hak orang Melayu ……Pengkhianat

2.Mengagihkan Pulau Batu Putih kepada kerajaan cina Singapura…..pengkhianat

3. Mereka menggadaikan tanah rezab melayu kepada bangsa lain di negara ini dengan alasan untuk pembangunan sedangkan pembangunan tersebut tidak dirasai oleh orang melayu…pengkhianat

4.Menggunakan wang rakyat sebagai pembayar cukai  lebih kepada pembaziran dan kepentingan diri dan keluarga….Pengkhianat

5.Menggunakan kuasa dengan meluluskan pelbagai perbelanjaan menjaga hati sesuatu bangsa demi  kepentingan  kuasa politik ….pengkhianat

6.Penipuan dalam perbelajaan kerajaan untuk pembelian barangan berharga rendah telah di istiharkan harga yang berlipat ganda……pengkhianat

7.Mereka yang terlibat diberi kepercayaan menguruskan sejumlah dana wang  untuk  kemajuan industri negara sebaliknya dana tersebut di manipulasi kepentingan perniagaan keluarga…. pengkhianat

8.Ahli politik, dan pegawai kerajaan yang mempunyai kuasa telah  mengambil kesempatan mengaut kekayaan untuk keluarganya, adik- beradik serta suku-sakatnya…… pengkhianat

9.Perasuah di tepi jalan,dan perasuah di pejabat, sama ada dikenali atau tidak dikenali adalah syaitan  pengkianat.

10.Memberi kerakyatan kepada bukan penduduk asal negara ini demi tujuan mengekalkan kuasa politik dan juga berniat memperolehi keuntungan dari kuasa tersebut…..Pengkhianat

Sekiranya disenaraikan penyataan berkaitan mereka yang telah,sedang dan akan menjadi pengkhianat sudah pasti satu tugu peringatan nama mereka tidak mencukupi.Buatlah bancian selama 56 tahun merdeka, berapa ramai mereka yang telah kaya raya hari ini tidak melakukan khianat kepada negara.

Friday, November 15, 2013

mati kencing manis dikawal gulanya -mati ditembak kawal penembaknya ? atau pistolnya?







Berita kegembiraan anak-anak dapat cemerlang UPSR tidak dapat mengatasi berita individu di tembak berdas-das di depan rumah. Kekejaman penembak menggunakan senjata api sama kejamnya dengan cerita-cerita filem melayu sekarang ini yang menjadi gangster yang tidak berperikemanusia.

Beberapa bulan dan  beberapa tahun yang lalu hanya kita mendengar dan mendapat berita pembunuhan bersenjata berbunuhan antara ketua-ketua gangster atau kongsi gelap yang bertatoo badan. Tetapi kali ini membunuh dan menembak mati tidak kira jenis mangsa sama ada pegawai penguatkuasa atau orang awam .

Pagi-pagi  - yang malam tadi kita nyaman tidur dengan isteri dan anak-anak di rumah ,tiba-tiba dikejutkan berita bahawa kawan atau sahabat kita seorang peniaga pasar di tembak mati. Gema kejutan seorang pegawai penguatkuasa agama dibunuh dengan pistol masih berada dicuping telinga dan belum sempat berkelipnya mata buntang ,satu lagi berita menyenakkan perut berlaku.Tidak terkecuali perkara ini berlaku pada kita atau keluarga kita.

Pemimpin dan rakyat perlu berbicara,berbincang dan bermuhasabah bagaimana perkara ini boleh berlaku dan cari jalan penyelesaian dengan melihat peranan pegawai penguatkuasa yang berkaitan dengan senjata seperti kastam dan polis dan tentera.

Adakah berlakunya pengawalan sempadan yang cuai atau kurang ketegasan atau lebih dahsyat lagi rasuah, sehingga terlalu banyak senjata di bawa masuk oleh penyeludup. Berkemungkinan penyeludupan senjata sama banyaknya dengan pendatang haram di Malaysia atau setiap warga asing di Malaysia membawa senjata api dan menjualnya kepada warganegara Malaysia untuk menampung kewangan mereka berada di sini.

Masih kita belum terfikir atau terbukti pembekal senjata api haram, telah mendirikan kilang haram dan pusat latihan haram di negara ini, memandangkan atau melihat mudahnya dan profesionalnya mereka memiliki dan menggunakan senjata tersebut.

Bagi saya belum pernah melihat secara terus pistol dan senjata api kecuali melalui media tv  dan gambar akhbar - tidak usahkan hendak menggunakan seperti penembak peniaga pasar dan penguatkuasa itu.Boleh jadi baru pegang, tidak sempat menembak, pistol dah jatuh akibat menggigil.
Alasan kecuaian dan tidak bertanggungjawab pegawai penguatkuasa mengawal pasaran senjata adalah tidak munasabah kerana masing-masing telah mendapat imbuhan gaji bulanan yang cukup lumayan mengikut kategori akademik.

Sebagai seorang muslim setiap hari dimestikan berdoa agar di jauhkan musibah yang berlaku.Disamping itu berharap sangat anggota keselamatan  bagi pehak kerajaan, terus menjaga emosi rakyatnya yang sentiasa dikejutkan dengan tembakan pistol ,senapang dan parang .

Biarlah rakyat mati akibat kencing manis dan darah tinggi kerana penyakit tersebut melambangkan kemewahan dan boleh dikawal gulanya tetapi mati akibat tembakan pistol maka setiap kali rakyat keluar pintu rumah sentiasa troma yang berpanjangan dan bagaimana hendak  dikawal pistol penembak?

Thursday, November 14, 2013

Utusan Melayu perlu tukar Utusan Umno.






Pagi ini dengar khabarnya UMNO telah atau akan menyuntik modal sebanyak RM 40 juta ,untuk menyambung hayat Utusan Melayu.Kiranya benar apa yang telah berlaku,saya mengesyorkan mulai hari ini (14/11/2013) nama Utusan Melayu perlu diubah kepada UTUSAN UMNO.

Apabila nama telah diubah sudah tentu dasar penerbitan akhbar ini akan berubah dari surat khabar arus perdana kepada surat khabar suara politik yang melabur atau yang  menghidupkannya.

Kita amat malu kiranya nama MELAYU terus digunakan bagi setiap urusniaga,keadaan sosial atau  perjalanan syarikat yang tidak berdaya saing atau hampir lumpuh.Tambahan ketika ini nama melayu terus teratas dalam penyakit sosial  yang kadang-kadang kita malu mengaku “aku orang melayu”.
Tidak dapat dinafikan peranan akhbar ini sejak di tubuhkan bulan mei 1939 terutama menyuburkan semangat atau pencetus ilham orang melayu bersatu dalam melahirkan pertubuhan-pertubuhan siasah sebelum merdeka.
Itu dahulu…lebih 74 tahun yang lalu .Utusan ketika itu ditadbir dan diurus oleh mereka yang luhur dan ikhlas untuk semua orang melayu, bukan ketika ini ianya di dalangi oleh mereka yang ada kepentingan kewangan dan politik. Fahaman politik tersebut hanya berpehak sebelah kaki melayu dan kadang-kadang  masuk sedikit sebelah kaki orang Cina malaysia serta sebelah kaki orang India malaysia.

Ketika IT memain peranan dunia ini, syarikat akhbar perlu berubah dasar pentadbiran, bukan sahaja berubah cara penyampaian berita dan pengedaran dari akhbar edisi cetak kepada penyebaran secara online, sebaliknya pengurusan syarikat perlu penyusunan semula struktur sama ada dasar kebebasan pegangan saham dan kebebasan maklumat serta kebebasan menyampaikan maklumat.Jauhkan melibatkan syarikat dengan fahaman politik satu kaum atau satu fahaman.

Fahaman politik kiranya terus menghantui syarikat akhbar seperti utusan melayu nescaya lebih banyak syarikat dalam keadaan ke arah  bankrap .Politik tidak terkecuali mempengaruhi kebebasan akhbar sebagaimana keadaan yang telah berlaku kepada Utusan yang  terpaksa menjaga hati dan hak tuannya.

Wartawan akhbar yang dianggap egen perubahan masyarakat dipaksa ketepikan  perkara 1 hingga 8 etika kewartawanan Malaysia.Stail pemberitaan dan rencana semuanya bertentangan dengan etika kewartawanan kerana pengaruh dan cadangan orang politik. Musim pilihanraya pehak utusan telah membakul sampahkan sebarang etika .Mereka yang terlibat dengan utusan perlu mengaku kenyataan ini.

Saya percaya 75% daripada  3juta ahli UMNO tidak membeli akhbar keluaran Utusan melayu.Mereka yang masih berminat dengan keluaran syarikat akhbar ini ialah mereka yang berusia 45 tahun ke atas dan masyarakat luar bandar yang keseluruhan masyarakat  rancangan Felda.

Percayalah - kiranya tidak ada usaha-usaha taukeh akhbar ini(UMNO) mencari pelanggan akhbar paksa dengan membeli dengan banyak untuk diagih-agihkan kepada sekolah-sekolah atau pejabat-pejabat kerajaan dan badan-badan berkanun,apa yang pasti 5 tahun yang lalu sudah tutup syarikat.

imam dan bilal yang di pecat ..cukup dengan pasrah.



Realiti sejarah telah memaparkan atau menceritakan bahawa pemecatan imam,dan bilal di negara ini berlaku adalah disebabkan terkucil hati para penguasa tertinggi agama dan politik. Kedua manusia ini menganggap dirinya tuhan yang tidak boleh tersindir atau disindir segala urusan hidup hariannya semuanya betul.

Pegawai masjid tidak boleh melahirkan yang benar sesuatu perkara, kiranya apa yang benar itu benar-benar berlaku terhadap penguasa tertinggi dan keluarganya. Terutama imam perlu menyorokkan apa yang pegawai berkuasa lakukan dan perlu mengalihkan pandangan rakyat kepada yang tidak ada kena-mengena dengan tingkah laku penguasa. 

Ada diantara pentadbir masjid mengingatkan mereka yang berbicara berkaitan agama pada awal- awal lagi telah memberi warning agar imam atau ustaz jangan menyentuh sesuatu hukum.

Dalam erti kata yang lain hati penguasa perlu dijaga ,yang salah disenyapkan atau sekurang-kurangnya pegawai masjid menyatakan “itu perkara kecil tuan”kiranya masih ada keraguan penguasa tertinggi   berkaitan agama.

Perlantikan imam atau bilal tidak seperti perlantikan anggota perkhidmatan awam yang boleh di adili oleh mahkamah kiranya ada penganiayaan dilakukan .Perlantikan imam diuruskan oleh  pentadbiran majlis agama negeri  yang boleh bertindak pemecatannya pada bila-bila masa.Itulah yang banyak berlaku pada nasib imam-imam hari ini.
                                                                                                                                                                                       Mereka hanya perlu mengucapkan.Tidak perlu bersuara mengatakan tidak
berpuashati  atau mengecop  pejabat agama bertindak tidak adil. Kadangkala kita terlepas pandang ada kesilapan bagi pehak diri kita.Perlu muhasabah diri agar perselisihan kita dengan penguasa agama yang terlibat tidak terus berpanjangan.

Imam atau bilal yang dipecat perlu menjaga imej pasrah dan imej yang menggambarkan mereka ada ilmu agama yang tinggi serta yakin ketentuan Allah. Jangan menjadikan kerja terhadap agama Allah seperti minta sedekah.Seterusnya luaskan tawakal kepada Allah mencari rezeki yang lain .