Anak kecil main api. Terbakar hatinya yang sepi. Air mata darah bercampur keringat. Bumi dipijak milik orang.Nenek moyang kaya-raya Tergadai seluruh harta benda. Akibat sengketa sesamalah kita. Cinta lenyap di arus zaman.Indahnya bumi kita ini. Warisan berkurun lamanya. Hasil mengalir ke tangan yang lain. Peribumi merintih sendiri.Masa depan sungguh kelam. Kan lenyap peristiwa semalam. Tertutuplah hati terkunci mati. Maruah peribadi dah hilang. Kini kita cuma tinggal kuasa. Yang akan menentukan bangsa. Bersatulah hati bersama berbakti. Pulih kembali harga diri.

Monday, April 22, 2013

Politik - ramai perut kenyang lapar tidak hilang: minum sejuk haus tidak lepas

 
Sikap manusia Malaysia,yang tidak mahu” biar jatuh terletak,jangan jatuh terhempas”maka akan lahirlah perkataan yang tidak sedap didengar, digugurkan ,dipecat, tidak terpilih dan tidak tercalon.Keadaan ini akan menaikkan tekanan darah tinggi mereka  yang terlibat dan di tambah dengan perasaan sombong,ego dan perasan diri, bagaikan mencencangkan parang patah,maka akan sanggup menjadi pengkhianat kumpulan politiknya dan dia yang sentiasa seperti rusa kena tambat.

Malaysia melakar sejarahnya pada PRU-13  kali ini kerana paling ramai mereka di pecat oleh parti dan mencabar rakan satu parti menjadi calon bebas - sebanyak 91 orang.Kita tunggu sehingga keputusan pemilihan pada 5 Mei 2013,yang juga mungkin menjadi satu sejarah baru Malaysia bilangan calon terbanyak hilang wang pertaruhan.

Mereka yang menghadapi masalah ini sebenarnya orang yang dewasa dan profesional telah berakhir kedewasaannya dan menjadi budak-budak hingusan yang merajuk tidak ada tempat hendak mengadu dan bala lalu,dibawa singgah.Mereka yang 'apply' sebagai pengkhianat ini sepatutnya telah sedar keadaan di Malaysia ini pengundi atau rakyat tidak menerima mereka  yang tidak berparti dan kononnya bebas seterusnya menjadi sibuta membilang bintang di langit.

Rakya tahu perangai mereka yang macam ini tidak ada sandaran dan melahirkan keyakinan kukuh untuk memberi khidmat selepas kemenangan pilihanraya.Itulah sebabnya berdasarkan pengalaman yang lepas,rakyat atau pengundi akan menghukum mereka dengan tidak mengundinya atau sekiranya ada yang mengundi kerana simpati atau sokongan  pengikut setia buta.

Sikap rakyat Malaysia tidak peduli calon bebas sewajarnya dipuji, kerana pengundi tahu mereka yang tidak terpilih oleh parti manusia yang berprinsip,seperti ulat lupakan daun,seperti yu kia-kia,kepala yu ekor pari. Pengundi tahu,mereka yang menjadi calon bebas bukan ingin menjadi seperti sumbu pelita:menerangi orang lain dan membakar diri sebagaimana yang dicanang oleh individu berkenaan, sewaktu membuat kenyataan akhbar,sebaliknya mereka telah menjadi, seperti gunting dalam lipatan.

Thursday, April 18, 2013

akan ramailah pengkhianat parti selepas pencalonan.....




Hari ini dua hari sebelum penamaan calon pilihanraya (Khamis-18/04/2013),beberapa orang bekas wakil rakyat dan juga yang disebut-sebut bakal calon wakil rakyat sebelum ini ,telah meluah perasaan kesal kerana nama mereka tidak terpilih dan tersenarai sebagai calon.

Ini melambangkan bahawa mereka yang hendak jadi wakil rakyat tersebut bukannya ikhlas hendak berkhidmat untuk rakyat sebaliknya mereka berebut-rebut hendakkan jawatan  hingga sanggup menjadi pengkhianat parti.Sikap buruk mereka bukan sahaja melahirkan protes menyatakan tidak puas hati tidak terpilih tetapi diikuti sanggup menentang melalui sebagai calon bebas . 

Kiranya mereka ikhlas untuk menyumbang khidmat kepada rakyat tidak semestinya menjadi wakilnya, sebaliknya mereka semua yang tidak terpilih,mempunyai niat tertentu umpamanya mencari peluang dari  pelbagai faedah  menjadi wakil rakyat.

Kebanyakan mereka yang tidak terpilih sebagai wakil rakyat adalah terdiri dikalangan mereka yang sudah menjadi wakil lebih dari sekali.Sepatutnya mereka bersyukur dapat juga menjadil wakil rakyat sebelum ini dan wakil rakyat yang lebih sekali terpilih janganlah tamak.Ada diantara mereka lebih 5 penggal menjadi wakil sepatutnya menolak pencalonan dan beri peluang kepada ahli yang belum pernah berkhidmat.

Mereka yang terpilih lebih dari sekali jangan perasan diri  kononnya khidmat mereka terbaik .Mungkin disebabkan  ketua parti berjiwa kroni,sahabat,atau termakan budi yang melahirkan perasaan serbasalah. Mereka dicalon lebih dua penggal kiranya berjiwa ikhlas untuk perpaduan parti maka eloklah menarik diri secara sukarela.

Mak Cik ini, perasan diri dan masuk bakul angkatlah sendiri “Kami banyak berjasa, tetapi tidak diberikan tempat. Adakah kepimpinan tertinggi tidak mengiktiraf kelayakan yang kami ada. Kebanyakan kami golongan profesional,” katanya. Kamilia, seorang peguam

Imej wakil rakyat yang berebut-rebut hendak jawatan Yang berhormat tercalar kerana sikap seperti ini:-


  •   “Tindakan kepimpinan BN memeranjatkan saya dan wanita lain. Saya kecewa kerana tidak ada pengiktirafan sewajarnya diberi kepada pemimpin Wanita Umno dan BN yang mewakili seluruh wanita Umno dan BN,” Wanita Umno Bahagian Kuala Kangsar ketua mereka tidak dicalonkan.

  •        Bekas Timbalan Menteri Pertanian dan Asas Tani, Datuk Seri Mohd Shariff Omar isytihar akan bertanding calon Bebas untuk merebut kerusi Parlimen Tasek Gelugor pada pilihan raya umum ini.

  •        Tidak menunggu lama, tiga veteran BN terus mengisytiharkan perang terhadap BN apabila nama mereka tidak termasuk dalam senarai calon pilihan raya umum ke-13 yang diumumkan semalam. Mereka adalah Penyelaras Gerakan Batu Uban A Mohan, bekas anggota Parlimen Tasik Gelugor Shariff Omar dan penyandang kerusi Sungai Dua Jasmin Mohammed.

  •        Ong Tee Keat memikirkan untuk bertanding sebagai calon bagi kerusi parlimen Pandan sebagai calon bebas, selepas digugurkan sebagai calon Barisan Nasional (BN) untuk Pilihan Raya 2013.

  •          Kami menolak calon daripada PKR yang bersifat bidan terjun kerana tiada gerak kerja dan hubungan dengan jentera Pas yang telah lama bertapak di Dun tersebut,” jelas ketiga-tiga wakil terbabit pada sidang media di Pejabat Perhubungan Pas Negeri Terengganu, di sini, semalam

  •          Penyandang kerusi Parlimen Seremban, John Fernandez dari DAP akan bertanding pada PRU13 sebagai calon Bebas sekali gus menentang partinya yang meletakkan Ketua Pemuda DAP pusat, Teoh Kok Seon

Mungkin bertambah ramai lagi akan lahir pengkhianat parti selepas hari pencalonan sabtu ini(20/04/2013).Kita pengundi dan rakyat biasa jangan membodohkan diri apabila diberi peluang memilih.Jangan pilih mereka-mereka yang berjiwa pengkhianat ini sekiranya kembali terpilih atau menjadi calon bebas.

Saturday, April 13, 2013

Hasan Ali -Takut kepada PRU13- kokok luar gelanggang




 
Orang yang mengaku dirinya profesional hanya sanggup mencebik bibir(menyorongkan bibir bawah ke depan utk mencemuh atau mengejek; menjebik) di luar gelanggang pertarungan diantara Pakatan Rakyat dengan Barisan Nasional PRU-13.

Saya ingat orang profesional semua bidang ini akan menyertai pilihanraya kali ini kerana mengikut perkiraan saya tentu ramai penyokong terutama yang keluar PAS bersama-samanya,dan yang simpati,tetapi mungkin orang ini telah membuat kajian sehingga PHD bahawa penyertaanya sebagai calon bebas, akan mensedekahkan wang pertaruhan kepada SPR setelah pilihanraya berlalu.

Hari ini dia berteriak luar gelanggang, dengan menyatakan sokongan salah seorang dalam pertarungan,disamping menjerit menyuruh orang lain berbuat sepertinya.Dulu tidak menyokong juara heavyweight selama 12 kali tetapi hari ini dia berubah angin telah menunjukan komitment dengan juara tersebut.

Rugi rakyat Malaysia seorang golongan profesional tidak melibatkan diri untuk menjadi seorang pemimpin.Mungkin dengan ilmunya rakyat tentu dapat manafaat dan akan menambahkan kemajuan fikiran rakyat Malaysia.

Kini Hasan Ali  hanya menjadi penonton yang becok dalam politik seperti mereka yang bekerja kecil-kecilan di kampung yang hanya kelulusan SPM kebawah dan bertengkar hal politik di kedai-kedai kopi atau di simpang-simpang jalan. Takut mengharung realiti berpolitik,kalah dan menang.Manusia yang berilmu tetapi tidak menggunakan ilmunya bertarung mencabar demokrasi. Hasan hanya berani memimpin NGO yang tidak ada saingan atau cabaran.

Hasan masih belum menyudahkan kajiannya bahawa parti PAS atau UMNO  tidak mampu membina sebuah kerajaan sekiranya tanpa sokongan MCA,DAP atau MIC. Menyurukkan fakta UMNO (melayu)MCA (cina) dan MIC (india),apakah kesemua parti bukan melayu menyokong islam  untuk dinobatkan sebagai agama Malaysia. 

Dia tidak tahu atau ilmunya tidak mahu ambil tahu, atau sengaja buat-buat gila tak tahu, bahawa wujudnya Pakatan Rakyat adalah sebagai pesaing kepada BN, sebagai alternatif rakyat Malaysia untuk membentuk kerajaan,yang selama ini di monopoli oleh BN.

PAS keseorangan sampai kiamat tidak boleh memperolehi majoriti dan memerintah Malaysia dan seterusnya bagaimana hendak melaksanakan hukum islam. Apakah Hasan yang mengaku ahli ilmuan ini mempunyai ilmuan cerdik atau ilmuan bangang.

Hasil kajian PHD Hasan apakah belum sampai sehingga dia tahu bahawa ketua Geng  UMNO/BN yang masih hidup sampai sekarang, menolak hudud,islam dan ramai lagi ahli UMNO yang hendak disokongnya dan menyuruh orang lain menyokongnya, memenghina hukum Allah.

Hasan… ! Hasan! ….eloklah baca sinopsis dan dijadikan contoh cerita “Hasan Pencuri” dalam filem lakonan P.Ramlee bagaimana dia bersusah payah dan berusaha mengatasi rintangan atau risiko untuk mencapai cita-cita memperolehi impian memiliki puteri raja.Hasan  patut diterjemahkan ini dalam PAS dulu.

Ahli ilmuan dan profesional tidak sepatutnya mengikut emosi dan mengawal munafik,hipokrit dan bersikap mencurahkan nilai-nilai murni dalam parti,kerana parti sekarang tidak boleh memberi apa kesedapan dunia, tetapi mungkin yang akan datang impian kita akan tercapai.

Sunday, April 7, 2013

Taib Mahmud model pemimpin kaya dan cerminkan sikap rakyat.










Dalam pengetahuan saya Taib Mahmud salah seorang WAKIL RAKYAT yang  kaya.Belum pernah saya mendengar dia dan keluarganya ,cerdik helang pulau,kini menjadi pungguk.dan mempunyai kekayaan seperti rakyat kebanyakan Sarawak yang diwakilinya.Dari seorang wakil telah dilantik sebagai pemimpin yang mencurahkan kepimpinan kepada rakyat Sarawak selama lebih 40 tahun.                                                                                                       
Ada pemimpin mengambil kesempatan terhadap rakyatnya yang tidak peduli tingkah lakunya .Rakyat yang tidak mengambil tahu apa aktiviti pemimpin melaksanakan kerja haram atau halal,direstui rakyat atau manipulasi . Rakyat yang kaya dan pemimpin yang kaya meneruskan pencarian kekayaanya manakala yang miskin terus kemiskinan dengan mempamirkan kesetiaan melalui peti undi.

Keangkuhan pemimipin yang sudah kaya tidak dapat digugat, lebih-lebih lagi  tahu rakan pemimpin yang lain sama sepertinya, malahan lebih teruk lagi. Sama-sama ada rahsia penggunaan kuasa. Dalam pengetahuannya bagaimana kekayaan rakan-rakan pemimpin yang lain diperolehi.  

Taib tidak memberi kerjasama dengan SPRM kerana hendak mempertahankan tidak bersalah seterusnya, mengklasifikasikan dia dari pehak yang benar. Mempertikaikan SPRM  tidak jujur terhadap kesnya bermaksud kes orang lain tidak perdulikan- dilindungi. SPRM akan adil seandainya tidak melakukan siasatan terhadapnya.

Sikap Taib Mahmud sudah terbalik, sepatutnya memberi kerjasama dengan SPRM kiranya dia tidak bersalah, pendiriannya sebaliknya - tidak bekerjasama membuktikan tidak bersalah.Itulah sikap orang kaya yang melindungi hartanya.

Kiranya Taib pemimpin negara-negara luar, sudah lama dihumbankan melalui pilihanraya  atau diri sendiri resign sebelum rakyat bertindak atau dimalukan. Di negara ini rakyatnya ketinggalan jauh menilai pemimpin.  Terutama orang melayu,masih boleh digula-gulakan atau lebih tepat diumpan dengan wang,RM100,RM200,RM500.akan terhakis keburukan pemimpin walaupun sudah maklum kekayaan seorang pemimpin itu hasil perasugut rasuah,penyelewengan dan salah guna kuasa dan tahu pemimpin mereka tidak layak perbezaan  kayanya bagai langit dan bumi atau besarnya gajah dengan semut.

Itu sebabnya Taib Mahmud berkata Saya telah menang pada pilihan raya lalu dengan lebih dua pertiga majoriti dan mereka tidak kisah pun tentang perkara ini,".
Melayu dan bangsa-bangsa lain yang masih miskin di Malaysia masih mengekalkan sikap/kesan selepas  termakan budi..
Bangsa lain yang lebih maju dan ada sedikit kekayaan ,budi tidak terikat simpati, dan menganggap budi sebagai pemberian ikhlas. Ikhlas tidak mengharapkan balasan.

Pemimpinnya pula penuh dengan sikap demdam yang tidak berkesudahan.Dendam kesumat akan lebih ketara apabila pemimpin berjaya meneruskan kepimpinannya dan berkuasa. Nyamuk mati,gatal tidak lepas.Besar hendak melanda ,panjang hendak melindih, Sikap inilah yang ditakuti rakyat bawahan dan terpaksa memilih dan meneruskan kepimpinan yang ada.

Pemimpin pula akan menterjemahkan dendamnya kepada rakyat dengan bertindak mencampakkan rakyatnya yang banyak objection. Disisih memperolehi kemudahan-kemudahan individu yang sepatutnya dinikmati .Mereka yang berjawatan andai diketahui mempunyai sikap ini,pemimpin akan sentiasa bersikap –“ hitam dikatakan putih,putih dikatakan hitam”. Kalau bertunas,sentiasa diragut kambing.