Anak kecil main api. Terbakar hatinya yang sepi. Air mata darah bercampur keringat. Bumi dipijak milik orang.Nenek moyang kaya-raya Tergadai seluruh harta benda. Akibat sengketa sesamalah kita. Cinta lenyap di arus zaman.Indahnya bumi kita ini. Warisan berkurun lamanya. Hasil mengalir ke tangan yang lain. Peribumi merintih sendiri.Masa depan sungguh kelam. Kan lenyap peristiwa semalam. Tertutuplah hati terkunci mati. Maruah peribadi dah hilang. Kini kita cuma tinggal kuasa. Yang akan menentukan bangsa. Bersatulah hati bersama berbakti. Pulih kembali harga diri.

Sunday, August 26, 2012

mungkin idea gila dan mustahil



SmileyCentral.com
SmileyCentral.com 


Perpaduan
Parti Politik UMNO dan parti politik PAS tidak boleh bersatu.Namunnnn!.....

Hanya ahli kedua-kedua parti  boleh berjumpa dan berjabat tangan.Boleh melemparkan senyuman dan berpelukan seterusnya mencium pipi kiri-kanan antara mereka.

UMNO  telah berjaya mendabik dada selama 55 tahun dan berjaya membaca titah perintah negara selama itu dan terus ego hendak terus berkuasa ,sambil berjalan-jalan menyebut-nyebut  macam ucapan kad hariraya “ikhlas dari saya dan janji ditepati”. 

PAS merupakan parti miskin yang hanya terus tunduk memerintah negeri miskin  lebih 20 tahun.Tidak ada apa yang hendak dibanggakan.Tidak ada dalam sejarah moden orang miskin boleh berbaik dan berunding satu meja dengan mereka yang kaya, membincangkan hal perpaduan .

Perpaduan UMNO dengan  PAS tidak mendatangkan wang.UMNO layak membincangkan hal ekonomi dan bagaimana hendak mentadbir terus negara, agar berterusan menguasai ekonomi  dan kekayaan.
Mana mungkin ahli UMNO yang seperti ini memujuk dan berdamping rapat dengan orang PAS yang miskin  dengan berkata”ikhlas saya menderma sedikit harta saya”. Sejarah perkembangan agama islam pun kebanyakan orang miskin terus setia bersama agama Allah ini.

PAS parti miskin hanya sanggup berbicara berkaitan menjaga agamanya.Partinya sentiasa memikirkan bagaimana keadaan di akhirat sekiranya tidak dapat menegakkan hukum Allah secara serius.Tidak hanya sekadar menyatakan seimbas lalu  menyokong islam dalam perlembagaan parti. PAS bercita-cita menjadikan rakyat setiap saat hidupnya kerana Allah dan bukan parti bermatlamat kemajuan duniawi sehingga  tahun 2020.

PAS,tidak menggalakkan ahlinya memikirkan keuntungan dunia ,sehingga sanggup dari seorang ustazah menjadi ratu. Juga tidak menyimpan ahli yang mengkhianati kawan kerana di beri jawatan.

Tidak ada rekod  ahli PAS yang mempunyai  rumah,kondominiam,perniagaan yang asset beratus atau beribu juta ringgit. Ahli-ahlinya terdiri  mereka yang kecewa dengan keadaan yang tidak menguntungkan jiwa dan perasaan kepuasan hidup di akhirat. Ahli PAS sentiasa dalam keadaan serbasalah selagi tidak tertunai perintah Allah mengikut Al-Quran.

Tidak dapat dijalin persepakatan dengan perbezaan  idealogi  yang sungguh  berbeza .PAS beridealogikan Islam dan akhirat, manakala UMNO beridealogikan ekonomi dan kekayaan dunia.
Peristiwa 13 mei 1969 ,UMNO banyak kehilangan kerusi di parliman  -menjadikan ayam yang bersuara riuh terpaksa meniru suara itik nila demi  persahabatan .

Musim PRU13 ini peristiwa tersebut hendak diulang oleh UMNO.Lebam sepak terajang UMNO masih belum pulih lagi, walaupun telah lebih 34 tahun peristiwa itu berlaku.

Perpaduan boleh terjalin dengan menjadikan kepimpinan UMNO hari ini bertukar kepada kepimpinan baru dari akar umbi hingga ke presiden parti  sebagaimana UMNO mula-mula ditubuhkan .Anak muda yang tidak ada rekod rasuah,jenayah serta tidak mempunyai  rangkaian perniagaan luar dan dalam negara ,kerana usaha UMNO,dibenarkan mengambil alih  kepimpinan UMNO.

Peristiwa memuntahkan / meluikkan bagaikan terkeluar  anak tekak ,segala santau yang ada dalam perut UMNO perlu dilakukan .

Sekiranya  peristiwa ini dapat dilakukan seperti peristiwa  UMNO zaman Tengku Abdul Rahman yang ahlinya dan wakil rakyatnya tidak pernah terfikir hendak mengkayakan diri ,maka PAS boleh bersatu dan duduk dibawah satu bumbung bagi melakar sejarah baru politik negara dan politik orang melayu.

Mungkin idea gila dan mustahil dilakukan
Mengganti pemimpin UMNO yang ada dengan pemimpin muda yang “fresh” memerlukan pengorbanan. Mereka  yang berfikiran positif dan tidak ada kepentingan dalam parti dan luar parti akan menerima ini sebagai satu cabaran. Cabaran ini hanya menguntungkan orang melayu dan negara di masa hadapan.

Kepimpinan UMNO yang ada hari ini ibarat kereta bukan hanya setakat “overhaul” malahan ganti dengan kereta yang baru kerana harga membeli alatganti lebih mahal dari harga kereta baru.
Kepimpinan UMNO yang ada ini sama ada peringkat cawangan ,bahagian ,negeri dan negara telah banyak dan dipenuhi kurap-kurap dan kudis ingin kemewahan didunia yang sanggup melakukan apa sahaja untuk mencapai ,serta melayan naluri hidup dunia.Sudah jauh tersasar untuk akhirat dan negara. 

Cuba kita muhasabah diri segala aktiviti ahli untuk mencapai satu cita-cita tersebut.

Kepimpinan baru UMNO, yang tidak terdapat seorang pun dikalangan ayam jantan, yang sentiasa berkokok hari ini, akan menyegarkan perpaduan melayu.Perpaduan melayu baru antara PAS dan UMNO akan menjadikan orang melayu tidak mengharapkan simpati undi dari bangsa lain untuk membentuk kerajaan.Keadaan ini menjadikan bangsa lain tidak berani mencabar bangsa melayu,perlembagaan dan islam. Kita biarkan mereka menjadi rangkaian pembangkang di parliman.

Tuesday, August 21, 2012

Mahathir masih belum "surrender"







Mahathir masih tidak mahu surrender  mengangkat kedua-dua tangannya  keatas sehingga nampak ketiak, ,sama ada tidak mahu bercakap hal politik,mengaku kesalahan dirinya atau kesal kerana beberapa kesilapan yang dilakukannya semasa mentadbir negara. Dia mengangkat tangan hanya setakat bahu yang dikira boleh melawan lagi kiranya berlaku emergency untuk mempertahankan diri.

Masih menyalahkan orang lain, terutama Anwar Ibrahim,menyebabkan malapetaka perpaduan menyerang orang melayu dalam UMNO. Juga masih menganggap UMNO itu melayu dan melayu itu UMNO. Berpecah UMNO maka berpecahlah melayu.

Dia lupa jiran UMNO, iaitu PAS juga, terdiri orang melayu dan umat seagama telah hilang perpaduan antara kedua-dua parti tersebut.Oleh kerana terus memikirkan perpaduan dalam UMNO.Usaha perpaduan keseluruhan umat melayu Malaysia tidak ada ikhtiar semasa pentadbirannya .Dia tidak mengaku bahawa dia bapa perpecahan melayu dan UMNO.

Bukan sahaja memperkecilkan dan memperlekehkan cita-cita Anwar Ibrahim,tetapi sebelum ini, Musa Hitam,Tengku Razaleigh, dan Gaffar Baba untuk menjadi Perdana Menteri mengakibatkan hancurnya perpaduan UMNO,kerana sikapnya untuk menjaga rekod perdana Menteri paling lama berkuasa. Walhal seandainya krisis 1998  itu ,Mahathir mengambil sikap menyerahkan kuasa secara baik, seperti menyerah kuasa sementara kepada Abdullah Badawi, sudah pasti perpaduan tidak kelamkabut seperti apa yang berlaku hari ini.

Sekiranya dia berfikir untuk perpaduan UMNO dan melayu ,dari tahun 1987 lagi Mahathir telah menyerahkan kuasa kepada orang lain.Dia telah berkuasa selama 7 tahun ketika itu dan telah berlaku penubuhan parti serpihan yang  juga akibat adanya bercita-cita seperti Anwar Ibrahim.

Bagitu juga semasa dia mengaibkan Abdullah Badawi menjadi perdana menteri dengan menunjukkan "juk-juk pai merajuk tak sampai “kebencian sehingga sanggup apply keluar UMNO.Keadaan ini juga menyumbang kepada perpecahan melayu.

Gila kuasa Mahathir tidak dapat dihalang kerana dia ada kuasa dan orang melayu demi menjaga kesetiaan, terpaksa akur perintah dengan ideanya.Ideanya yang mencarik-carik sistem kehakiman dan raja-raja melayu sudah tentu menjauhkan  perpaduan melayu.Melayu dengan raja dan Melayu dengan politik. Mahathir bernasib baik, belum ada idea-idea baru merampas kuasa secara demokrasi atau cara kekerasan.
Dengan adanya idea yang di ketua oleh Anwar ,satu alternatif lain gabungan parti politik seperti Barisan Nasional di wujudkan.Perpaduan parti politik ini telah membimbangkan Mahathir kerana dikhuatiri,akan berjaya  mengambil alih pentadbiran negara selepas PRU 13.

Kebimbangan ini menjadikan Mahathir terus mengelamun apa akan jadi pada dirinya kiranya pelbagai kesalahan tersembunyi yang dilakukannya akan terbongkar.Sehingga ini rakyat terbanyak hanya tahu kebaikan yang dilakukan oleh Mahathir.

Ketika ini dia masih lagi berkuasa walaupun orang tidak nampak kuasanya kerana terbukti dengan ugutan keluar dari UMNO kerana bencikan Abdullah Badawi .Apabila berlaku perpindah kuasa negara pada Najib –dia kembali kepada UMNO bukankah keadaan ini merupakan satu ugutan dan menunjukan dia masih berkuasa.

Perpaduan orang UMNO tergugat entah kali keberapa semasa Abdullah Badawi menyerahkan kuasa kepada Najib kerana Mahathir. Masih menyalahkan orang lain longgarnya perpaduan UMNO.Lupa dan sengaja melupakan punca utama adalah bermula dari kepalanya sendiri.

Setakat ini tidak pernah kita mendengar lagi Mahathir menentang apa yang Najib lakukan.Ini merupakan pengesahan terhadap kepimpinan Najib dan kuasa  ummmmp !!!restu Mahathir. Mahathir sentiasa menerima jemputan Najib berkaitan urusan pentadbiran negara. Sungguh berlainan dengan saat-saat akhir-akhir pentadbiran Abdullah Badawi. Sehingga satu ketika di lihat melalui tv Abdullah Badawi menghulurkan tangan pun, Mahathir tidak menyambutnya.


Thursday, August 16, 2012

Menanti Fatwa






Rakyat sedang   menunggu fatwa dari Majlis Fatwa Kebangsaan berkaitan orang-orang melayu islam untuk  berbuat baik,berkawan, berpolitik dan seterusnya mengundi orang kafir ,semasa pilihanraya terutama pilihanraya ke13 ini.

Sudah hampirnya pilihanraya ini, peranan wartawan dan media terutama media kepunyaan kerajaan telah berusaha mendapatkan pandangan yang dianggap fatwa berkaitan menguntungkan sebelah pihak yang sedang berkuasa.
Fatwa terbaru dari surat khabar UMNO,bahawa telah berkumandang di udara.dikaca tv ,di kedai-kedai kopi dan dipentas-pentas politik dalam masjid.Menggunakan Ustaz-ustaz,dan mereka yang  tidak tinggal serban, mengeluarkan kenyataan  apa yang dibuat oleh pihak pembangkang adalah salah .Mungkin ini usaha terakhir sebagai peranan akhbar untuk mengekalkan kuasa tuannya.

Ulama agama setakat ini masih lagi merupakan manusia dipercayai serta dihormati oleh orang melayu, terutama mereka di kampung-kampung tradisional, peneroka rancangan Felda yang bergantung maklumat kepada media kerajaan.

Sebelum inidan serta berapa ramai lagi menjadi mangsa akhbar ini demi mencapai cita-cita taukehnya untuk terus menguasai putrajaya.

Hari ini rakyat Negara ini sedang menunggu fatwa dari mereka yang di amanahkan mengeluarkan fatwa sama ada halal atau haram, bagi orang islam di Malaysia bersekongkol dengan orang kafir DAP. Cina MCA, semua manusia malaysia, sudah tahu selama 55 tahun masih halal.

Suatu masa dulu rakyat telah di peringatkan oleh majlis fatwa yang terdiri mereka yang cendikiawan agama dan professional  dalam ilmu Allah itu, bahawa perhimpunan Bersih 3 adalah haram.

Sekiranya benar sokong atau berpimpin tangan dengan DAP haram ,maka diserulah semua rakyat supaya hanya menyokong satu parti cina iaitu parti MCA.
Kita orang melayu islam ini bersepakatlah mengundi  satu parti orang cina sahaja.Tindakan mengharamkan secara rasmi parti  tersebut perlu dilaksanakan.

Apa yang mendukacitakan kita sekarang ini semua ialah orang fatwa dan  media nya masih membisu berkaitan haram atau tidaknya satu poghak dengan DAP.

Ustaz-ustaz di sebelah sini dan ustaz-ustaz yang kadang-kadang sebelah sana,kadang-kadang sebelah sini, telah menjerit mengatakan " jangan terlalu pantas mengatakan atau menghukum sesuatu perkara itu harammmmm!!!",menggunakan ilmu apabila memberi kenyataan.

Terlalu menyedihkan kenyataan ustaz-ustaz yang duduk atas pagar dan  ustaz -ustaz  
sebelah sini, "sebinjek" pun cakapnya tidak mendapat ruang dalam akhbar ini