Anak kecil main api. Terbakar hatinya yang sepi. Air mata darah bercampur keringat. Bumi dipijak milik orang.Nenek moyang kaya-raya Tergadai seluruh harta benda. Akibat sengketa sesamalah kita. Cinta lenyap di arus zaman.Indahnya bumi kita ini. Warisan berkurun lamanya. Hasil mengalir ke tangan yang lain. Peribumi merintih sendiri.Masa depan sungguh kelam. Kan lenyap peristiwa semalam. Tertutuplah hati terkunci mati. Maruah peribadi dah hilang. Kini kita cuma tinggal kuasa. Yang akan menentukan bangsa. Bersatulah hati bersama berbakti. Pulih kembali harga diri.

Friday, December 23, 2011

Ragam orang politik

Adakah ahli atau pemimpin atau bekas pemimpin parti politik diluar negara tempat  orang professional belajar ,memburukkan dasar partinya,bila bersara atau tidak terpilih. Di negara ini semua orang politik yang tidak terpilih jadi calon atau tidak terpilih memegang jawatan akan terus membuak kemarahan kepada parti atau kepada orang yang mengukit kelemahannya. 


Tidak mahu mengucapkan”                                                                             dan menerima kekalahan. Dasar parti yang dipersetujui oleh ramai ahli di persoalkan dan dipersalahkan.Inilah sikap professional ahli politik Malaysia. Hendak jawatan sampai mati.Tidak terpilih marah.


Kesemua  pemimpin PAS yang yang melepaskan perasaan melalui media parti politik UMNO telah mendayung politik sudah bepuluh-puluh tahun tetapi masih bertindak  melaungkan kehebatan menyalahkan parti atau ahli lain  menguntungkan parti lawan.

Mereka telah meludahkan kahaknya di tengah –tengah orang ramai.Tidak sempat ke tepi longkang atau ke tandas.Betapa malunya sikap atau akhlak seperti ini. Mereka mengangkat diri sendiri ,betapa profesionalnya dan berilmu yang sudah tidak ada lagi universiti di dunia ini, padahal tidak ada orang yang bertanya setinggi mana ilmunya.
Besepah-sepah orang yang tidak setinggi mana ilmunya boleh mentadbir  dunia  tentu mereka ini telah membaca sejarah sebelum mencebur politik. Tidak tahulah saya kalau mereka ini belajar sekolah rendah dan menengah di Amereka  atau di UK  .

Apa yang perlu dipersoalkan ialah memburukkan parti dan isinya kepada pengetahuan media musuh.
Kiranya berkelahi sesama ahli perlu bersikap professional juga, menjaga nama parti .Tidak ada gunanya marah kepada nyamuk  kelambu menjadi mangsa.Bercakap gah seluruh dunia sayangkan parti tetapi mencari dan menjemput media politik lawan melepaskan geram.

Peluang untuk menang  dalam pemilihan pemimpin  parti atau terpilih sebagai wakil rakyat sentiasa terbuka ,3,4 atau 5 tahun sekali kenapa  manusia yang professional  ini ,mudah kecewa dan terus melempar pasir dalam kopok atau porak parti.

Ahli  kecewa menganggap parti politik yang di wakili bagai haknya atau parti keluarganya  dan mesti menerima apa yang di fikirkannya.Tidak memikirkan kesan kepada parti  politik dari apa yang diluahkan . Ahli seperti  ini mementingkan emosi sendiri ,walaupun bunyinya untuk kebaikan parti.

Tikus dalam kopok, dia akan senyap kekenyangan dan keluar dari kopok  dengan senyap tetapi berlainan dengan ayam tinggal dalam kopok yang sudah kenyang bila hendak keluar  bising seluruh dunia.Keadaan ahli parti politik seperti ini perlu menubuhkan parti politik sendiri dan ajak teman-teman yang dianggap menyokongnya. Jadilah  presiden parti  seumur hidup dan rangkalah dasar yang ada dalam otak sendiri.

Kiranya tidak jadi presiden seumur hidup besar kemungkinan 5 atau 6 tahun akan datang tidak terpilih,apakah sanggup mengkritik  parti sendiri.
Manusia politik yang menganggap dirinya profesional  ini, tidak usahlah sentiasa dalam keadaan profesional  kerana pengundi-pengundi lebih ramai tidak  profesional .Parti memerlukan penyokong dan tidak memilih taraf pengundi. Tidak guna wakil rakyat profesional  bila pilhanraya hilang wang pertaruhan.

Thursday, December 15, 2011

Hasan Ali



Surat khabar parti UMNO  Utusan Malaysia sentiasa menguji  keimanan politik Datuk Dr. Hasan Ali. Niat akhbar tersebut biarlah beralih iman politiknya kepada kerajaan atau lebih tepat lagi ialah beralih dari bendera hijau putih kepada merah putih.

Wartawan surat khabar tersebut sedang menunggu dari mulut Datuk Dr. Hasan Ali selamat tinggal PAS.Kemudian masuk dalam golongan pengkhianat parti.
Setakat ini Datuk Dr. Hasan Ali masih boleh bertahan dengan kerenah  cuit perasaan wartawan dari akhbar tersebut.Lagaknya Hasan Ali toleh kiri ,wartawan tersebut duduk sebelah kiri ,bagitu juga Hasan Ali kekanan ia mengadap Hasan sebelah kanan.

Sekarang ini wartawan akhbar UMNO ini telah menjadi batu api dengan pelbagai  pertanyaan seboleh-bolehnya ,supaya Hasan Ali tersasar cakap. Juga menjadi batu api agar Hasan Ali tidak sehaluan dengan pemimpin serta dasar parti. 

Saya rasa dari hari ini ,Datuk Dr. Hasan Ali akan dijadikan pelakon popular oleh akhbar ini sehingga pilhanraya ke 13 atau sehingga Hasan Ali memberi kenyataan “KELUAR”….
Terkeluar sahaja perkataan  KELUAR….dari  Datuk Dr. Hasan Ali maka senyumlah iblis yang mewakilkan wartawan  kerana berjaya menjadikan Datuk Dr. Hasan Ali murtad parti.

Saya sentiasa mendoakan agar Datuk Dr. Hasan Ali sentiasa teguh pegangan politik dan perjuangannya dan tidak mudah melompat-lompat macam katak . Jadikanlah ilmu yang ada sebagai seorang professional dan berjuanglah dalam satu jemaah hingga akhir hayat.

Majikan akhbar Utusan Malaysia ibarat buaya yang  sentiasa mengangakan mulut,dan mengambil kesempatan, dari sikap demokrasi bersuara yang diberikan oleh PAS dan Pakatan Rakyat kepada Hasan Ali. 
Diharap Hasan Ali pertahankan pintu gol jangan bolos dari tendangan penalti  pasukan UMNO itu.
Ramai yang memandang dan menanti Datuk kemana melencongnya atau apakah akhirnya bertukar bendera atau tidak berbendera. 
Jemaah mengharapkan Datuk sentiasa bersama,biarlah berbagai racun di hembuskan ,diberi makan serta dikunyahkan, disuapkan kepada Datuk biarlah mati tetap di bawah satu bendera. 

Jangan sesekali Datuk mengambil madu yang diberi oleh sesiapa kerana madu yang diberikan  itu merupakan sako iblis politik yang apabila Datuk makan akan menjadi pengkhianat .

Monday, December 12, 2011

Ceramah memberitahu, bukan mengutuk

ceramah hari ini - tak ada elaun

Sudah, lama tidak menghadiri  siri ceramah parti pembangkang di Malaysia ini kerana keadaan masa, jarak dan malas.Malas mendengar ceramah kerana sudah berbuih mulut penceramah politik berceramah berkaitan matlamat politiknya namun orang-orang Negeri Sembilan ini masih memilih UBN. 

Tidak mahu -mahu berubah.Bagi mereka parti yang  telah memerintah lebih 54 tahun itu menjadi pilihan mereka sampai mati.

Hari ini 08hb.Disember 2011 saya menggagahkan diri selepas  solat dan majlis ilmu selepas maghrib serta  isyak, saya ke ceramah Timbalan Presiden PAS ,Tuan Haji Mohamad Sabu kira-kira 2 km dari kediaman.

Diadakan kawasan lapang persekitaran kawasan penempatan peneroka Felda .Inilah tempat yang layak bagi pembangkang menyampaikan maklumat tidak seperti parti kerajaan sekarang, ceramah mereka diadakan di balairaya atau di dewan yang kadangkala tidak dapat rakyat memebezakan balairaya duit kerajaan atau wang UMNO.
Kebiasaan ceramah pembangkang di kawasan saya ini tidak mendapat sambutan tetapi  Alhamdulilah  walaupun 3 sekatan jalan diadakan oleh pehak polis, namun hari ini sambutan menggalakkan. Saya kira ada diantaranya kelihatan bukan orang tempatan,tetapi kelihatan ada anak-anak muda–lelaki dan perempuan ,yang  tidak ada paksaan  dan ditaja atau diberi elaun, datang mendengar ceramah .Terdapat juga beberapa orang guru dan petugas KEMAS.
ceramah pembangkang dulu-dulu....
 Sebagaimana  yang disebut oleh permulaan ceramah Tuan Haji Mohamad Sabu,  bahawa di negeri ini satu masa dulu tempat dia berceramah kawasan kosong - tidak ada orang  dan nampak  tanah dan rumput  sekitar  kawasan berceramah, walaupun diadakan waktu malam.Sekarang sudah ada perubahan sudah ramai orang yang mahu mendengar.

Ceramah malam ini, bertambahlah maklumat yang saya perolehi berkaitan keadaan kepincangan pentadbiran negara,. Sebelum itu saya perolehi dari membelek-belek  laman web dan blog dalam internet .Bagi saya Mat Sabu malam itu mengesahkan matlumat  yang ada dalam minda .

Beberapa maklumat yang penting ialah berkaitan perbelanjaaan NFC(National Feedlot Centre),pertahanan negara ,dan perbelanjaan bertindih-tindih berkaitan pertanian dari tahun 2008.
Bertambah sakit hati ini apabila mendengar perbelanjaan projek  yang di serahkan kepada kroni tidak dapat disiapkan terpaksa ditambah kos pembinaannya.Semua maklumat tersebut memang ada kebenaran tetapi diluar pengetahuan orang ramai ,kerana tidak ada dalam agenda media masa untuk memaparkannya kepada rakyat,kerana prinsip 'yang baik dilaungkan yang buruk didiamkan'

Ada dikalangan yang berkunjung ke ceramah Mat Sabu itu, marah kerana menganggap segala maklumat itu mengutuk kerajaan hari ini.Mereka yang merah padam muka ,adalah dikalangan anak emas kerajaan seperti  guru-guru , anggota polis dan KEMAS.

Maklumat yang disampaikan bukan mengutuk ,tetapi adalah membuka pekong yang telah membusuk yang sukar di ubati kerana usia telah mencapai  54 tahun, yang ketika usia seperti ini, segala penyakit sukar diubati.
Apabila penyakit diumumkan kepada lebih ramai orang, maka berkemungkinan ada diantara kita boleh mengubatinya. Tidak boleh mengharapkan dukun atau doktor yang dilantik dikalangan mereka mengubat atau mencegah kerana dukun dan doctor tersebut pun berpenyakit seperti  mereka.

Dengan adanya ceramah seperti ini maka ada maklumat bertentangan dari maklumat media arus perdana parti dalam pengetahuan orang ramai, kerana maklumat yang kita tahu selama ini adalah maklumat yang indah-indah dan baik-baik, ibarat meng-iakan/memuji kebaikan mayat atau orang mati yang telah sempurna di sembahyangkan.

Juga, kita tidak boleh menunggu sehingga negara ini menjadi seperti ,Iraq,Mesir,Libya dan Syria yang telah jahanam barulah di bongkar kerakusan kerajaan memunggah wang dan hak rakyat. Bak kata Mat Sabu malam itu”Negara ini sudah bangkrap baru nak pilih kerajaan baru"