Anak kecil main api. Terbakar hatinya yang sepi. Air mata darah bercampur keringat. Bumi dipijak milik orang.Nenek moyang kaya-raya Tergadai seluruh harta benda. Akibat sengketa sesamalah kita. Cinta lenyap di arus zaman.Indahnya bumi kita ini. Warisan berkurun lamanya. Hasil mengalir ke tangan yang lain. Peribumi merintih sendiri.Masa depan sungguh kelam. Kan lenyap peristiwa semalam. Tertutuplah hati terkunci mati. Maruah peribadi dah hilang. Kini kita cuma tinggal kuasa. Yang akan menentukan bangsa. Bersatulah hati bersama berbakti. Pulih kembali harga diri.

Friday, August 26, 2011

Alahai YB


Lidah resmi parti UMNO “Utusan Malaysia” Tidak banyak pembangunan di Kedah

Tidak banyak pembangunan di Kedah 25/08/2011 11:23am. ALOR SETAR 25 Ogos - Rakyat Kedah tidak perlu beri peluang kedua kepada pentadbiran kerajaan negeri semasa, memandangkan mereka dilihat tidak mampu melaksanakan amanah mentadbir negeri dengan baik, kata Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Datuk Ahmad Maslan.
utusan_malaysia/Terkini - 25/08/2011

Ahmad Maslan memperbodohkan rakyat kedah dengan membandingkan kehebatan orang berumur 3 tahun dengan mereka yang berumur 54 tahun.

Agaknya apa yang kanak-kanak yang baru ‘cerai tetek’(kata orang kampong sey) boleh buat dengan hadiah sebuah banglo buruk dengan orang tua yang sudah monopos yang sebelum ini telah melahirkan anak entah berapa ramai -yang dulu hanya punya rumah sebesar tandas rumah wakil rakyat,yang sekarang ini harga rumah berjuta-juta.

Saya percaya tentu rakyat kedah yang sukakan parti atau yang tidak sukakan parti Ahmad Maslan ketawa berdekah-dekah macam pelakun drama di suruh ketawa.

Bagitulah orang politik yang masih menganggap dia sahaja yang bijak berfikir. Pengundi atau rakyat semua menerima apa yang orang politik cakap, seperti rakyat tahun 60an yang tau lagu a-go-go,oh Fatimah ,serta Kisah dan Tauladan jarang yang tau lagu ‘The young ones’ atau 'After Loving You'.
Kepompong rakyat sudah jadi benang dan kain sutera serta sudah pun di buat baju isteri –isteri wakil rakyat , tetapi orang politik seperti Ahmad Maslan, kepompongnya masih tersangkut di pohon mulberry yang menganggap orang berfikir macam dia berfikir.

Kiranya Allah memanjangkan umur Ahmad Maslan 54 tahun lagi akan datang serta kerajaan Kedah sekarang masih berkuasa selama itu, barulah Ahmad Maslan boleh bekokok kuat-kuat sambil melaung mengutuk.

Wakil rakyat dengan partinya zaman ini kiranya masih berminat memenangi hati rakyat terpaksa tunjukan kehebatan berbudi ,berebut-rebut bersama membangunan negeri ,tidak kira parti pemerintah atau parti pembangkang.Rakyat tau siapa yang menghulur dan siapa yang memandang jauh sambil letak tangan kebelakang.

Bukan masanya membiarkan kerajaan negeri terkonteng-konteng memajukan negeri sedangkan kerajaan pusat tidak mahu menyumbang bagi pembangunan negeri dengan niat hendak membuktikan kerajaan yang baru dipilih tidak bertanggungjawab atau tidak pandai memerintah.

Terlalu awal Ahmad Maslan mencebik bibir iaitu baru 3 tahun sedangkan kawan-kawannya sudah memerintah telah lebih54 tahun.Jangan suntukan fikiran rakyat kiranya fikiran kita sudah suntuk.

Tuesday, August 23, 2011

malam al-qhadar







satu malam yang semua umat islam mengetahuinya.Orang biasa seperti saya ini bercita-cita menemui atau berada pada malam tersebut.

Pengisian ibadah pada malam tersebut tentunya berbeza antara orang biasa seperti saya berbanding dengan ustaz-ustaz yang mempunyai ilmu berkaitan .Orang macam saya ini bercita-cita tinggi atau nafsu keinginan mencari malam tersebut memuncak apabila mendengar di majlis ilmu betapa hebatnya pahala beribadah pada malam tersebut. Seribu bulan atau 83 tahun ganjaran beribadah, sudah pasti usia saya atau usia umat Nabi Muhamad S.A.W gagal mencapainya. Usia sudah separuh abad ini ada atau tidak dapat tempias

Hari ini sudah 23 hari bulan Ramadhan berlalu, salah satu hari bilangan ganjil yang menjadi rahsia Allah untuk umat Muhamad S.A.W mencari malam tersebut. Hati ini sudah 3 hari teruja hendak bangun qiamulail,untuk bermunajad kepada Allah tapi masih gagal.Walhal alarm handset telah menjanjikan bangun jam 3.30 pagi.

Bagitulah dugaan kepada orang biasa seperti saya yang mungkin ramai lagi orang seperti ini yang halangan berlainan atau aktiviti yang menggagalkan usaha untuk menemui

Barangkali karat iblis laknatullah yang ada pada diri orang yang seangkatan dengan saya tidak berupaya di buang walaupun sekuat mana atau selama mana sekali pun iblis di rantai.

Shoping, atau berada di kompleks beli-belah salah satu agenda yang menggagalkan niat mendekatkan diri kepada Allah.Tabiat menyediakan juadah hariraya di sepuluh malam terakhir ramadhan sudah menjadi kelaziman atau kebiasaan orang seperti saya. Sepuluh malam terakhir ini bagitu banyak jemputan berbuka puasa di tempat yang jauh dari masjid dan rumah sendiri. Ini menghalang tumpuan ibadah kerana pada majlis tersebut tidak ada kemudahan bermunajat .
Balik ke rumah sudah memakan masa serta keadaan diri dalam keletihan, bilakah saya boleh menikmati .Saya sedar kelemahan ini dan sepatutnya berusaha mendapatkan rahmat Allah ini. Apakan daya pagi ini hanya mampu solat subuh berjemaah. Jam 3.00 pagi hingga 5.30 pagi terus dibuai mimpi.


Monday, August 22, 2011

mak di hati

Omak,ibu,mak,mother,mummy namanya sebanyak bahasa manusia

Sentiasa merenung masa depan anaknya-terbaik-tercantik

Engkau tidak terkira entah berapa ramai mangsa anak

Tengkuk dipatah –kepala dipukul –perut ditikam

Terajang menyembah lantai

Hidup.

Menadah tangan ke langit –selamatkanlah…selamatkan lah

Nekat anak yang gila -namamu banyak di seri kenangan.

Omak.

Doakan putihnya lintasan hati anak ini

Mak ,di satu bulatan keluarga-berbantalkan lenganku

..berkatilkan batu aku –berlapis spring, belakang tidurmu

berlaukkan ikan bilis mentah berkuahkan kicap aku -semangkuk rendang daging untuk mu

Aku berdoa , doa sabda nabi dan rasul

Jauhkan tanggang dan malim kundang

Saturday, August 13, 2011



Minggu ini saya telah membaca dua keadaan yang telah berlaku dalam negara ini.

i). Satu keluarga melayu(islam mengikut perlembagaan) telah menerima sumber kewangan dan pelbagai bentuk bantuan daripada paderi atau gereja.
ii).Seorang ibu (melayu) tidak dipedulikan oleh anak-anaknya.

Kes Satu

Bagitulah diantara masalah yang nampaknya kecil tetapi akibatnya besar dari segi agama ,bangsa dan negara. Melayu dan agamanya dilindungi oleh perlembagaan maka ada banyak institusi yang telah diwujudkan oleh kerajaan bagi menjaga identiti bangsa ini. Dari kementerian hingga lembaga-lembaga yang tidak terkira banyaknya sehingga boleh mengumpul wang berpuluh-puluh bahkan beratus juta setiap institusi.

Kiranya pendapatan kurang dari tahun sebelumnya maka melambak-lambak iklan melalui media dan paparan di papan kenyataan,serta banner, menyarankan supaya menderma atau meminta orang melayu lebih banyak menyumbang.

Pusat zakat setiap negeri di tubuhkan berjaya mengutip ratus juta,tidak diketahui apakah tidak nampak masalah seperti yang berlaku terhadap keluarga ini.Pelbagai jenama berunsur islam seperti baitulmal tidak perihatin kes seperti ini.

Kes ini bukan berlaku kepada satu keluarga sahaja, sebaliknya mungkin ramai lagi yang tidak diketahui jumlahnya.Tidak kira sama ada di bandar atau kampung sememangnya ramai orang melayu yang merempat tidak ada pembelaan. Sekiranya pegawai-pegawai zakat ,pegawai-pegawai agama pendakwah-pendakwah mendahului tindakan paderi ,turun padang,merisik dan menyiasat keluarga daif seperti ini pasti dapat mengurangkan masalah.

Pehak berkuasa zakat dan baitulmal hanya menyusun strategi bagaimana hendak memperhebatkan atau memperbanyakan kutipan zakat sebaliknya program mengagihkan wang zakat kepada mereka yang benar layak tidak ada dalam kamus mereka.

Pentadbir atau AJK Masjid-masjid kadang kala menerima derma puluhan ribu ringgit sepatutnya perihatin masalah masyarakat kariahnya.Wang derma tidak digunakan hanya untuk jamuan majlis atau kadangkala wang masjid dijadikan simpanan tetap di bank.

Penganggihan zakat hanya bergantung kepada maklumat,bancian ketua-ketua kampung atau ketua-ketua politik.Pegawai zakat atau baitulmal hanya duduk dimeja pejabat menerima maklumat.

Maka keadaan demikian mereka yang menerima batuan hanya orang yang sehaluan dengan ketua-ketua setempat. Lebih malang lagi ialah bantuan diberi berdasarkan pandangan politik.

Ahli ilmuan agama islam hanya pandai bercakap,berpidato berkaitan agama tetapi apakah disudut hati mereka ada atau tidak menyelesaikan masalah kemiskinan tegar ini, kerana sumber kewangan yang disebutkan itu terlalu banyak di Malaysia bahkan negara ini terkenal dengan negara yang rakyatnya dermawan.

Kita dipaksa geleng kepala kerana membiarkan orang melayu yang islam atau tidak islam terjumpa oleh paderi atau orang agama lain dalam keadaan keluarga tidak makan atau memerlukan makanan sedangkan pegawai agama islam yang sejawatan dengan paderi tinggal berhampiran dengan keluarga seperti ini ,makan dan pakaian mewah,tidur dirumah besar beratus ribu,serta berhawa dingin. Gaji mereka ini jika sedekah RM100 atau RM200 sebulan kepada insan malang ini, masih belum kurang kemewahannya.Mereka pegawai agama tentu lebih maklum sikap seorang islam.


Kes Kedua.

Memang terlalu banyak berlaku kepada orang melayu ketika ini.Seketika dulu rumah orang-orang tua kebanyakan dihuni oleh bangsa lain tetapi hari telah bertukar.Ini tidak termasuk kes orang tua atau ibu-ibu yang tinggal terbiar keseorangan di kampung kampung.

Anak-anak hari telah menjadi kurang ajar dan tidak ada lagi perikemanusiaan,terutama ibu-bapa mereka yang tidak mampu mengurus diri sendiri dan terlantar kerana usia tua serta uzur.Bahasa yang kurang ajar itu amati dialog ini:;

Penasihat: "Tak baik kau buatkan ibu macam itu,masa kecil kau ditatangnya, di cium."
Anak : Bayi atau anak kecil, harum ,comel bolehlah dia belai tapi orang tua busuk satu macam"

Ibu bapa hari ini ,tidak usah berbangga,serta bergantung harap dengan anak-anak yang berpendidikan tinggi melangit.Tidak kira apa bidang - ijazah agama atau ijazah dunia dan berjawatan berpuluh ribu ringgit gaji mereka.Pengharapan ibu bergantung pada nasib yang ditentukan oleh Allah.

Kiranya ibu -ibu bernasib baik mereka yang uzur akan diuruskan oleh orang gaji untuk mengemas diri sebelum usia tamat .Bagi mereka yang malang kadangkala masih sehat sudah terbiar.
Tidak ada pegawai membanci mereka yang derhaka kepada ibu bapa dan dikumpulkan kemudian di nasihat atau dihukum.

Wednesday, August 3, 2011

Ramadan di Malaysia




i. Setiap bulan ramadhan, umat islam di Malaysia menambah bilangan jemaah di masjid-masjid terutama waktu solat magrib dan isyak.

Mungkin pekerja-pekerja yang beragama islam tidak mengujungi kedai-kedai makan waktu tengah hari, maka bilangan jemaah luar biasa pada waktu zohor di bandar-bandar yang terdapat pejabat-pejabat kerajaan dan swasta.

Di kampung-kampung tradisi turut berubah .Nenek yang sudah berusia 70 tahun keatas yang biasanya tidak mampu dan jarang ke masjid bertekad menambah ibadah dengan bertarawikh dan solat berjemaah.


Bandaraya,dan bandar-bandar kecil seluruh negara mengeluarkan permit/lesen berniaga serta menyediakan tempat khas bazaar ramadhan.Makanan yang dijual,kesemua nampak lazat dan memanggil selera berbuka puasa. Pengunjung keseluruhannya umat islam penuh sesak ,membeli serta menjijing makanan. Peniaga bazaar jam 3.00 petang sudah mula berniaga.Tutup selepas maghrib

ii.Persoalan Nagatif
Peniaga yang menyediakan juadah untuk dijual sekiranya bermula jam 3.00 petang sudah tentu makanan tersebut disediakan sebelum jam 1.00 petang. Pembeli makanan menyimpan sehingga jam 7.25 petang untuk berbuka.Bagaimana jaminan kualiti makanan tersebut.

Waktu solat peniaga -mungkin sudah solat zuhur dan bagaimana solat asar dan maghribnya.Berapa ramai peniaga tersebut berhenti berniaga sekejap dan pergi mengingati Allah di masjid yang berhampiran atau membentang sejadah di sudut gerai .Kita semua maklum bahawa yang berniaga di bazaar ramadhan ialah umat islam untuk dijual kepada umat Muhamad S.A.W.Apakah cara dan suasana berniaga mereka mengikut Junjungan Nabi Muhamad S.A.W.

Pengunjung dan pembeli berbelanja ikut nafsu menjadikan bulan ramadhan bulan menjamu selera dengan makanan dan minuman yang tidak sempat disediakan dirumah. Berbelanja ikut kesempatan tangan menjijing .Waktu berbuka hanya mampu menjamah satu atau dua jenis makanan.Tersadailah diri di kerusi melihat makanan penuh di meja.Pagi esoknya berkemaslah bibik atau ibu-ibu mencampakkan lebihan makanan ke tong sampah.

Pembazir ini berlaku walaupun berbuih mulut ustaz dan ustazah mengingatkan melalui majlis ilmu serta ceramah televisyen.Di zaman Nabi dan Ulamak tersohor umat islam bergembira menyambut ramadhan demi ibadah dan kelebihan pahala yang ada pada bulan tersebut,berlainan disini umat islam melayu bergembira menyambut ramadhan kerana dibulan tersebut ada pesta menjamu selera dan membeli-belah.

Budaya yang tidak diketahui bila bermulanya ini,banyak keburukan dari kebaikan terhadap umat islam (melayu) di Malaysia.Baik hanya memberi pendapatan tambahan kepada peniaga dan memudahkan pembeli memiliki pelbagai jenis makanan serta tidak perlu bersusah payah membuatnya.Mungkin jimat masa.Bagaimana masa yang lama berada di bazaar kerana kesesakan ?.

Keutamaan bulan ramadhan adalah ibadah bukannya makan dan berbelanja untuk penuh perut atau berdendam selera. Contohi umat islam berbuka di Masjidil Haram di Mekah dan Masjid Nabawi di Madinah atau masjid-masjid lain di kedua tempat tersebut. Mereka perlu air zam-zam atau air kosong dan buah kurma sebiji-dua dan selebihnya di sedekahkan kepada jemaah yang lain. Berbuka di masjid-masjid di Malaysia serupa berbuka di rumah pembeli yang menjinjing makanan dari bazaar ramadhan.
Aktiviti ramadhan yang hendak di jadikan budaya ini tidak sepatutnya di teruskan. Kerajaan seharus menghalang majlis tempatan mengeluarkan lesen pasar ramadhan serta tidak perlu mengadakan tempat khas untuk berniaga kerana tumpuan pengunjung dan peniaga akan merosakkan tujuan Allah menganugerahkan kepada umat islam bulan ramadhan.

Berusahalah kita menghidupkan "bukan menghidupkan " ihya