Anak kecil main api. Terbakar hatinya yang sepi. Air mata darah bercampur keringat. Bumi dipijak milik orang.Nenek moyang kaya-raya Tergadai seluruh harta benda. Akibat sengketa sesamalah kita. Cinta lenyap di arus zaman.Indahnya bumi kita ini. Warisan berkurun lamanya. Hasil mengalir ke tangan yang lain. Peribumi merintih sendiri.Masa depan sungguh kelam. Kan lenyap peristiwa semalam. Tertutuplah hati terkunci mati. Maruah peribadi dah hilang. Kini kita cuma tinggal kuasa. Yang akan menentukan bangsa. Bersatulah hati bersama berbakti. Pulih kembali harga diri.

Thursday, October 13, 2011

Bola Sepak Malaysia


Bola sepak di Malaysia Dua Puluh tahun akan datang belum tentu dapat ke Olimpik atau Piala Dunia.

Saya tetap mengatakan bagini kerana pasukkan yang dulu belasahan negara ini tidak dapat di nafikan kehebatannya. Jepun,Korea,Indonesia ,Thailand,Vietnam,Mianmar (Burma)dan Singapura kalau diibaratkan marathon dari Johor Baharu ke Sintok ,Jepun dan Korea telah sampai ke destinasi manakala Malaysia baru sampai Seremban,pasukkan Asia Tenggara telah sampai  ke Sungkai Perak.

Strategi  dan Standard permainan tidak berubah sama seperti permainan piala merdeka  zaman Ghani Manhat,DillAkhbar,Ali Bakar ,Isa Bakar dan Soh Chin An iatu piala tahun  60an, 70an dan 80an, mungkin jurulatihnya kelahiran zaman itu.

Permainan yang lansung tidak menarik minat untuk menonton di padang atau di televisyen.Pemain-pemain tidak tahu apa yang hendak dilakukan bila berada dalam padang. Apa yang mereka rancang untuk menghasilkan gol sentiasa tidak kesampaian. ‘Clearing ‘di daerah pertahanan  sentiasa tidak dapat dilakukan. Sentiasa memberi  ruang  pasukan lawan melakukan tendangan Gawang. Macam mana bermain dalam liga super Malaysia maka cara itulah pemainan yang di tunjukkan ke peringkat antarabangsa.

Intercept: memotong umpan lawan tidak dapat dilakukan oleh pasukan Malaysia. Menunggu bola datang ke riba. Aksi  solo run memang payah hendak lakukan oleh pemain. Pemain tidak ada kemahiran mungkin perkara ini tidak pentingkan. Man to man pemain negara tidak menjadi kerana pemain lawan lebih hebat menggelincik keluar .

Tugas pemain-pemain Malaysia hanya menjaga dan menghalang  pasukkan lawan jangan menjaringkan gol dalam jumlah yang terlalu banyak. Kita lihat permainan antara Malaysia dengan Jepun 2-0  dan Malaysia dengan Australia dengan jaringan gol 5-0 .Tugas pemain jangan membiarkan Jepun atau Australia menjaringkan 7,8,9,atau 10 gol.

Mengawal dan menahan bola di gelanggang  tidak ada perubahan yang mana tahan bola bukan untuk diri sendiri tetapi  untuk orang pasukkan lawan.Mati kutu bila bola direbut dengan mudah oleh pemain lawan .Pemainan yang menjemukan selama 90 minit,bola pasukkan Malaysia jarang sampai ke kotak penalti.
Tidak ada debaran menunggu jaringan gol Malaysia tetapi berdebar-debar malu takut,Malaysia dibelasah  4,5,6 dan 7 gol.

Tidak usah kita berangan-angan mengulang kejayaan ke Sukan Olimpik Munich pada 1972 dan Sukan Olimpik Moscow pada 1980.

Bajet untuk kemudahan infratruktur sukan bola sepak yang diumumkan lebih baik digunakan mencari jurulatih luar atau melatih  lebih ramai pemain  ke luar negara atau juga menghantar pegawai  FAM belajar mentadbir  pertubuhan bola sepak atau teknik memajukan bola sepak dari Korea dan Jepun.

Wednesday, October 5, 2011

"aku bukan marah...! cuma nasihatttt...




INI  NASIHAT MANUSIA YANG SUDAH BERUMUR 85 TAHUN KEPADA KUMPULAN MANUSIA YANG SUDAH BERUSIA 65 TAHUN.

penyakit yang menjadi ”duri dalam daging” iaitu mencantas atau menikam belakang dalam diri orang-orang UMNO akan terhapus.
"Dulu orang UMNO berkorban apa saja untuk parti, sanggup gadai barang kemas dan sebagainya untuk bantu parti tetapi sekarang mereka pegang jawatan sebab hendak dapat kontrak, jadi calon atau sebab tertentu.

Boleh atau tidak diguna pakai nasihat ini dari tahun 2011 hingga wawasan 2020 akan datang.Saya percaya kata-kata ini dikategorikan sebagai kenyataan yang sudah berlalu,disimpan sebagai kenangan.

Semua perkara di atas mesti berlaku bukan kepada UMNO sahaja malahan parti-parti lain dalam Malaysia ini.Mungkin dalam UMNO berlaku lebih agresif yang mana ahlinya mengambil kesempatan kerana parti yang ada kuasa mentadbir  negara ini.

”duri dalam daging” iaitu mencantas atau menikam belakang dalam UMNO   jarang kedengaran kerana  sikap ahli-ahli UMNO seperti ini dilindungi media arus perdana atau di rahsiakan demi  strategi atau kepentingan parti.Berlaian parti-parti politik lain, kepincangan menikam dan mencantas dalam parti lebih terbuka beritanya sebagai  gambaran buruknya parti lawan UMNO.

Sanggup gadai barang kemas dan sebagainya bagi membantu parti untuk hidup hanya berlaku peringkat awal penubuhannya bagi membiayai aktiviti parti .Sekarang ini sudah berkuasa,ada perjanjian……”man!....kau sanggup tak beri parti 1% dapat kontrak ni”.” Okey YB.” Orang yang memberi nasihat itu pun sudah maklum. Di luar kemampuan yuran tahunan atau yuran seumur hidup ahli bagi menampung aktiviti parti, lebih lagi di musim pilihanraya.

Naluri semua manusia berkehendakan jawatan yang menguntungkan diri sendiri  -dari kurang baik kepada yang lebih baik. Menjadi calon Yang berhormat salah satu jawatan berprestij yang dicita-citakan. Dari Yang Berhormat kepada Yang Amat Berhormat peringkat negeri dan seterusnya Yang Amat Berhormat peringkat negara.
Bagaimana agaknya orang yang memberi nasihat ini, apakah ini ikrarnya”aku hendak jadi ahli UMNO.. je..  boleh atau tidak?...kemudian ada tawaran “macam mana tahun ini tuan jadi calon DUN sini”. Apakah jawapan bagini “tak pa bagi lah si bob tu! Bagaimana pulak tawaran seperti ini "tuan dilantik presiden parti kita" apakah ini jawapannya” eh aku tak layak lagi bagilah si Mus tu!”. Apabila telah dilantik Presiden parti dua penggal “ tuan ada orang yang mencabar jawatan tuan “.Inikah jawapannya” Kita bagilah dia kerana hendak tau bagaimana kepimpinannya”.
Kebiasaannya manusia kadangkala menjadi ular sawa kenyang, menasihatkan  mangsa mudar-mandir depannya. Macam juga pokok beringin menasihati pokok kecil di kelilingnya bila puting beliung menyerang .
 Dia tidak bimbang ditiup angin kencang kerana akar banir sama besar dengan batang dan sudah banyak hantu menumpang teduh.
Berdasarkan pengalaman diri sendiri,seseorang itu akan menasihati orang lain kerana menganggap orang lain sama sepertinya.Walaupun penasihat tahu bahawa orang lain pun sama seperti dia.Nasihat tersebut hanya sebagai rutin seorang manusia kepada manusia lain.