Anak kecil main api. Terbakar hatinya yang sepi. Air mata darah bercampur keringat. Bumi dipijak milik orang.Nenek moyang kaya-raya Tergadai seluruh harta benda. Akibat sengketa sesamalah kita. Cinta lenyap di arus zaman.Indahnya bumi kita ini. Warisan berkurun lamanya. Hasil mengalir ke tangan yang lain. Peribumi merintih sendiri.Masa depan sungguh kelam. Kan lenyap peristiwa semalam. Tertutuplah hati terkunci mati. Maruah peribadi dah hilang. Kini kita cuma tinggal kuasa. Yang akan menentukan bangsa. Bersatulah hati bersama berbakti. Pulih kembali harga diri.

Wednesday, June 22, 2011

Rasuah dan orang melayu


Kata Profesor Diraja Ungku Aziz" Orang Melayu baru kalau ada satu kereta mereka mahu dua kereta atau kalau ada kereta kecil mereka mahu kereta besar"saya tambah sikit orang melayu hari ini kalau sudah ada sebuah rumah hendak di tambah dua atau tiga buah rumah kalau rumah kecil hendak yang rumah besar atau dibesarkan. Kalau rumah harganya 3 juta berkehendakan rumah berharga 10 ke 15 juta. Kesimpulan nya orang melayu mahu lebih dan lebih-lebih lagi.

Kita renongkan apa yang dikatakan oleh Pak Ungku Aziz itu. Mampukah orang melayu memiliki kereta dan rumah berharga berjuta-juta.Berapa ramai orang melayu terkaya di Malaysia ini.Dengan pendapatan yang terhad ini orang melayu berikhtiar untuk mencapai cita-citanya.

Pegawai kerajaan atau orang kerajaan atau pekerja swasta yang hanya mampu meminjam untuk mendapatkan kereta dan rumah sekitar RM200,000.00 hingga RM500,000.00. Mana agaknya nak carii RM berpuluh-puluh juta itu.

Setahu kita orang melayu kebanyakannya menjadi pekerja biasa atau ketua-ketua jabatan, sektor awam dan sedikit sektor swasta,sudah pasti tidak tercapai oleh mereka mengumpul berpuluh-puluhan juta.

Kuasa yang ada pada ketua-ketua jabatan yang di monopoli oleh orang melayu adalah menjadi sandaran untuk mencari wang sebanyak itu.Mereka tidur sebantal dengan taukeh-taukeh,kontraktor dan orang kaya yang menjadikan melayu berkuasa ini sebagai batu loncatan untuk mendapat proiek lebih besar lagi.

Setiap hari media melaporkan perbuatan rasuah dilakukan oleh mereka yang berkuasa ini. Rasuah dilakukan secara langsung atau tidak langsung. Secara langsung adalah biasa dilakukan tetapi secara tidak langsung,kadang-kadang. Sebagai contoh harga rumah atau tanah bernilai RM 6 juta tetapi declare sebanyak 3 juta sahaja.

Di negara ini orang yang melakukan rasuah boleh senyum-sumbing apabila jurugambar merakamkan gambar perasuah ini. Walhal mereka telah melakukan satu jenayah besar menggunakan amanahnya supaya tidak amanah. Di negara China perompak laknat ini kiranya didapati bersalah akan dihukum mati.

Bila agaknya Malaysia melaksanakan hukum mati seperti ini. Tak mungkin, kerana, yang mencipta undang - undang dunia ini takut menjerat diri sendiri.

jangan pedulikan kata orang


Tindakan kerajaan Kelantan mengharamkan Utusan Malaysia membuat liputan persidangan Dewan Undangan Negeri sewajarnya disokong kerana sedia maklum Utusan Malaysia bukan akhbar nasional atau akhbar global.

Utusan Malaysia adalah surat khabar atau lidah UMNO atau akhbar parti politik UMNO setaraf dengan akhbar Harakah akhbar politik PAS,Keadilan akhbar parti Keadilan,Roket parti DAP. Akhbar-akhbar ini diedarkan untuk ahli sahaja.Parti Politik UMNO adalah parti pembangkang di negeri Kelantan.
Utusan Malaysia telah menjadi akhbar parti bermula tahun 1998. Sebelum tahun itu akhbar ini adalah akhbar nasional yang bebas,dan segala berita, serta rencana yang disiarkan meyakinkan,tidak terlalu menggambar cita-cita tuan punyanya. Ketika itu akhbar ini setiap pagi perlu dimiliki dan dibaca.Sekiranya tidak ada akhbar Utusan rasa kekosongan berita dunia dan kosong maklumat. Hari-hari mendapatkannya.

Hari ini memang dipuji tindakan Menteri Besar Kelantan mengharamkan membuat liputan. Tindakan itu sebagai satu amaran kepada tuan punya akhbar ini. Mungkin satu hari nanti akan diharamkan membuat liputan di negeri Selangor,Kedah dan Pulau Pinang.

Saya percaya sejak akhir-akhir ini akhbar parti ini menimbulkan kebencian,keresahan kepada manusia yang tidak bersetuju dengan kerajaan.Keresahan dan kebencian ini jika berlaku pada orang kerajaan, sudah lama akhbar ini di haramkan dan penulisnya di ambil tindakan ISA.

Tindakan ringan Nik Aziz jangan diambil mudah oleh tuan akhbar ini.Tindakan di haramkan pengedaran di negeri Kelantan seharus di ambil, sekiranya sikap manipulasi berita diteruskan oleh akhbar ini.

Friday, June 10, 2011

Memualkan

PENANGGUHAN pehimpunan untuk memilih pemimpin parti politik kerajaan dan BERJAYANYA perhimpunan PEMILIHAN parti politik pembangkang ,terutama parti PAS,telah menimbulkan satu macam gila,cemburu dan irihati kepada orang politik,dan orang upahan politik kerajaan.

Terbukti dengan mengarahkan semua media kerajaan supaya memperlecehkan sebarang bentuk mesyuarat ,perhimpunan agung yang telah didianjurkan oleh parti selain parti kerajaan.

Gambaran yang dilaporkan berlaku perpecahan,perbalahan kebencian sesama ahli dan pelbagai gambaran kecelaruan di berikan . Sikap ini cuba menyamakan suasana pemilihan parti kerajaan. Apa yang berlaku pada diri atau parti sendiri hendak disamakan dengan parti orang lain.Kita ada kurap di tangan orang lain pun ada kurap di tangan.

Hantu-hantu politik yang menganggap dirinya bebas, iaitu bebas membelasah parti pembangkang, terus selari dengan media kerajaan dan media upahan.