Anak kecil main api. Terbakar hatinya yang sepi. Air mata darah bercampur keringat. Bumi dipijak milik orang.Nenek moyang kaya-raya Tergadai seluruh harta benda. Akibat sengketa sesamalah kita. Cinta lenyap di arus zaman.Indahnya bumi kita ini. Warisan berkurun lamanya. Hasil mengalir ke tangan yang lain. Peribumi merintih sendiri.Masa depan sungguh kelam. Kan lenyap peristiwa semalam. Tertutuplah hati terkunci mati. Maruah peribadi dah hilang. Kini kita cuma tinggal kuasa. Yang akan menentukan bangsa. Bersatulah hati bersama berbakti. Pulih kembali harga diri.

Monday, May 17, 2010

Pengkhianat Parti dalam parti politik.

Ketika ini kita sentiasa di hidangkan berita dalam media negara yang ahli politik keluar parti. Alasan yang mereka berikan tidak setuju dengan dasar parti yang sudah menyeleweng. Banyak berlaku rasuah dalam parti .Ketua atau pucuk pimpinan yang mempunyai cita-cita tersendiri.

Pelbagai alasan yang mereka berikan,yang dahulunya tak timbul perkara seperti ini. Semasa mereka dipilih oleh parti menjadi wakil rakyat dan menang, semua dasar parti adalah baik.

Mereka menganggap semua idea pemimpin parti mereka adalah baik. Tetapi setelah lebih dua tahun menjadi wakil rakyat dibawah naungan parti ,mereka mula memikirkan bagaimana hendak bepaling tadah. Memburukkan parti dan pemimpinnya . Inilah yang dinamakan pengkhianat parti.

Trend pengkhianat parti ini telah berlaku kepada Parti Keadilan Rakyat. Sepanjang masa berita keburukan atau memburukan parti sentiasa berlaku.Memburukan parti politik oleh pengkhianat ini mendapat liputan utama dalam media masa terutama akhbar-akhbar dan televisyen yang dikuasai oleh kerajaan yang memerintah.

Pengkhianat parti ini telah menjadi juara media. Sepanjang hari sentiasa menghiasi headline berita,dengan memberi ulasan yang berharap akan menghancurkan parti.

Pengkhianat parti ini tidak mahu meletak jawatan sebagai ahli parlimen supaya diadakan semula pilihanraya kecil,sebaliknya memberi alasan mereka dipilh oleh pengundi.Mereka tidak sedar dek untung dipilih kerana parti yang mereka wakili.

Sekiranya pengkhianat parti ini melepaskan jawatannya, kemudian menyertai semula pilihanraya kecil sebagai calon bebas atau calon parti politik lain,saya percaya mereka akan kecundang.

Keadaan seperti yang dilakukan oleh pengkhinat parti ini tidak boleh dibiarkan, kerana negara akan banyak melahirkan pembelot yang tidak setia kepada organisasi.Tidak Setia kepada organisasi, boleh juga berlaku tidak setia kepada negara. Ini satu perkara bahaya .Pengkhianat parti ini satu masa nanti akan menadi pengkhinat negara dengan menjadikan kepentingan diri lebih utama dari kepetingan negara. Undang-undang menyekat pengkhianat parti ialah dipaksa meletak jawatan.

Wednesday, May 12, 2010

Politik sampai mati

i
Apa yang aku baca –akhbar, majalah
Apa yang aku tengok pun dibacakan- telivisyen
Apa orang politik fikirkan orang lain semua tak betul
Apa orang politik buat dulu betul – sekarang tak betul
Apa yang bekas orang politik dan orang politik sekarang buat dulu betul, dah tak betul
Apa yang tak betul dulu kini dah betul
Apa yang orang politik lain kata kepada orang lain – dia tu sejahat-jahat manusia
Apa yang orang politik ini kata kepada orang politik lain – politiknya tak berguna – ahli politik kata ,betul ahli politik itu tak berguna,dulu sama-sama betul.
ii
Lidah orang- orang politik disambung dengan akhbar
Akhbar 1
Parti tu penipu,parti aku baik – kau tengok pemimpinnya.
Pemimpin- kacak,cantik dan badan tak berbulu dan tak hapak
Aku tau dia busuk satu kampung-akhbar pun tau.
Akhbar 2
Canang headline pemimpin itu dah berkarat dan sahrulbariah…
Menangis setiap melayu- mengesat air mata
Menangis setiap Melayu Islam- mengucap astaghfar
iii
Aku tak tau bila bangsaku ,membina bangsa
bila ilmu moto berita –benar rencana negara .

anzam2009 -12 May 2010 jam 4.00 petang