Anak kecil main api. Terbakar hatinya yang sepi. Air mata darah bercampur keringat. Bumi dipijak milik orang.Nenek moyang kaya-raya Tergadai seluruh harta benda. Akibat sengketa sesamalah kita. Cinta lenyap di arus zaman.Indahnya bumi kita ini. Warisan berkurun lamanya. Hasil mengalir ke tangan yang lain. Peribumi merintih sendiri.Masa depan sungguh kelam. Kan lenyap peristiwa semalam. Tertutuplah hati terkunci mati. Maruah peribadi dah hilang. Kini kita cuma tinggal kuasa. Yang akan menentukan bangsa. Bersatulah hati bersama berbakti. Pulih kembali harga diri.

Sunday, July 31, 2011

Akhirnya bersaralah aku.


5 tahun 1 bulan 26 hari saya bekerja dengan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan 29 tahun 7 bulan 20 hari pula dengan Felda. Jumlah berkhidmat dengan kerajaaan selama 34 tahun 9 bulan 16 hari. Alhamdulilah kedua-dua agensi kerajaan itu,cukup banyak memberi pengalaman terbaik untuk meneruskan hidup selepas bersara.

Dewan Bandaraya, memberi pengalaman bagaimana ragam warga kota ketika 70'an dan 80'an,zaman artis Sharifah Aini,Uji Rashid, DjDave serta Hail Amir.

Ketika itu orang Kuala Lumpur mempunyai ciri-ciri angkuh, terutama mereka yang mempunyai jawatan-jawatan lebih baik dari jawatan saya.Memanggil saya yang seorang kuli dengan siulan,dan perkataan "hoi".Pengalaman bekerja Jalan Benteng,Jalan Hj. Taib Jalan Chow Kit dan Jalan Masjid India serta,JalanRaja Alang.Penghuni dan peniaga ketika itu hanya orang melayu .Tidak ada atau kurang pendatang atau bangsa lain.Berlainan hari ini boleh dikatakan 99% peniaga gerai sekitar pasar Chow Kit terdiri orang asing yang kadang-kadang lagaknya menakutkan. Saya tidak faham prinsip orang tempatan dan pentadbiran Dewan Bandaraya.

Felda yang merupakan satu-satunya agensi kerajaan yang berjaya dan telah mendewasakan diri saya berfikir secara pisitif.Walaupun ketika ini banyak gelaran-gelaran atau panggilan yang telah ditujukan kepada Felda namun saya tidak sedikit pun terpengaruh dengan apa yang mereka katakan.Lebih 29 tahun saya bersama Felda lebih banyak terbaik berlaku dari terburuk yang dilakukan.Orang sememangnya mencari kesalahan orang lain untuk menunjukkan dia betul.Dia betul hanya tidak melakukan kesalahan yang orang lain itu buat,sebaliknya banyak kesalahan-kesalahan lain yang dilakukannya.

Terbaik dilakukan untuk peneroka ialah menjadikan Felda badan kebajikan sepanjang masa.Keaadaan ini tidak terdapat di kampung-kampung terutama kampung-kampung tradisi yang kadang kala penghuninya telah uzur berumur lebih 70 tahun memiliki ladang kurang 3 ekar yang sepatutnya dibantu,sedangkan peneroka mempunyai ladang 10 ekar.

Felda merupakan badan kebajikan dari sekecil urusan sehingga sebesar aktiviti yang dilakukan oleh masyarakat peneroka.Aktiviti sosial,ekonomi dan pendidikan sering menjadi agenda utama Felda. Beribu-ribu juta ringgit agensi ini berbelanja untuk masyarakat peneroka dengan mengadakan hari peneroka,keceriaan /pengindahan kampung,bantuan kebajikan mereka yang sakit tidak berupaya.Bantuan/pinjaman perniagaan dan pendidikan tanpa faedah.Bonus hasil setiap tahun yang kesemuanya ini tidak pernah dilakukan oleh agensi lain dalam Malaysia khasnya dan dunia amnya. Peneroka utama yang meninggal dunia diberi bantuan RM10000.00 yang mana pendahuluan segera sebanyak RM3000.00.Wang ihsan ini bukan insuran tetapi wang dana felda sendiri.Syarikat insuran tidak sanggup melindungi peneroka kerana peneroka utama sentiasa wujud, walaupun sudah mati semalam dan kematian peneroka setiap hari melebihi caruman yang dilunaskan oleh felda.

Kesemua kebajikan ini tidak usah dipertikaian kebenarannya.Saya sendiri melihat dan menggelengkan kepala betapa hebatnya Felda, seolah-olah menabur wang di setiap rumah peneroka.Memang Felda satu di dunia.

Kesemua budi yang diberi oleh Felda kepada peneroka tidak pernah dihormati oleh segelintar masyarakat peneroka terutama peneroka yang telah mengistiharkan diri sebagai pelakon watak A.Rahim dan Saleh Kamil dalam filem-filem melayu. Peranan watak tersebut yang tidak pernah rasa kasihan kepada sesiapa.

Felda sememangnya mempunyai kesalahan yang tidak disengajakan terutama melantik orang-orang politik sebagai pengerusinya.Kita semua tahu orang politik mempunyai sikap jaga hati pengundi-pengundi dan pandai menjanjikan sesuatu perkara, lebih-lebih lagi kerajaan sekarang bergantung harap kepada masyarakat peneroka untuk meneruskan kesinambungan kuasa.

Saman Felda tidak pernah berlaku semasa kuasa tertingginya berjiwa eksekutif,koperat dan berjiwa makan gaji.Saman felda berlaku setelah Datuk Najib melantik "mat mennya" sebagai pengerusi dan menabur janji serta berbelanja berbilion wang untuk menjaga hati peneroka dengan pelbagai bantuan, bertujuan untuk memenangi hati peneroka semasa pilhanraya ke 12. Masyarakat peneroka bukannya seperti masyarakat peneroka zaman 60'an,70'an dan 80'an,yang jiwa mereka terikat dengan perjanjian Demang Lebar Daun dengan Sang Nila Utama.Segelintiran peneroka bagai melepaskan buaya gila dihimpit pokok.

Kedekut Raja Alias semasa menjadi pengerusi Felda adalah merupakan langkah terbaik bagi mengatasi sikap tidak mengenang budi.Manusia yang di baluti kain politik sememangnya melepaskan anjing tersepit.Saman terhadap Felda adalah masalah sikap politik bukan masalah dasar felda kerana felda telah berusia 55 tahun.





Thursday, July 21, 2011

masih tak berubah

Kali pertama berkunjung ke pantai timur pada tahun 1985 melalui jalan pantai Kuantan -Kuala Trengganu.

Hari ini 16hb.julai sekali lagi berkunjung ke pantai timur mengikut telunjuk GPS (Global Positioning System). Mungkin jalan dilalui berlainan tidak mengikut jalan pantai.

Masih serupa, di kiri kanan jalan menjamu mata dengan pemandangan rumah sudah usang ,kawasan terbiar dan rumah tidak disiapkan.Rumah yang ada penghuni pesekitaran yang kotor-sampah-sarap dan penuh dengan ladang kelapa yang tidak terurus. Masih tidak berubah seperti 26 tahun yang lalu.

Menginap di sebuah hotel di Kuala Trengganu selama dua hari .Bangun pagi terus ke kereta, sudah kena saman RM5.00 kerana tidak masuk siling letak kereta bermeter. Pergi bayar di kaunter Bangunan Majlis Bandaraya Kuala Trengganu yang terletak tingkat 4.

Apa yang berlaku ialah kaunter banyak tapi tidak ada orang atau juruwang yang bekerja kerana sudah jam 10.00 pagi. Terlopong -lopong lah mencari kaunter bayaran .Terdapat satu kaunter yang penghuninya sudah berdahi licin pakai cermin mata, barangkali dua atau tiga tahun lagi akan pencen.Orang tua ni tidak menegur asyik dengan komputernya.Berdirilah sekejap depan kerani kaunter itu,tiba-tiba datang seorang wanita(barangkali sudah biasa)terus menghulurkan dokumen untuk membuat bayaran.Saya masih terlopong-lopong dan terpinga-pinga.Sepuluh minit kemudian barulah urusan selesai. Masih tidak berubah jabatan kerajaan tidak mencerminkan kemesraan pelanggan.Tidak ada "rakyat didahulukan ,pencapaian diutamakan".

Pergi sarapan pagi di deretan gerai .Menurut orang ramai makan di Trengganu dan Kelantan harga murah terutama makan berasaskan beras. Anggapan itu meleset .Semua sarapan pagi harganya RM5.00.Makan mee goring 2 piring,( 1piring 1/2kg dibahagi 4) nasi dagang di bungkus dalam daun pisang berharga RM5.00, besar sikit dari bungkusan tapai di kampung saya.Air tea o,tea susu ,air kosong,kesemua berharga RM17.00.Masih tidak berubah,harga seperti dulu, tetap lebih mahal dari harga makanan di bandar tempat saya.

Telah lebih 53 tahun merdeka, kawasan pantai timur serba kekurangan pengurusan kualiti hidup dan alam sekitar.Mungkin sikap tidak kisah penghuni perkampungan tepi pantai atau penduduk sepanjang laluan jalanraya. Keadaan ini yang menjadi ole-ole untuk pelancongan dan nasib orang melayu di negeri sendiri.

Tuesday, July 12, 2011

Ayat-ayat bangang orang di sana


Tarikh 9hb,Julai 2011 telah siap dan selamat himpunan BERSIH diadakan.Esoknya 10 haribulan Julai tercetuslah dan melambaklah tajuk-tajuk bangang yang telah dipaksa keluarkan demi menjaga naluri hati atau penyedap perasaan ketua-ketua kongsi gelap negara.Antara ayat-ayat busuk yang dipancutkan dalam akhbar dan televisyen orang sebelah sana adalah:

a) Himpunan gagal -hanya 6000 orang yang berani tunjuk muka.
b) Polis berjaya dan tahniah diucapkan kerana gagalkan himpunan
c) Majoriti rakyat tolak demontrasi haram kerana cintakan keamanan dan kedamaian
d) Himpunan Haram gagal capai matlamat menghimpunan ratusan ribu peserta.
e) Himpunan Haram nyata menyusah warga kota,dan merugikan peniaga kecil.
f) Himpunan Haram menjatuhkan imej kerajaan
g) Penganjur perhimpunan mempunyai agenda sendiri.

Kenapa ayat-ayat ini jadi bangang.

i).Sebulan sebelum perhimpunan diadakan polis dan pelbagai pehak telah mengeluarkan arahan melalui medianya supaya orang ramai jangan menyertai perhimpunan .
ii).Selepas arahan dikeluarkan, ditangkap orang yang mengedarkan Tshirt kuning BERSIH.
iii)Ditangkap orang yang memakai baju kuning dan Tshirt kuning
iv)Polis mengadakan sekatan jalan raya lebih 3 hari terutama perjalanan ke Kuala Lumpur
v) Menakut-nakutkan orang ramai tindakan I.S.A kiranya menyertai perhimpunan
vi)Menyembur dan menggunakan gas untuk menghalang perhimpunan.

Bagaimana kiranya enam perkara tersebut tidak dilakukan.

Banyak lagi ayat-ayat bangang yang dikeluarkan oleh media orang sebelah sana yang menganggap rakyat tak tahu berfikir.Ketika ini Rakyat yang sentiasa ikut telunjuk orang sebelah sana sudah ramai yang telah meninggal dunia almaklumlah pemerintah sudah tua iaitu lebih 54 tahun .Dari zaman kapal layar hingga kapal selam Scorpene .Dari boleh menyelam hingga tidak boleh menyelam lagi, masih mengaku diri muda dan boleh mentadbir negara.

Pemimpin-pemimpin orang di sana mendengar nasihat Kasim Patalon dalam Tiga Abdul yang nasihatnya membolehkan tuannya kena jual. Kasim Patalon ini lebih ramai di Malaysia berbanding di Isketambola dalam Tiga Abdul hanya seorang sahaja.

Kasim Patalon di Malaysia adalah semua media yang mengeluarkan tajuk -tajuk bangang di atas.Sedia maklum, sekiranya ketua gangster hanya duduk rumah mengulik isteri, tidak seperti Sultan Iskandar dalam sejarah Melaka menyamar seluruh negara, alamat hilang kerajaan sebagaimana kerajaan Melaka dalam Sejarah Melayu. Kita semua tunggu dan insaallah semuga menjadi kenyataan.