Anak kecil main api. Terbakar hatinya yang sepi. Air mata darah bercampur keringat. Bumi dipijak milik orang.Nenek moyang kaya-raya Tergadai seluruh harta benda. Akibat sengketa sesamalah kita. Cinta lenyap di arus zaman.Indahnya bumi kita ini. Warisan berkurun lamanya. Hasil mengalir ke tangan yang lain. Peribumi merintih sendiri.Masa depan sungguh kelam. Kan lenyap peristiwa semalam. Tertutuplah hati terkunci mati. Maruah peribadi dah hilang. Kini kita cuma tinggal kuasa. Yang akan menentukan bangsa. Bersatulah hati bersama berbakti. Pulih kembali harga diri.

Friday, July 27, 2012

mengesahkan orang bangang sebagai profesional

SmileyCentral.com

Alangkah bahagianya mereka yang hanya mempunyai pendidikan setakat Tahun 6 sekolah rendah, kerana tidak ada yang menawarkan dan membeli sijil Tahun 6 palsu.

Alangkah gilanya 525 orang yang bangang,hendak pandaikan diri,dengan membeli sijil ijazah,sarjana dan PHD palsu, sambil menorih getah di kampung lepas itu pada satu tarikh tertentu pergi ke hotel ambil ijazah dan bercita-cita menipu orang ramai dengan ijazah palsu.Orang lain bersekang-mata menyediakan tesis,kajian/penyelidikan dan pelbagai kertas kerja- mereka hanya hulur duit jual lantun sebanyak RM10500.00.

Betapa celakanya manusia yang lahirnya bijak pandai tetapi menyediakan syarikat khidmat menipu,untuk menipu pelanggan-pelanggan yang juga ingin menipu orang lain dengan ijazahnya.

Rupanya sudah ramai dalam negara ini Tan Sri,dan ahli politik yang dulunya bungko kemudian bercita-cita tinggi untuk menipu orang ramai dan rakyat dengan mengaku seorang intelek serta orang profesional.Profesional kunun !.Profesional RM10500.00.Apa agaknya kita hendak letak title orang ini.

Bukan bertujuan kita memasyhurkan semua Tan Sri dan ahli politik dan mereka yang memiliki ijazah seorang penipu dengan memiliki ijazah palsu,tetapi apabila Kejayaan polis menumpaskan sindiket penjualan sijil palsu bernilai lebih RM5 juta, kononnya daripada lima universiti luar negara, turut mendedahkan pembelinya terdiri daripada kalangan ahli politik dan individu bergelar Tan Sri maka keyakinan kita terhadap golongan yang mendabik dada seorang profesional menurun dari 100% kepada 30% hingga 40%.

Perkara seperti ini telah lama kedengaran berlaku,mungkin disepikan untuk pengetahuan umum.Tetapi hari ini hati saya lebih tersentak kerana jumlah yang dikesan dan diumumkan polis terlalu ramai.Zaman dunia internet tiada sempadan ini tentu bilangan yang memiliki sijil palsu ini lebih banyak dan melambak-lambak dalam negara kita.

Timbul persoalan dalam bidang pekerjaan,sektor awam dan swasta hari ini telah ramai orang yang bukannya profesional yang memegang jawatan profesional kerana mengaku profesional.Bagitu juga orang politik dan Tan Sri yang rakyat yakin dia seorang profesional serta memberi kepercayaan kerana ilmunya telah tertipu dengan aktiviti sialan ini.

Kerugian kepada negara, kerana adanya mereka seperti ini.Mereka ditempatkan dalam pelbagai sektor yang bukan berdasarkan ilmunya yang sebenar.Tidak dapat melahirkan innovation pengeluaran negara.

Barangkali kemerosotan rangking universiti-universiti di Malaysia berkemungkinan akibat sipenipu sijil ini.Lebih malang lagi kiranya terdapat diantara mereka yang seramai 525 orang berada dalam krew tenaga akademik.

Si penipu ini, diharap pehak yang mempelawa pekerjaan dan rakyat di mestikan berhati-hati memilih atau melebelkan mereka profesional,graduan atau sarjana dan percayalah tidak semestinya senyum itu melambangkan niatnya baik.

Kerajaan sebaiknya membuat semakan semula sijil akademik perlantikan kakitangan awam menteri atau wakil-wakil rakyat samada mereka ini memiliki sijil palsu.Kiranya benar didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

Thursday, July 26, 2012

Tema merdeka undilah BN lagi



Sudah 59 tahun saya hidup iaitu sebaya dengan Najib –Perdana Menteri Malaysia, dari tahun 1970 hingga tahun 2011 tema hari kemerdekaan berubah-berubah dan tidak ada bangkangan atau kritikan dari mana-mana pehak  kecuali tema pada tahun 1996” Budaya Penentu Kecapaian”.iaitu kritikan dari ahli bahasa berkaitan pemilihan perkataan“Kecapaian”bukan “Pencapaian”.

 

Hari ini menjelang pilihanraya yang ke 13,dan merdeka ke 55, kerajaan telah memilih “janji ditepati”yang menurut kata Ketua Penerangan UMNO tema tersebut baik untuk semua manusia.

 

Semua manusia faham bahawa tepati janji merupakan perkara baik,tetapi apa yang dipersoalkan ialah tentang tema tersebut ada maksud yang tersirat selaian dari perkara baik sesama manusia,ialah kononnya hanya kerajaan yang ada sekarang menepati janji.Menepati janji lawannya adalah” memungkirri janji”. Siapa yang memungkiri janji. Yang pasti bukan kerajaan BN. Itulah diantara tujuan tema tersebut. 

 

Rakyat Malaysia telah dimaklumkan oleh Najib dalam kempen pilihanrayanya undilah Barisan Nasional yang telah dijaja  ke seluruh Negara, dengan mencanangkan perjumpaan “janji ditepati”.Apakah hanya kerajaan yang ada sekarang yang memenuhi janji.Mungkin ada kerajaan lain sebelum ini atau kerajaan yang akan datang tidak memenuhi janji maka rakyat jangan mengundinya.

 

Kita tahu kerajaan yang ada hari ini berkemungkinan memberitahu kerajaan negeri yang ditadbir oleh parti pembangkang tidak menepati janji.Kerajaan-kerajaan negeri dibawah pembangkang bukan tidak memenuhi janji tetapi janji yang ditunaikan disekat untuk di paparkan dalam media.Sikap buruk media Malaysia terhadap pembangkang semua orang sudah tahu,kebaikan masuk poket,keburukannya di paparkan ke dada,sebaliknya baik kerajaan di paparkan di dada,keburukan disimpan poket.

 

Apa yang perlu ialah kita tanya rakyat dinegeri itu sendiri apakah kerajaannya menepati janji,atau tidak.. Jangan sesekali kita tanya rakyat negeri tersebut yang pro parti yang menjadi pembangkang di negeri berkenaan.

Apa yang dipertikaikan oleh pembangkang,yang bercita-cita menjadi kerajaan selepas pilihanraya ke 13, adalah sikap kerajaan semasa terus berkempen dengan tujuan mengungkit-ungkit apa yang dilakukan kepada rakyat.Kerajaan mengambil kesempatan terus berkempen disaat akhir menjelang pilihanraya dengan menggunakan sumber kewangan menyambut hari merdeka.

 

Tema tersebut terlalu khas ditujukan kepada kerajaan yang telah memerintah selama 55 tahun, dan terlalu umum untuk rakyat negara ini.Kita tahu kerajaan terdesak ingin mempertahankan Putrajaya kerana situasi suara rakyat terbanyak menyatakan kerajaan yang sedia ada akan tumbang dalam pertarungan PRU13.

 

Maka setiap hari ,setiap saat, setiap sumber yang ada telah digunakan oleh kerajaan bagi menjalankan kempen undilah Barisan Nasional kerana hanya BN yang menepati janji.Kempen tersebut sama ada secara terang-terang atau simbolik.

 

Tidak menjadi kehairanan kerajaan menggunakan tema”janji ditepati” bagi maksud mengkelabukan mata rakyat yang telah cerah pendirian.Pehak pembangkang sekarang tidak usah perdulikan gelagat kerajaan akhir-akhir ini.Kita berharap tema dipilih untuk merdeka 2012 akan menjadi pilihan tema terakhir kerajaan BN. Rakyat memahami putar belit tema tersebut.

Tuesday, July 24, 2012

Dari haram jadah ke muka tak malu terus ke hati busuk






Diberitakan –semasa najib merasmikan penyampaian durian runtuh fasa 2 di kawasan parliman pekan, di Dewan Umno Pekan,menuduh mereka yang menentang penyenaraian saham Felda Global Ventures Holding Bhd (FGVH) di Bursa Malaysia, disifatkan sebagai busuk hati.

Bagitulah bahasa marah  Najib yang tidak setuju dengan orang yang menentang idea bersama dengan Isa Samad itu.Sebelum ini melebelkan penentangnya haram jadah dan muka takmalu.

Tidak sepatutnya Najib menyediakan rubber stamp khas perkataan-perkataan tersebut kerana mereka yang menentang merupakan warganegara Malaysia yang mempunyai pelbagai karenah dan merupakan satu rahmat kerana ada yang pro dan kontra apa yang dilakukannya.

Dia bernasib baik dilantik sebagai Perdana Menteri yang rakyat anggap sebagai bapa dalam keluarga.Bapa terpaksa melayan perangai anak-anak dan tetap memberi wang,makanan dan nasihat walaupun ada diantara anaknya itu terlalu banyak objection. Seorang bapa yang baik dan beriman tidak sewajarnya menyumpah seranah kiranya ada anaknya bersikap nakal.

Apakah? anak yang begar itu tidak diberi makan dirumah atau tidak dipedulikan persekolahannya atau kita halau dari rumah .Kemudian kiranya dia masih berdegil, kita beri dia makan dan wang tetapi di tengking atau cakapkan anak kita “ kau haram jadah !..muka takmalu!..chis busuk hati?. Inikah akhlak seorang bapa yang baik. Bapa sebagai pemimpin. Pemimpin yang baik sayang kepada rakyatnya. Kalau tidak,  hari-hari  jangan melaungkan melalui media rakyat didahulukan.

Tidak ada orang yang siuman menentang perkara baik dilakukan untuk orang lain. Tuduhan Najib ini “busuk hati  kerana tidak suka melihat kerajaan membantu meningkatkan kehidupan rakyat”. “ini adalah hal yang baik dan untuk kebaikan rakyat,”ialah satu tuduhan politik.

Manusia tidak sama parasnya .Tidak sama kehendaknya,.Tidak sama ideanya dan tidak sama fahamannya.Diantara perbezaan ini tentunya berlainan dengan hasrat Najib.Najib menganggap penyenaraian FGVH ke Bursa Malaysia menguntungkan peneroka dan ada rakyat menganggap sebaliknya.

Ada diantara mereka tidak bersetuju dengan niat Najib itu kerana dikhuatiri untung sebelanga ruginya sekawah,sesal dahulu menepuk dahi, sesal kemudian membunuh diri. Itulah diantara sebab yang ada dalam fikiran mereka.

Dibenak kepala mereka bahawa masyarakat peneroka akan bersambung-sambung mewarisi tanah dan ladang hingga kiamat. Generasi Najib sebagai pemimpin hanya bertahan,5, 10 atau 15 tahun atau lebih lama sikit ,22 tahun macam generasi Mahathir. Generasi Najib hanya meninggalkan nama yang tidak akan dapat berbuat apa-apa apabila bila kain putih sudah di hitamkan,bontot kuali sudah terbakar hangus.

Sebagai contoh hari ini, yang mana dasar-dasar yang dilakukan oleh Najib dengan melantik di kalangan ahli politik masuk campur urus tadbir Felda maka telah banyak kita dengar Felda disaman,warga peneroka tidak menghormati pengurusan Felda, pentadbiran Felda sentisa tidak betul, dengan mencabar mereka di mahkamah.

Carta organisasi Felda telah di koyak-rabak  oleh  makhlok  politik yang ada kepentingan diri . Sebelum ini ketenangan Warga Felda dikagumi oleh semua pehak.

Di khuatiri warga Felda atau peneroka yang entah berapa generasi akan datang bukan sahaja menanggung kesan kerugian ekonomi dengan memunahkan institusi  sosial yang digilap oleh Najib dan Isa Samad tetapi telah kehilangan peluang generasi ke 2,,ke3 atau generasi seterusnya memiliki tanah kerana Felda Plantation telah dipajakan. 

Mereka yang menentang dan mempertahankan pendapatnya telah  menggunakan saluran undang-undang yang ada.

Najib sebagai Perdana Menteri tidak menggunakan atau memerlukan sebarang saluran untuk menyenaraikan FGVH kerana dia boleh melakukan apa sahaja kerana dia ada kuasa seorang eksekutif. Kita lihat sendiri FGVH tetap disenaraikan walaupun ada diantara mereka satu kapal dengannya menentang tidakan Najib.

Bagitu juga tindakan eksekutif Malaysia ini dengan melantik master mind, bagaimana mencari wang untuk dana pilhanraya iaitu Isa Samad dengan idea penyenaraian FGVH yang perlantikannya dipertikaikan  oleh umat Malaysia tetapi Najib tetap meneruskan hasratnya.

Saturday, July 21, 2012

identiti ramadhan di malaysia




Hari ini sabtu 21 julai 2012 rakyat beragama islam Malaysia akan merayakan bulan ramadhan al-mubarak tahun 1433 hijrah. Mereka merayakan sama ada sebagai ibadat atau sebagai adat.

SEBAHAGIAN rakyat melayu islam di sini akan menjadikan sebagai adat menyambut puasa yang hanya kerana bulan tersebut hadir sama ada suka atau tidak dan seronok membeli-belah juadah berbuka di bazaar  yang banyak pilihan kueh –mueh, atau membeli belah pakaian dan keperluan hari raya terutama di hari-hari terakhir ramadhan di kompleks beli-belah.

Kedatangan ramadhan bagi mereka akan timbul dialog-dialog seperti ini “hari ini kita last makan siang “,esok dah puasa”. Mereka melupakan makan siang di berikan Allah , ada selama sebelas bulan.

SEBAHAGIAN rakyat islam Malaysia, menjadikan ramadhan bulan taubat yang ketika ini memenuhi ruang masjid  bersolat 5 waktu dan terawih sebelah malam dan berzikir serta bermunajat,sedekah dan mengerjakan pelbagai keperluan ihya ramadhan. Mereka yang tua bongkok 90 ‘ aligment kaki dan chasis badan sudah berubah, akan berusah datang melangkah ke masjid atau ke surau-surau. Alhamdullilah masih ada hidayah dari Allah.

Mereka ini tahu nikmat bulan ramadhan yang dianugerah Allah pahala ibadah berlipat kali ganda.Pintu syurga di buka dan pintu neraka ditutup.Ibadah sunat pahalanya bagaikan wajib.Sentiasa menunggu kedatangan Lailatulqadar yang dijanjikan nikmat figure tahunan pahala ibadah yang tidak mungkin tercapai oleh manusia biasa rakyat melayu Malaysia.

Golongan ini menjadikan mengisi ibadat dalam bulan puasa sebagai kemestian atau utama, tidak menjadikan beribadat dibulan ramadhan kerana mengisi masa lapang ,sementara menunggu berbuka atau bersahor.

Ada juga yang menguzurkan diri hanya sempat puasa seminggu atau dua minggu. Tanpa uzur diredai Allah,dengan berniat tidak meneruskan puasa .Mereka telah mengunjungi kedai-kedai makan waktu siang dengan  masuk ke dalam kedai mengikut pintu rahsia demi mengisi perut semahunya.

Peniaga-peniaga jual makanan mengambil kesempatan menjual makanan bergerak ke dalam ladang-ladang, dengan menyediakan kemudahan mereka yang tidak berpuasa, nasi ,kueh dan minuman untuk dibungkus.Kesimpulannya amat mudah bagi mereka yang tidak berpuasa melayan nafsu makannya.Diladang-ladang FELDA, terlalu banyak berlaku seperti ini.

Kemudian mereka meneruskan tradisi semasa tidak puasa, dengan mengunjungi kedai-kedai nombor ekor membeli nombor ramalan 4 digit atau pelbagai  judi nombor  yang lain.Pagi-pagi mendapat akhbar yang memaparkan nombor nasib,sambil  berbincang 5 atau 6 orang yang ada diantaranya menggelengkan kepala dan ketawa terbahak-bahak.Astaghfirullah menjadikan pagi itu tadarus akhbar beramai-ramai.

Kiranya ada kesulitan aktiviti yang dilakukan, akibat pegawai penguatkuasa atau malu di lihat orang islam lain, maka mereka  akan menghubungi taukeh ekor haram Khidmat taukeh tersebut sampai ke rumah atau ke tempat janji temu yang dicadangkan. Astaghfirullah doakan mereka ini supaya sempat bertaubat.

Yang pasti kebiasaan di negara ini umat melayu islam kehadiran  beribadat dalam bulan ramadhan ibarat mendaki bukit dan menurun lurah,awal meningkat ,akhir menurun.

Monday, July 16, 2012

Tahniah! artis melayu islam



 

trend artis kini yang semakin ramai mula menyertai arena politik tanah air berkonsepkan islam dan berubah cara hidup kearah berpakaian  lebih  islamik. Semoga mereka ini terus berkekalan

Tidak usah lagi hari ini kita mendengar dan melihat ada artis bertudung penuh menutup ruang lingkup leher hingga ke dada, esok atau lusa hanya tinggal jaring-jaring menutup rambut atau lebih teruk lagi mengikut wanita bertudung merah ,berbaju putih, yang berkain merah menutup rambut dengan mengeluarkan jambul .Menjadikan menutup aurat selama seminggu,sebulan atau setahun atau selama mana masih ada mod taubat. 

Jadikan menutup aurat satu budaya artis Malaysia terkini, yang membolehkan mereka mempengaruhi peminat disamping berlakon. Membudayakan pakaian ciri-ciri islam ke bidang lakonan seterusnya menjadi ikutan anak muda ke arah hidup sebagai seorang muslim .Tanggapan masyarakat filem dan drama hanya untuk berhibur boleh berubah kiranya keadaan artis ini berterusan.

Budaya artis berpakaian yang menampakkan sarung dada,dan sarung peha sewajarnya ditinggalkan terus kerana hari ini anak-anak muda kita terlalu ramai yang mengenali  isi dalam kedua-dua sarung tersebut,sehingga sanggup mencabulnya.

Oleh kerana sudah ramai artis yang telah memilih berpakaian sebagai seorang muslim maka kini sudah sampai masanya produser-produser filem terutama produser melayu islam, mengalihkan tema filem mereka dari budaya mengenal sikap hantu ,ganas dan seksi, kepada budaya yang ada unsur-unsur keislaman. 

Perubahan yang berlaku terhadap artis hari ini menjadikan seniman perlu kearah transformasi karya dari “hiburan didahulukan ,keuntungan diutamakan” kepada “hiburan diutamakan keredha’an Allah didahulukan”.
Dalam mendapat keuntungan dunia kita melabur saham di akhirat.Mengubah persepsi filem untuk hiburan kepada filem, lebih kepada kearah dakwah.Untung dunia ,untung akhirat.

Tidak guna produser mengambil kesempatan kehebatan artis yang rela berpakaian terbuka disana-sini dengan mengutip keuntungan berjuta-berjuta dan memperolehi banglow mewah hasil filem, tetapi tidak ada apa-apa sumbangan keredha’an Allah. Kesal tidak berguna usia digunakan untuk dunia .

Ketika ini kita hanya mendengar artis-artis yang mengalami perubahan diri, tetapi masih belum ada mendengar produser-produser filem kearah islamik karya .Mereka masih terpengaruh alunan filem dari luar negara dan bercita-cita menandinginya atau sekurang-kurang seakan-akan filem mereka.

 Produser dan seniman filem melayu hanya berjaya melahirkan nampak realnya kejadian-kejadian ganas dan solekan wajah yang menakutkan seekor hantu.Kedua-dua perkara ini lebih baik dari karya seniman zaman 50an dan 60an.

Tidak ada perubahan wajah karya kearah membentuk generasi beragama melainkan melahirkan mereka kearah mengkhayalkan diri  dalam kehidupan.Ubah tanggungjawab seniman melayu "hidup seni,pendapatan dan hiburan" kepada" hidup seni,dan agamanya ,transfopmasi pendapatan hiburan"