Anak kecil main api. Terbakar hatinya yang sepi. Air mata darah bercampur keringat. Bumi dipijak milik orang.Nenek moyang kaya-raya Tergadai seluruh harta benda. Akibat sengketa sesamalah kita. Cinta lenyap di arus zaman.Indahnya bumi kita ini. Warisan berkurun lamanya. Hasil mengalir ke tangan yang lain. Peribumi merintih sendiri.Masa depan sungguh kelam. Kan lenyap peristiwa semalam. Tertutuplah hati terkunci mati. Maruah peribadi dah hilang. Kini kita cuma tinggal kuasa. Yang akan menentukan bangsa. Bersatulah hati bersama berbakti. Pulih kembali harga diri.

Thursday, September 5, 2013

Harga minyak naik "duit lantun dan buah relai boleh bayar.







Subjek  matematik SPM gred yang diperolehi   A1 dan Bahasa Malaysia A2 pada tahun 1970.Barangkali tidak salah matematik saya ini. Beberapa hari yang lalu harga minyak RM1.90 tetapi sekarang kerajaan pilihan rakyat menaikkan 0.20 sen. Jadi harga petrol hari ini RM2.10 .

Saya menggunakan petrol  bagi urusan harian ,tidak banyak, hanya 25 litre seminggu, sebulan  100 litre yang mengundang perbelanjaan tambahan sebanyak RM20.00 sebulan.Maka satu tahun saya telah membelanjakan  kenaikan minyak sebanyak RM 2400.00.Mungkinkah kerajaan akan memberikan wang Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dalam bajet 2014 sebanyak RM2400 atau lebih.

Kita semua tahu sebagaimana  apa yang saya katakan sebelum ini, bahawa kerajaan boleh melakukan apa sahaja yang dia suka maka hari ini telah dilakukan kehendaknya. Walaupun rakyat menunjukkan kemarahan dengan semua orang mengambil  tindakan membunuh diri membantah, kita tidak perlu mengharap pentadbiran pilihan rakyat mengubahnya.

Sebelum ini kerajaan pilihanrakyat telah mengekalkan apa yang ada pada keputusan pilihanraya ke 13 dengan mengenepikan semua  petisyen pilihanraya melalui  hakimnya dan mengenakan denda mengikut benak fikiran sebagai pengajaran mereka yang membantah.

Hari ini tanggal 03 September  2013 iaitu 3 hari selepas ulang tahun  kemerdekaan kita di nyanyikan  dengan lagu bantuan BR1M 2014 dengan liriknya minyak petrol naik  0.20sen. Walaupun ada wakil rakyat yang berjiwa petroitik mengatakan” minyak naik tak mudaratkan orang kampung”. Kita sedar mereka yang berwajah demikian tidak memerlukan BR1M kerana pendapatan sambil meraba-raba  pun mencecah ratusan ribu.

Juga ramai orang profesional  yang  pangkal namanya Dr dan di  hujung namanya ada Phd melahirkan pendapat melalui tv menyokong  kerajaan menaikan harga minyak sebagai berjimat-jimat hasil negara untuk masa depan generasi akan datang.Dasar peduli orang depan ,persetan orang belakang.

Datuk,nenek, mak, ayah  dikampung, yang anak-anak mereka   yang tidak bernasib baik,tidak  menjadi wakil rakyat dan tidak menjawat PTD jabatan kerajaan, masih pandai berteori ekonomi bahawa minyak naik semua barang keperluan akan naik. Mereka juga berteori mana hendak mencari pendapatan tambahan untuk menampung kenaikan harga. 

Bagi manusia yang berbincang menaikkan harga minyak tidak memikirkan tempolok rakyat terbanyak . Mereka sentiasa menjaga poket syarikat jangan menjadi sedikit untung atau kurang untung dari semalam.

Bagi mereka yang melantik kerajaan sekarang tentulah 'benci sambil menelan air liur ' tentu dialognya bila di tanya perasaan " kerajaan lain pun memerintah naik juga harga minyak "manakala mereka yang tidak memangkah "padan muka - pilih ye lagi". Kesimpulannya sama-sama di bangangkan