Anak kecil main api. Terbakar hatinya yang sepi. Air mata darah bercampur keringat. Bumi dipijak milik orang.Nenek moyang kaya-raya Tergadai seluruh harta benda. Akibat sengketa sesamalah kita. Cinta lenyap di arus zaman.Indahnya bumi kita ini. Warisan berkurun lamanya. Hasil mengalir ke tangan yang lain. Peribumi merintih sendiri.Masa depan sungguh kelam. Kan lenyap peristiwa semalam. Tertutuplah hati terkunci mati. Maruah peribadi dah hilang. Kini kita cuma tinggal kuasa. Yang akan menentukan bangsa. Bersatulah hati bersama berbakti. Pulih kembali harga diri.

Saturday, August 31, 2013

Merdeka - macam mana perasaan patriotik ?




Sudah 60 tahun usia ini .Dahulu 4 tahun hidup dari tahun yang diisytihar merdeka .Hati sanubari semakin hari semakin tidak kasihan kepada negara.Perasaan bagaikan kanak tadika atau tabika yang disuruh oleh ibu bapa atau guru mengibarkan bendera.Kebencian terhadap kumpulan pentadbiran negara ini turut menghilangkan dan mempengaruhi rasa sayang . Semua  apa yang mereka lakukan tidak kena di hati ini.

Tidak tahu apa sebabnya jadi bagini hati ini. Sudah 56 kali manusia lain mencanak bendera di pagar-pagar rumah di Malaysia dan di dendangkan oleh perkataan patriotik, patriotisme dan lagu-lagunya. Aku masih belum ada masa lapang hendak tegak menghadap bendera. Beribu kali orang yang berkuasa  berucap dan paparan rencana ,esei supaya cintakan negara dengan  pelbagai selogan. Aku masih bagai melihat keliling sambil mencolek telinga.

Tidak ada perasaan lansung yang dikatakan patriotik.Tidak pernah pun tahu macam mana rasa patriotik.Yang ada perasaan marah apabila ada bangsa di Malaysia ini menuntut pelbagai kehendak dan tidak mengaku perjalanan sejarah. Kebanyakan menurut kata  orang perasaan ini adalah perasaan perkauman.Itulah yang masih ada dalam diri ini.Itu pun sesekali .Takut melahirkan perasaan itu berlebihan, kerana dikhuatiri kena tangkap dan dipenjarakan walaupun tidak pernah menderhaka.

Mungkin kiranya aku di beri  jawatan  yang menguruskan negara ini dengan gaji yang lumayan dan boleh berbuat pelbagai kerja mudah untuk mendapat wang –perasaan ini akan berubah dan terasa  sayangnya kepada negara ini. Sedia maklum  kiranya  huru-hara negara ini pendapatan aku akan hilang harta aku akan hancur. Ada orang mengatakan jangan tanya sumbangan negara kepada anda sebaliknya tanya sumbangan anda kepada negara. Aku tidak faham kata-kata itu.Wakil rakyat yang kaya sekeluarga mungkin menggunakan falsafah ini.

Tidak juga ada jaminan hati ini kasihan kepada negara kerana aku menjadi kaya boleh menyimpan harta ke seluruh dunia tanpa pengetahuan orang disini .Ketika ini masih mencari nikmat bagaimana cintakan negara seperti yang di tonjolkan oleh pak menteri dan wakil rakyat pemerintah, terutama  saat-saat perayaan menyambut kemerdekaan. Kita tonton tv ,nampak bersemangat mereka itu.Bila aku akan  jadi bagitu.