Anak kecil main api. Terbakar hatinya yang sepi. Air mata darah bercampur keringat. Bumi dipijak milik orang.Nenek moyang kaya-raya Tergadai seluruh harta benda. Akibat sengketa sesamalah kita. Cinta lenyap di arus zaman.Indahnya bumi kita ini. Warisan berkurun lamanya. Hasil mengalir ke tangan yang lain. Peribumi merintih sendiri.Masa depan sungguh kelam. Kan lenyap peristiwa semalam. Tertutuplah hati terkunci mati. Maruah peribadi dah hilang. Kini kita cuma tinggal kuasa. Yang akan menentukan bangsa. Bersatulah hati bersama berbakti. Pulih kembali harga diri.

Monday, December 31, 2012

Cacing dah naik ke mata

PANDANGAN

Tujuan tersembunyi menggunakan kalimah Allah dalam bible versi melayu menyebar dan mengembangkan agama  tersebut  di semenanjung kepada bangsa melayu khasnya dan bangsa lain amnya kerana kejayaan mengembangkannya telah berlaku di sabah dan sarawak.


Sikap terlalu bersungguh-sungguh hendak menggunakan kalimah Allah menjadi tanda tanya bahawa sebelum ini tidak perduli apa perkataan bagi menggantikan kalimah tersebut. Nyata pengikut agama ini mengambil kesempatan dalam keadaan  perpaduan orang melayu pada tahap  paling lemah. 


Mereka tahu ketika ini pemimpin-pemimpin melayu yang sedang nyawa-nyawa ikan dalam sokongan politik membolehkan keturunan agama ini apa sahaja  di minta akan terus di tunaikan.Ketika ini sikap jual mahal satu undi akan terus dipertahankan dengan ugutan tersembunyi.


Dasar golongan minoriti tidak dipinggirkan menyebabkan Masyarakat Sikh pun membuat ugutan akan melanggar perlembagaan kiranya mengharamkan kalimah Allah digunakan oleh bukan islam.Sedih apa yang telah terjadi dengan tolenransi.Masyarakat melayu telah aib bersama perlembagaan yang di ciptanya semasa hendak merdeka.


Pelbagai alasan dan rujukan bagi mempertahankan penggunaan kalimah ini, termasuk berlandaskan pelembagaan negara.Masyarakat yang cacing sudah naik ke mata ini yang dulunya api sebatang mancis telah mula  cuba membakar sebuah rumah.Beri secubit hendak segenggam,beri betis peha ditunjuknya,dan melayan belanda hendak tanah.


Melayu sememangnya tidak pernah serik dan  tidak pernah sedar  bahwa  api kecil jadi kawan ,besar jadi lawan.Peristiwa terlepasnya singapura dari dunia melayu masih tidak menjadi pengajaran kepada bangsa melayu.


Penghuni di Malaysia ini yang dahulunya mengaku  warganegara kelas 2 sudah menjadi warga negara kelas 1. Perlembagaan diguna pakai yang dicipta 55 tahun lalu, sudah mula dipertikaikan , selalu sahaja api padam puntung berasap,kerana ada lompang-lompang yang boleh diputar belitkan oleh mereka yang dulu tunduk sekarang sudah mendongak.sehinggakan orang islam tidak lagi boleh mengawal agamanya melalui majlis fatwa.


Tiada lagi perpaduan melayu  - melayu telah menjadi minoriti dalam kekuatan politik akibat perpecahan yang terlalu kerap dizaman pemerintahan perdana menteri yang ke 4.Ketika itu berlaku beberapa kali pemecatan mereka telah merentap perpaduan melayu melalui  mereka yang  berpengaruh .Hari ini melayu dalam kelemahan yang diambil kesempatan  oleh mereka,  bagi menuntut apa sahaja yang berasaskan hak seorang  warganegara  malaysia.


Satu demi satu perkara-perkara yang tidak biasa telah menjadi bisa mendenyutkan.Satu demi satu duri telah melahirkan nanah dalam daging ,terlalu susah hendak dikawal kesakitannya.Kita percaya kiranya melayu meneruskan sikap mabuk hendak  berkuasa, tidak mustahil melayu bagai di asak diatas papan anjal yang sehingga kehilangan ruang ,berkesudahan terpaksa terjun.


Sampai masanya melayu perlu mencampakkan idealogi,pedulikan populariti politik dan jaga aqidah yang ada pada penghayatan kalimah “Allah”.Tumpukan nilai penggunaannya yang tidak pernah dipertikaikan atau dijadikan  gunasama dengan agama lain dari tahun sebelum merdeka hingga pilihanraya ke 12.


Menjelang pilihanraya ke 13 ini pelbagai tuntutan gila terhadap orang melayu yang menguji kesabaran hendak mengepal pasir kering. Perlu beringat selalu, jangan percaya tangan kiri, luka tangan kanan oleh tangan kiri.


Perkataan Allah perlu dilihat penggunaannya dalam konteks negara Malaysia bukan merujuk penggunaannya kepada negara,buku atau kitab  lain di dunia.

Friday, December 28, 2012

NGO ini bolehkah "memelopongkan" Pakatan Rakyat PRU13

 


Setakat ini ahli NGO yang menyokong dan bercita-cita mengekalkan kerajaan yang sedia ada, telah sah ada seramai 1,300,000 ahli, kita lihat kenyataan ini.

 Ini tidak termasuk ratusan ribu undi pos yang berdaftar yang dimestikan menyokong dan mengundi kerajaan.

Setiausaha Kelab Veteran Umno Malaysia Datuk Mustapha Yaakub berkata pengalaman dan pengaruh luas anggotanya mampu memberikan ‘peluru’ yang diperlukan BN bagi menidakkan impian pembangkang menakluk Putrajaya. “Apa yang kami mahu ialah untuk membantu menguatkan parti sesuai dengan moto kami ‘veteran pemangkin kepimpinan Umno

Dengan kekuatan lebih 700,000 anggota di seluruh negara, kami akan kerah semua anggota kami untuk menguatkan parti bagi menghadapi pilihan raya umum ke-13 nanti,” tegasnya. – Bernama

Jamaludin berkata sehingga kini keanggotaan Pekida sudah menjangkau kira-kira 300,000 orang dan jumlah itu sangat penting dalam menguatkan pertubuhan itu dalam memperjuangkan matlamat penubuhannya.

“Hanya kerajaan yang ada sekarang ini akan terus memberikan kemakmuran, kesejahteraan dan kebajikan kepada rakyat. Jadi, saya minta semua anggota Pekida agar terus menyokong kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak sekarang ini agar semua yang diperoleh sekarang ini berterusan untuk anak cucu kita,” katanya. – Bernama

SHAH ALAM - Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Datuk Ibrahim Ali memberi jaminan bahawa beliau akan memastikan anggota pertubuhan itu menyokong calon BN.

IBRAHIM ALI: Awak boleh kata saya ‘king maker’ tapi Perkasa mempunyai lebih 300,000 ahli, kalau kita tengok dalam satu daerah ada satu atau dua parlimen ataupun Dun, kalau di peringkat Dun minimum ahli kita ada 300 hingga 400 ahli atau lebih sampai 1,000 orang, kalau di peringkat parlimen, ada ahli kita 3,000 hingga 4,000 satu daerah, sudah tentu undi ini sangat penting.

Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) merasa terkejut dengan pendedahan oleh YB Dr Hatta Ramli bahawa jumlah pengundi pos SPR seramai 240,000 orang. Bagi DPPM, jumlah yang dilaporkan itu terlalu ramai dan cukup untuk memberi impak yang besar dalam pilihanraya umum ke 13.

Mereka merupakan antara lebih 60,000 pemandu teksi di seluruh negara yang menerima baucar RM520 untuk menggantikan empat tayar di bawah inisiatif program Teksi Rakyat 1Malaysia (TR1Ma).

Angka-angka ini kita bandingkan dengan jumlah pengundi di Malaysia. Jumlah Pengundi Kini 11.163 Juta.

Apakah PRU 13 yang akan datang membolehkan Pakatan Rakyat “Melopong “hendak mengambil alih kerajaan.

Tuesday, December 18, 2012

Ibrahim Ali -Umpama pisau bengkok melupakan sarung





 
Bos Sinar Harian menyifatkan "Ahli Parlimen Pasir Mas itu sebagai individu yang sudah tidak relevan dalam politik di negara", Hussamuddin berkata, "beliau yakin rakyat Malaysia juga sudah muak dengan kenyataan retorik beliau".

Bagi saya Ibrahim Ali bukan sahaja tak relevan malahan “bak mentimun bengkokatau bahasa yang lebih baik ialah satu sen pun tak guna lagi dalam politik. Ini disebabkan dia selalu bersikap “tembak beralamat,tujuan yang bermaksud”.Kini dia hanya ada “gigi dengan lidah”dan jarang mengukur baju di badan sendiri.Sikapnya umpama pisau bengkok melupakan dan melukakan sarungnya.

Hari ini ,wakil rakyat yang kerjanya menikam parti dari belakang ini sedang mencari mangsa kedua kalinya untuk ditikamnya sekali lagi pada pilihanraya ke 13 nanti.Kali ini ibrahim mengharapkan ada parti politik offer( bukan  dia apply)bertanding atas jenama bulan atau dacing kerana tidak yakin menjadi wakil rakyat kiranya menggunakan jenama payung,ayam ,atau gasing.

Dacing yang akan di sokongnya pada pilihanraya akan datang belum tentu akan menimbang Ibrahim untuk di pastikan Kg nya atau kualitinya untuk dijual dipasaran pilihanraya.Dikhuatiri belum sempat untuk ditimbang baru  di letak atas dacing, katak sudah melompat.sambil mengecingkan dacing..

 (“saya terbuka sepertimana yang saya lakukan sebelum ini, sesiapa nak bekerjasama dengan saya, anda dialu-alukan, jangan pula sensitif, saya adalah saya, maknanya siapa nak bekerjasama, mari kerjasama”).

Juga ketika ini sedang membuat congak-congak betapa hebatnya NGOK yang dipimpinnya,dengan berpadukan jumlah ahli NGOK itu seramai 300,000 orang yang bermaksud jangan memperkecilkan NGOK,PERKASA . Apa yang pasti ahli NGOK PERKASA boleh mengubah keputusan piliharaya peringkat DUN dan Parlimen pada pilihanraya ke 13 ini.

CONGAK IBRAHIM ALI:  Perkasa mempunyai lebih 300,000 ahli, kalau kita tengok dalam satu daerah ada satu atau dua parlimen ataupun Dun, kalau di peringkat Dun minimum ahli kita ada 300 hingga 400 ahli atau lebih sampai 1,000 orang, kalau di peringkat parlimen, ada ahli kita 3,000 hingga 4,000 satu daerah, sudah tentu undi ini sangat penting. kalau kawasan itu dulunya menang 10 undi bagaimana?

Manusia yang umpama durian menunjukkan pangsanya  ini, sentiasa tidak sedarkan diri dari mana asalnya title yang diperolehinya.Kiranya dia menggunakan gambar payung dalam  piihanraya ke 12 dulu sudah pasti Yang Berhormat  (YB)akan jadi Yang Bungkor(YB). Dia yang bersama PAS hanya umpama nasi sama ditanak, kerak dimakan seorang dan ,umpama orang haus diberi air,orang lapar diberi nasi.

Wednesday, December 12, 2012

Harimau Malaya _kira sudah kena 1-0



Pehak- pehak yang bertanggungjawab terhadap pasukan Bola Sepak Harimau Malaya belum bertarung di padang sudah mula ada alasan –alasan  berlapis kemungkinan kalah. Kita lihat cakap –cakap ini yang saya kira sudah kena 1-0.

  •  Thailand sudah mula bermain perang psikologi apabila menyediakan kemudahan fasiliti kurang sempurna
  •   Padang  terbuka tak rata becak  bagai bendang–susah hendak traning mengatur strategi.
  •   layanan buruk  biarpun lokasinya hanya satu kilometer dari hotel penginapan, keadaan padang Jaran Buraprat, tidak layak dijadikan padang latihan untuk kejohanan tertinggi di peringkat Asia Tenggara –
  • di kawasan padang awam yang langsung tidak mempunyai bilik persalinan dan tidak menepati standard Persatuan Bola Sepak Asia (AFF).
  • Malah lebih menyedihkan, bukan sahaja terpaksa berteduh di bawah tempat duduk tidak berbumbung dan kelihatan daif, skuad Harimau Malaya juga terpaksa berkongsi padang dengan kanak-kanak yang menjadikan padang tersebut sebagai tempat permainan mereka

·      
Harimau sepatutnya tidak mula meluahkan pelbagai keluhan sebelum turun padang buruan .Memburu tidak kira situasi,yang penting binatang buruan mesti di perolehi.Contohi bagaimana harimau memburu dia memburu secara berkumpulan kiranya mangsa yang lebih gagah  darinya.

 Hai ! Harimau Malaya   -Sudah angkat bendera putih sebelum berperang. Belum ditikam sudah menjerit kesakitan. Pistol belum diacukan tangan sudah ‘surrender’.

Nanti apabila tamat perlawanan " tak pandai menari kata lantai jongkang-jongkit..........."

Monday, December 10, 2012

Sampai bila Isa Idamkan KPF




 


















“Ada komplot untuk memastikan Isa Samad jadi pengerusi KPF, kalau Isa Samad jadi pengerusi KPF, dia merancang nak pinda KPF, antaranya mengecilkan pegangan saham KPF dalam Felda Holdings dari 51 peratus, kepada hanya 29 peratus sahaja,” kata Mazlan apabila dihubungi oleh The Malaysian Insider hari ini.

Berkemungkinan angka-angka dalam kenyataan KPF ini membuatkan Isa Samad sentiasa “Ayam tidur senang dalam reban,musang yang sudah beredar keliling”.

a).Ahli 231902 orang       e) Dividen:-398.16 Juta(18%)-2011
b).SyerAhli:-1.95billion                                                                                                                                                              
c).Pelaburan :-2.95 billion
d).Pendapatan 691.02 juta.(2011)

Isa Samad tidak mempunyai satu sen pun wangnya dalam Koperasi Permodalan Felda Bhd dan tidak ada dalam senarai ahli  koperasi tersebut.Dia umpama datang tidak dijemput,pulang tidak berhantar dalam KPF. Dalam FELDA mungkin Najib sebagai Perdana Menteri telah melantiknya, tetapi sekarang berusaha mengambil kesempatan dari jawatannya untuk mengetuai KPF.

Terus berusaha,Tak boleh jadi ahli, cari jalan membolehkan untuk menjadi ahli, dan seterusnya untuk menyokong cita-cita menjawat  pengerusi koperasi.  Baginilah perangai Isa  Samad yang masih berterusan berusaha dan berusaha, bagi mendapatkan kuasa untuk membolehkan dia menggunakan kewangan koperasi mengikut telunjuknya.

Ketika ini undang-undang KPF tidak membolehkan Isa Menjadi ahli, lebih-lebih lagi berangan menjadi pengerusinya.Tetapi “devil we know” di waktu terdekad ini berusaha memporak -perandakan KPF dengan mengungkit kembali apa yang diputuskan pada mesyuarat agung perwakilan kali ke 31 yang bertujuan dan berharap diadakan mesyuarat agung semula.

Koperasi Permodalan Felda Bhd yang kini  merupakan satu-satunya koperasi terkaya di Malaysia,ingin direntap oleh Isa Samad  sebagai memperoleh sumber kewangan bagi melindungi merudumnya saham Felda Global Ventures (FGV).

Isa Samad yang dulunya  hanya bersama Najib tetapi sekarang melibatkan , Ismail Sabri menteri yang bertanggungjawab dengan koperasi yang membolehkan dengan mudah meminda undang-undang KPF. sedang bersekongkol menunaikan impiannya memiliki KPF. Ketika inilah mungkin undang-undang mengikut cita-cita  gila yang dicipta manusia di guna-pakai.

Sudah nyata Isa dan kerajaan bukan bercita-cita membaiki ekonomi peneroka, tetapi sebaliknya gilakan wang syer ahli seramai 231,902 orang, berjumlah 1.95 bilion yang ada pada KPF untuk menutup kelemahan idea bangang bersifat  suka “makan bubur  panas-panas” menyenaraikan  FGV ke Bursa Malaysia.

Sumber  kewangan kerajaan seperti KWSP dan Tabung Haji yang telah melabur paksa dengan FGV masih tidak cukup melonjakkan saham FGV. Untuk menutup akan lingkupnya FGV, kini Isa perlu memiliki kuasa mentadbir KPF .Sebagai pengerusi KPF matlamat untuk menghabiskan wang syer peneroka akan diperolehi dengan mudah melalui putar belitnya dengan ahli lembaga koperasi serta perwakilan dan menambah satu lagi koleksi mangsa pelaburan paksa seperti mana KWSP dan Tabung Haji. 

Andainya masih ada peneroka  yang juga ahli KPF masih buta mata hendak berkompromi dengan Isa Samad  serta menyokong kehendaknya,lebih baik ahli lain berfikir untuk menabung wang RM250,000 kepada saham amanah lain. Biar genting jangan putus.

Jenis manusia Isa samad ini, dia sentiasa menjadi devil yang dikenali yang sentiasa mencari jalan menggoda peneroka bagi bagi tujuan yang bukan tersembunyi lagi malahan terang-terang maksud hati khaudunya.

Sebelum ini  mengumpan  peneroka dengan  wang RM15000 satu keluarga, supaya menyokong cita-cita mencari sumber kewangan politik dengan menyenaraikan FGV ke bursa Malaysia yang dia sendiri  lebih  untungan daripada peneroka atau ahli KPF .

Friday, December 7, 2012

Rakyat perlu menghijrahkan kerajaan dari yang lama kepada yang baru- Tahun 2013



Dalam usia berkeadaan gigi gompong sanun dan gompong sini,juga uban di kepala sejomput disini dan sejomput disanun,misai telah pun berterabor, maka ketika ini amat sesuai berazam lebih awal kerana dikhuatiri usia tidak sampai ke tahun 2013 dan tidak kesampaian meluahkan perasaan yang membeku tetapi membahang.

Azam tahun 2013 ialah berdoa dengan penuh harapan, akan lahir  kerajaan baru dan tumbanglah kerajaan yang ada. Tentu tidak berdosa kita berdoa dari baik kepada yang lebih baik(insaallah).Mengikrarkan diri bahawa tahun ini (2013) adalah tahun rakyat Malaysia menerima penghijrahan kerajaan,yang selama ini biasa dilakukan oleh individu manusia. 


Kita kesal kerajaan yang ada hanya mengaku hanya ada kesilapan, tetapi tidak berusaha memberitahu atau menyenaraikan kesilapan untuk pengetahuan umum.Sikap dasar menyurukkan makumat yang salah diteruskan.Mulut media ditutup bagi maklumat buruk seperti ini.Orang ramai perolehi makumat dari media alternatif dan media sosial.Dendam rakyat kepada kerajaan lebih membara apabila diberitahu atau mengetahui sendiri keburukan orang kerajaan dan kerajaan sendiri. 


Perhimpunan parti hanya berjaya melahirkan pemimpin/wakil yang berjaya menyinsing lengan dan kain, bagai wanita digelanggang pergaduhan, yang lebih cakap menjerit-jerit memanggil semangat dari tindakan.Tidak ada perwakilan bercerita dan mengaku kesilapan parti dan pemimpinnya untuk di perbetulkan.


Oleh itu dengan tekad yang baru di tahun 2013 ini tidak usah diberi ruang kepada pemimpin “umpama kera lotong makan,tupai di julai timpa perasaan”.


Tidak usah mendengar kata-kata “lebih baik syaitan yang dikenali” kerana syaitan sebagaimana firman Allah, adalah musuh manusia yang nyata.Kita tidak tahu manusia yang bercakap seperti ini berpegang kepada apa ikutan agamanya, mungkin berprinsip Al Quran ditaati dan diyakini bila perlu.


Cakap-cakap yang menakut-nakutkan rakyat oleh mereka yang sekarang mabuk kuasa dan mabuk harta tidak perlu dipedulikan, kerana mereka yang bercakap  bertujuan hendak meneruskan sikap 80% untuk mengaut keuntungan diri dan 20% untuk perkhidmatan. Kita anggap menteri atau pemimpin kerajaan yang kerja menakutkan rakyat bagai “mercun buluh senapang bambu,kepada saya jangan dituju”.


Umpan yang diberi kepada rakyat hendaklah ikut resmi “anak seluang, umpan di makan habis, badan tak lekat di kail”. Wang yang di agih bukan meluakkan wang poket atau wang simpanan Najib.Tidak perlu berterima kasih kepadanya, sebaliknya berterima kasih kepada Allah yang telah memberi rezeki melalui kekuatan parti pembangkang. 


Dengan kekuatan parti pembangkang, akan terus berlumba-lumba kerajaan, yang selama ini tidak pernah mengungkit janji, untuk berbudi kepada rakyat. Satu rahmat dan satu nikmat yang telah Allah kurniakan kepada rakyat Malaysia.


Bertukarnya kerajaan baru maka bertambah koleksi kerajaan-kerajaan dalam negara, yang biasanya kita mendengar negara luar menukar kerajaan bagai menukar baju setiap hari dan bagai menukar resepi di dapur mengikut selera.


Menukar kerajaan menjadikan agenda baru masyarakat moden dan intelektual.Tidak bergantung harap kepada satu kerajaan berpuluh tahun.Kita semua maklum kiranya terlalu lama seseorang atau kumpulan individu itu berkuasa,maka mereka akan mengambil kesempatan keuntungan diri.


Lihat apa yang berlaku kerajaan-kerajaan diluar negara yang memerintah lebih 40 tahun seperti Iran,Iraq,Mesir, Libya Syria yang kesemua pemimpinnya berusaha mengikut telunjuk keduniaan,yang akhirnya melahirkan ilham rakyat untuk mengubah kerajaan . Kita beralih kepada kerajaan negara maju,Amerika,Jepun, Korea,Britain,Perancis dan banyak lagi contoh-contoh di negara barat yang rakyatnya menggunakan hak untuk membentuk kuasa dan kuasa yang dibentuk mengikut telunjuk rakyat, terus memberi kemajuan kepada negara dan rakyat.


Rakyat tidak perlu undur kebelakang dengan mengikut saranan pemimpin parti pemerintah dengan contoh-contoh adanya negara sudah merdeka, tetapi masih mundur,tidak ada pembangunan,kebuluran dan huru-hara dengan  rakyatnya berbunuhan sesama sendiri.


Rakyat dimestikan sedar bahawa kumpulan pemimpin-pemimpin dari parti siasah seperti ini telah menjajah minda rakyat selama 55 tahun untuk membolehkan mereka terus berkuasa.Mereka menjajah dengan idealogi songsang bahawa”inilah sahaja kumpulan manusia yang berjaya mentadbir dan membahagiakan masyarakat Malaysia” dan rakyat tidak usah melebarkan fikiran ke negara luar.Itulah salah satu sebab media Malaysia dikerajaankan dan fokus  maklumat terhadap kebaikan tuan punya media.


Anggap hujah pemimpin ini, sedang berhujah kepada rakyat sekitar  telah berusia 70 tahun ke atas, yang masih teringat makanan dan pentadbiran zaman perang dunia kedua.Pemimpin-pemimpin ini, ketika itu masih belum lahir lagi dan menceduk fakta sejarah yang dikarang dan dicipta oleh manusia satu parti,satu idealisma,dan satu tujuan dan  satu nawaitu.


Sejarah selama 50 tahun yang lalu, yang ketika itu kerajaan ini terus kesombongan memenangi pilihanraya  tanpa tentangan kuat parti lain, dan terus memerintah, belum pernah bersikap dermawan seperti dua tahun kebelakangan ini. Wang yang diberi kepada rakyat adalah mempunyai niat yang salah iaitu merupakan wang rasuah untuk memenangi pilihanraya dan bertujuan meneruskan kesinambungan pemerintahan.


Berfikir sebentar - apakah hukumnya mereka yang memberi rasuah (kerajaan) dan menerima rasuah (rakyat) berdosa atau tidak ?  


Sekiranya kerajaan “the devil you know “ini ikhlas untuk mengurangkan beban rakyat sepatutnya 50 tahun yang lalu telah mengekalkan tradisi memberi wang  tunai kepada rakyat selama 50 kali atau sekurang-kurangnya 12 kali -12kali piiharaya berlalu.


Kesombongan memenangi pilihanraya secara mudah sebelum ini, diragut oleh rakyat Malaysia semasa pilihanraya ke 12, yang mempunyai kesedaran baru tanggungjawab memilih calon dan memilih parti. Sebelas kali pilihanraya rakyat telah disogokkan oleh parti yang memerintah dengan wakil rakyat yang kerjanya “sembahyang mencari akal,rukuk mencari kira-kira “ dan menjadikan rakyat “seperti tepung dengan pengadun”.


Rakyat Malaysia wajib memilih kerajaan dengan ilmu berpoitik dan matang kerana usia kita merdeka lebih 55 tahun, yang sekiranya seusia manusia seperti ini telah lebih dewasa serta telah banyak ilmu,dan pengalaman diterima.Tidak usah fikiran minda kita dijumudkan oleh manusia lain dengan nada-nada yang beransur sumbing, serta hidangan  makanan yang serupa sepanjang hari.


Pengundi Malaysia bukan budak-budak lagi hanya cukup diberi gula-gula, dan makanan sebagai penutup mulut, agar tertidur supaya ibu-ibu dan bapa senang bergerak melaksanakan tugas.Pengundi-pengundi hari ini sentiasa berfikiran lebih jauh dari hidup senang untuk cari makan sendiri  “kepada hidup memberi orang lain makan”.Setiap individu hidup berperanan sebagai kalifah dibumi Allah mesti diteruskan, yang menjerus kepada kebaikan didunia dan kebaikan di akhirat, bukan hidup sekadar cukup untuk perolehi makanan sepanjang usia.


Lebih teruk lagi kiranya ada dikalangan pengundi jika masih lagi sepanjang hari berfikir,” apa yang kita hendak makan hari ini” sedangkan calon politik yang telah di undinya dan terpiih sebagai wakil rakyat menjadi menteri atau perdana menteri siapa yang hendak kita makan hari ini”.