Anak kecil main api. Terbakar hatinya yang sepi. Air mata darah bercampur keringat. Bumi dipijak milik orang.Nenek moyang kaya-raya Tergadai seluruh harta benda. Akibat sengketa sesamalah kita. Cinta lenyap di arus zaman.Indahnya bumi kita ini. Warisan berkurun lamanya. Hasil mengalir ke tangan yang lain. Peribumi merintih sendiri.Masa depan sungguh kelam. Kan lenyap peristiwa semalam. Tertutuplah hati terkunci mati. Maruah peribadi dah hilang. Kini kita cuma tinggal kuasa. Yang akan menentukan bangsa. Bersatulah hati bersama berbakti. Pulih kembali harga diri.

Tuesday, November 29, 2011

TIDAK ada pemimpin tidak kaya yang ada rakyat tak kaya

pemimpin





Dr. Mahathir menasihati pemimpin-pemimpin kerajaan agar jangan sesekali menyalah guna kuasa yang diamanahkan oleh rakyat kepada mereka.

Katanya, tujuan rakyat memilih pemimpin untuk membantu mereka dengan membangunkan negara dan bukannya menjadi orang kaya.
rakyat

Pada hakikatnya apa yang disarankan oleh Dr.Mahathir sudah pun berlaku dan terus dilakukan dengan rakus bagaikan manusia lapar tidak “mentedarah” lebih 10 hari.Mereka yang hendak kaya menjadikan jawatan wakil rakyat sebagai satu kemestian. Saranan Nabi s.a.w. kekayaan berada 9/10 pada perniagaan. Di Malaysia 9/10 kekayaan berada sebagai ahli yang berhormat. Wakil rakyat juga berniaga tetapi perniagaan  yang ada cop mohor sebagai wakil rakyat bagi mengelak tapisan atau birokrasi.
Carilah wakil rakyat yang tidak ada perniagaan terutama wakil rakyat parti pemerintah – kerajaan negeri atau kerajaan persekutuan dan cari juga wakil rakyat yang tidak kaya seperti rakyat yang diwakilinya.
Alasan wakil rakyat mesti ada perniagaan kerana rakyat yang sering berkunjung ke rumah mereka sebagai tetamu memerlukan makan minum dan kadangkala wang saku. Gaji sebagai wakil rakyat tidak cukup untuk menampung kesemua itu.
Kata Dr.Mahathir itu bukan bermaksud kaya bagi tujuan wang saku serta menjamu rakyat tetapi terlalu jauh jurang antara rakyat dengan wakilnya.Pemimpin yang dipilih ini mempunyai 2 atau 3 kereta mewah dan rumah banglow yang berjuta-juta dan rumah-rumah biasa yang lain. Tanah-tanah disekitar kawasan yang dipimpinnya telah menjadi milik dirinya, keluarga dan kroni atau di urus jual kepada orang kaya yang mampu kerana harga jutaan.
Standard  rakyat yang dipimpin tidak berubah hidupnya hanya cukup makan, pakai dan rumah  kecil untuk meneruskan hidup sedangkan kemewahan dimiliki wakilnya tidak ada angka untuk digandakan. Kata orang hidup macam haiwan peliharaan tidak lebih hanya diberi cukup makan,cuma makanan yang dicari senang diperolehi tidak seperti Somolia atau beberapa negara benua Afrika. Itulah perbezaan yang di banding-bandingkan.
Dialog ini mengingat kita sikap berlumba-berlumba pemimpin yang dipilih dalam konteks negara Malaysia bagitu juga pemimpin dunia-”jangan pandang hamba tidak ada mata,hamba lebih kaya dari Abdul Wahab dan Abdul  Wahid” harta Ismit diluar negeri ,Pakistan,Afghanistan,Turkistan, Hindustan,gohead-gostan”.Sikap mengumpul berlumba membanyakkan harta seperti kata Dr.Mahathir menjadi impian pemimpin yang dipilih.
Pemimpin,yang terpilih menjadikan ia satu platform untuk kaya maka ramai yang berebut-rebut menjadi wakil rakyat, jika tidak terpilih oleh parti menjadi wakil rakyat akan  berebut pula menjadi pengkhianat parti.
Impian menjadi kaya seseorang pemimpim itu boleh juga berlaku ,dengan mengkhianat parti sekiranya apa yang dijanjikan sumber kewangan tidak dapat disumbangkan oleh parti. Kesetiaan pemimpin yang dipilih akan tergugat dan berubah bila kekayaan tidak tertunai.
Memperkaya diri yang sedang dilakukan oleh pemimpin yang dipilih tidak akan berubah sehingga akhirat selagi seruan ini tidak terpakai “Mereka sukakan penghidupan lalu melupakan mati, mereka sukakan dunia dan melupakan akhirat, mereka sukakan harta kekayaan dan melupakan hari perhitungan, mereka sukakan rumah besar dan melupakan kubur, mereka sukakan manusia dan melupakan Tuhan Penciptanya”

Walaubagaimana pun kita renungkan sebentar,diri Dr.Mahathir sebelum kita mengelamun lebih jauh lagi bagaimana pemimpin hendak menjadi kaya.,apakah Dr.Mahathir dan keluarganya serta kroni tidak kaya?.Apakah ada yang berkata dia sememang layak untuk kaya, kerana dia bersusah-payah mentadbir negara atau masih ada yang berkata "takkan bekas Perdana Menteri kita Papa kedana ,selekeh tak beringgit rumah setakat RM62,500.00 sahaja.
Tidak bolehkah  pemimpin punya rumah harga RM62500.00.Maluuu!.

Monday, November 28, 2011

Cium dulu baru dapat gula-gula atau bagi gula-gula baru dapat cium




Itulah cara orang Malaysia terutama orang melayu apabila hendak berbudi atau sesiapa yang hendak menerima budi.Bukan hanya berbudi tetapi hendak besedekah pun mesti memerlukan balasan atau habuannya selepas atau sebelumnya. Mereka yang bersedekah akan menunggu kalau-kalau diterima ganjaran. Ikhlas adalah perkara terakhir.Kata "orang berbudi kita berbahasa" perlu diganti dengan "ada budi ada balas".Berbahasa "terima kasih " tidak di terima lagi, melainkan jawapannya "terima kasih je!"

Tokoh politik negara Muhiddin Yasin dengan nada kempennya telah terbalikkan ungkapan "ada budi ada balas" kepada "ada balas ada budi". Dia mintak cium dulu baru dapat gula-gula kepada orang Kelantan atau lebih tepat lagi ialah seronok dulu baru dapat duit.

Adalah bahaya beri cium dulu baru dapat gula-gula kerana sudah dapat seronok mungkin lupa gula-gula ditangan sudah jatuh ke tanah dan kotor atau berkemungkinan Muhiddin hendak mengakalkan orang Kelantan.
Usaha hendak merebut atau memikat Cik Siti Wan Kembang yang sudah lebih 20 tahun di tinggalkan terus dilakukan oleh bekas kekasihnya.Hari ini memburuk-burukan rumah Cik Siti tidak cukup air, masih menggunakan perigi atau air paya disekitar rumahnya yang airnya kotor serta berkarat akibatnya anak-anak Cik Siti berpenyakit gigi .Katanya, suami Cik Siti miskin serta tidak ada wang untuk memasukkan air paip kerumahnya. 

Wakil bekas kekasihnya menawarkan kepada Cik Siti dan berjanji akan membekalkan air paip kerumahnya sekiranya dia sanggup bercerai dengan suami sekarang dan berkahwin dengan bekas kekasihnya itu.

Cik Siti hanya senyum melihat gelagat bekas kekasihnya menabur janji.Dia tahu perinsip orang menangkap ikan -tak dapat pancing di jala ,tak dapat dijala di tuba.

Wednesday, November 23, 2011

kajian untuk kempen


Kajian yang bermaksud menyalahkan rakyat Kelantan memilih kerajaan PAS telah dibuat oleh sebuah akhbar parti politik arus perdana negara Malaysia bahawa kanak-kanak di negeri itu telah mengalami masalah gigi akibat meminum air yang dibekalkan kotor dan tidak berkualiti.

Kajian tersebut di buat oleh wartawan profesionalnya disahkan oleh Kementerian Kesihatan, yang bermaksud lebih kurang bagini " Itulah kau orang semua, pilih kerajaan miskin, tidak pandai mentadbir... memerintah ha! tengok air yang tak cukup dan berkarat, akibat ..anak dapat gigi berkarat." rosak di gigit belalang...".Kau tengok taukeh aku memerintah seperti di Melaka, Pahang, Johor dan Negeri Sembilan tak ada masalah macam tu...!.Itu Selangor, Penang dan Kedah macam-macam masalah tibul...kau orang dengarlah nanti."

Didunia ini, khasnya Malaysia, yang bijak memerintah hanya  kerajaan   UMNO . Selain dari  itu akan lahir kerajaan bangang .Cuba kita bandingkan kerajaan sekarang dengan kerajaan Somolia,Banglades,Pakistan,Vietnam dan Komboja.Negara tersebut tidak di perintah oleh sekumpulan pemerintah dari Malaysia . Bagaimana keadaan negara tersebut.Bagitulah apa yang berlaku di Kelantan.

rakyatnya telah salah pilih lebih 20 tahun. Bekalan air yang mencukupi dan berkualiti tidak dapat disediakan. Itulah maksud kajian yang disediakan oleh sekumpulan wartawan akhbar parti yang arus perdana negara ini.Maka eloklah beralih kerajaan dipilihanraya ke 13 ini.


Semua orang tahu bahawa setiap kerajaan negeri mempunyai masalah kewangan terutama negeri-negeri di pantai timur.Punca hasil boleh nampak dengan mata dan berfikir dengan kepala sendiri,memerlukan bantuan kerajaan persekutuan,tetapi bagaimana sikap kerajaan persekutuan."mampuslah kau hai, nak ajar sikit rakyatnya". Itulah sebenarnya yang berlaku - sebagai contoh kerajaan Trengganu beberapa hari diperintah oleh PAS dinafikan hak rakyatnya menerima royalti minyak. Diberi pun royalti lebih terajang dari hulur.

Di Malysia ini kerajaan- kerajaan negeri yang diperintah selain kerajaan pusat sememangnya nasibnya bagitu. Perbezaannya seperti anaktiri zaman filem melayu tahun 50an.

Hasil Kajian Wartawan akhbar tersebut di canang untuk di ambil iktibar oleh rakyat Malaysia dan perlu berhati-hati hendak memilih kerajaan dimasa akan datang. Untungnya surat khabar yang taukehnya kerajaan yang memerintah.Semua berita,rencana dan kajian  boleh diuli, dicanai, di goreng sendiri dan diwar-warkan baunya kepada orang buta yang tidak mampu berjalan sendiri.

Harapan UMNO untuk memerintah Kelantan dimasa pilihanraya 13 tidak kesampaian sekiranya cara berkempen dengan menjalankan kajian khas bertujuan memburukkan kerajaan selain kerajaan UMNO. 

Rakyat Kelantan tahu yang mana batu atau kayu dan yang mana air atau minyak.

Wednesday, November 2, 2011

gadaffi

baik  dibalas baik
baik lawannya jahat
ada jahat dibalas jahat
ada baik dibalas jahat
jahat dibalas baik- nabi s.a.w

sedikit baik dibalas sedikit jahat
sedikit baik dibalas banyak jahat
banyak jahat dibalas lebih banyak jahat
tidak ada sedikit jahat dibalas sedikit baik


kuat lawannya lemah
tak ada lemah dibalas lemah
tapi lemah ada dibalas kuat

kuasa boleh buat apa saja
ada kuasa tidak boleh buat apa
apa yang boleh dibuat dengan kuasa
tidak boleh buat apa dengan kuasa


sehingga mana ada kuasa
kuasa sehingga mana
siapa yang berkuasa
dan yang berkuasa itu siapa
semua sudah berkuasa

adakah  kuasa  100%
kepada siapa digunakan kuasa
ada yang tidak perlu kuasa siapa